Monday, October 1, 2012

Sepanjang Kump 2 Siri 9/2012, Kem PLKN Pelangi Hill Resort

Saya sekadar ingin berkongsi cerita bergambar aktiviti sepanjang PLKN Kump 2 Siri 9/2012


Wajah-wajah ahli kelas PK3 yang gembira apabila modul tamat. Cikgu harap selepas ini kamu semua masih ingat apa yag kami kongsikan bersama kalian.


Sub Modul Budaya Kerja: Bergambar selepas pameran tamat.  Masing-masing seronok selepas pena t lelah mereka berbaloi apabila terpilih gerai terbaik dan memenangi beberapa kategori.

Salah satu hasil kerja  pelatih di dalam kelas Modul Kenegaraan.

Pada Majlis Penutup Modul



Modul Khidmat Komuniti di Kampung Pasir, Kerling.


Program terakhir sebelum bergerak pulang ke rumah masing-masing. Program  Khidmat Komuniti sempena  pelancaran 1M4U di KLCC

Terima kasih diatas komitmen kalian.

Program Latihan Khidmat Negara Malaysia

Isnin.
10 Oktober 2012
Hari ini saya masuk kerja seperti biasa bersama semangat yag berkobar untuk menemui pelatih. Selepas 'punch card' saya pun terus menuju bilik untuk menyimpan topi keledar dan jaket. Amaklumlah menunggang motosikal. Kereta hanya digunakan untuk perjalanan jauh dan ketika masa-masa yang memerlukan sahaja. Jimat cermatlah katakan.
Sebaik sahaja selesai menyimpan, saya terus ke dewan untuk bersarapan. Makanan disediakan  untuk pelatih, jurulatih dan semua staf ketika pelatih ada di kem. Semua JL dan Staff akan makan luar apabila ketiadaan pelatih di kem. Menu hari ini adalah mee sup. Jika ditanya pendapat pelatih, tentunyaa mereka akan menjawab makanan di dewan semua tidak sedap dan tidak cukup makan. Ya Allah punyalah tidak bersyukurnya generasi ini.
'Grounding' atau perjumpaan pagi sesama JL MS berlaku setiap  jam 830 pagi di kelas. Penetapan matlamat dan jati diri adalah rutin. Matlamat saya hari adalah menyokong diri sendiri, 'buddy' dan ahli pasukan. Jati diri pula saya mensasarkan diri ini sentiasa bersemangat dan fokus.
Tajuk pengajaran pula adalah Pertimbangan. Selepas penetapan matlamat yang telah mereka lalui pada hari sebelumnya, maka hari pelatih berdepan pula dengan ujian atau halangan yang bakal mereka hadapi ketika proses mencapai matlamat. Hati saya sedikit kecewa apabila komitmen pelatih terlalu merudum. Tambahan pula penglibatan diri mereka hanya ala kadar. Tapi apa  boleh buat. Kehadiran mereka sendiri ke kem ini merupakan satu keadaan yang tidak cemerlang. Bagaimana mereka ingin berkerjasama dengan baik. Namun peranan Jl bukan calang-calang. Itulah peranan seorang JL tercabar apabila ingin membuatkan mereka sentiasa bersemangat.
Tepat jam 1230 tengahari, tibalah masanya melepaskan pelatih untuk berehat dan makan tengahari. Maka sekalli lagi para JL MS berkumpul untuk acara 'debrief'. Laporan perjalanan kelas sepanjang 3 jam berlangsung dilaporkan secara lisan.
Kemudian saya terus menjalankan tugas sebagai Jurulatih bertugas harian. Huh, satu hari yang memenatkan! Semangat berkerja sentiasa berkobar. Kerja tetap kerja.

Saya fikir, cukuplah setakat ini catatan say berkenaan kerja saya. Bukan tujuan saya untuk meminta simpati apa-apa niat tersembunyi. Tujuan saya hanya untuk berkongsi cerita.

Modul Pembinaan Karakter
Kelas PK3
Kumpulan 2 Siri9/2012