Sunday, November 17, 2013

Sikap

Asslamualaikum. Guten Tag.


Pernahkah ketika berbual-bual dengan seseorang anda mendengar mereka berkata begini.

"Alah....Kenapa mesti buat begitu? Aku sudah amalkan cara begini lama dahulu. Berjaya."

Atau

"Aku tidak percaya budah itu boleh dapat 10A. Dalam keluarga dia tidak pernah dapat 1A pun."


Ini menggambarkan sikap seseorang terhadap sesuatu perkara. Perkataan yang tepat bagi menerangkannya adalah SIKAP.






Apa itu SIKAP?

Bagaimana kuasa pengalaman lampau mempengaruhi SIKAP diri?

Apa yang menyebabkan diri enggan keluar daripada zon keselesaannya?

Bagaimana untuk mengkaji SIKAP diri?


Menurut Kamus Dewan, Sikap membawa maksud perbuatan atau pandangan yang berdasarkan pada sesuatu pendapat (fikiran dll)

Manakala menurut penerangan tesaurus  http://prpm.dbp.gov.my  sikap adalah kata nama yang bersinonim dengan pandangan,pendapat, resmi dan rasmi. Juga bersinonim dengan gaya, lagak, gerak, rupa, tingkah laku, perangai dan aksi sesorang.

Sedar atau tidak, manusia itu berkisar dengan sikap dirinya yang terbina sejak azali lagi melalui pengalaman hidup. Bagaimana?


Apabila manusia berasa selesa dalam ruangan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu perkara, maka  beliau tidak sama sekali mahu  keluar.  Bayangkanlah jika anda tinggal di dalam sebuah rumah agam yang besar lagi cantik dekorasinya. Semenjak dari alam rahim anda sudah didedahkan dengan segala macam kemewahan, tiba-tiba ada sesuatu terjadi dan anda perlu keluar dari kawasan tersebut. Mahukah anda? Mampukah anda melawan anasir yang cubamenarik anda keluar? Atau apa perasaan anda apabila perlu menghadapinya cabaran walau anda tidak mahu keluar daripada rumah agam tersebut?


Apakah jawapan untuk semua persoalan ini?

Nantikan entri saya akan datang.


Wednesday, November 13, 2013

Sahaja sahaja



Pomen vs Sawit

Dalam samar cahaya neon, Malika masih merenung cermin sambil memuncungkan bibir, "Alangkah bagus jika aku masih di sana. Boleh berjalan di bandar. Sini? Apa yang ada."
Sebagai seorang anak pomen berubah menjadi anak sawit, adalah sesuatu yang amat sukar dilalui. Malika melihat buku rekod sekolah baru lalu menyelak helaian demi helaian hingga berhenti di satu muka surat yang tercatat data pekerjaan bapa. Lantas mindanya mengimbas soalan Cikgu Mansur,"Apa pekerjaan bapa kamu?"
Malika diam seribu bahasa, minda Malika rancak menyusun ayat. Cikgu Mansur menoleh dan  mengulangi soalan, "Awak tidak dengarkah? Apa pekerjaan bapa kamu?"
Malika tersentak berserta mata membuntang lalu menjawab spontan, "Pomen, cikgu."
Cikgu Mansur mengerut keningnya yang panjang umpama kening orang utan,"Hmm.... Pomen kereta? Kerja apakah itu?
Malika senyum dan berkata, "Ya cikgu. Apa cikgu"
Cikgu Mansur menjeling lagi. Kali ini lebih tajam.
"Matilah aku."

Friday, November 1, 2013

Tragedi Oktober 2013

Assalamualaikum.

Tragedi Oktober 2013.

Huhuhuhu......

Beberapa insiden berlaku dalam bulan ini. Tidak terlintas perkara-perkara ini akan berlaku.Malah di luar perancangan. Bagi orang yang sukakan perancangan seperti saya, sudah tentu saya berasa tekanannya.

Bermula dengan  berita gembira yang saya memang jangkakan. Namun hati suka ini tidak berkekalan.Malah naluri keibuan saya semenjak awal sudah mengisyaratkan, namun saya tidak memahaminya sehinggalah pada hari kejadian berlaku.

Kebetulan juga  berlaku tidak dirancang, malah baunya juga tiada. Maka bermulalah saat sedih dalam keluarga kami. Angan-angan yang dipasang, berkecai tiba-tiba. Sedih tidak terkata apabila Encik Suami cepat melontarkan andaian. Mujur beliau seorang yang lembut hati. Alhamdulillah beliau menerima dengan redha dan menenangkan jiwa saya yang sedang lara.

Tidak terjangka juga sesuatu telah berlaku menimpa salah seorang adik lelaki saya di kampung. Ketika ingin memaklumkan keberadaan saya di hospital, emak dan abah sedang sibuk di Balai Polis Bentong. Huh! Hebat dugaan yang mendatang di penghujung Oktober 2013.


Bagaimana saya menangani dugaan dan cabaran daripada Allah ini?

1. Tenang menerima berita yang menggemparkan dengan cara tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan.

2. Berbicara dengan orang yang terdekat di hati. Bagi saya sudah tentulah Encik Suami. Walaupun ada sedikit ragu tentang penerimaannya terhadap  berita yang bakal disampaikan, nilai kepercayaan haruslah di tahap yang paling tinggi untuk saat-saat seperti ini.

3. Mencari sebab munasabab berlakunya kejadian tersebut. Lantas saya melayari internet walaupun ketika itu di tempat tersebut capaian internetnya amatlah kasihan. Ya, saya menemui artikel berkenaan Keguguran Di Awal Kehamilan.

4. Bersukaria bersama anak sulung. Kebetulan anaksudah berada di kampung.Maka apabila melihat keriangan dalam dirinya, terubat sungguh lara di jiwa.Malah menguatkan semangat saya untuk terus berusaha denganlebih gigih selain berusaha mencapai tahap kesihatan terbaik di abad ini. Sayang dia. Muah!

5. Berada di kampung jauh dari kejauhan rakan-rakan sekerja dan jiran yang mungkin memberikan reaksi diluar jangka merupakan tindakan terbaik saya. Bukan bersangka tidakbaik terhadap mereka, namun kampung adalah zon selesa saya untuk proses pemulihan minda dan fizikal saya.






Baiklah.

Apa yang berlaku terhadap diri adik lelaki saya, biarlah saya diamkan di sini. Tidak manis untuk sayaberbicara mengenai.

Untuk bicara pena saya kali ini. Inilah Tragedi Oktober 2013 yang menimpa diri ini.
Berdoa dan berusaha mendapatkan sebuah pencerahan jiwa dan diri di bulan-bulan mendatang sebelum 2013 menutup tirai.


Assalamualaikum dan Auf Wiedersehen.