Asslamualaikum. Guten Tag.
Pernahkah ketika berbual-bual dengan seseorang anda mendengar mereka berkata begini.
"Alah....Kenapa mesti buat begitu? Aku sudah amalkan cara begini lama dahulu. Berjaya."
Atau
"Aku tidak percaya budah itu boleh dapat 10A. Dalam keluarga dia tidak pernah dapat 1A pun."
Ini menggambarkan sikap seseorang terhadap sesuatu perkara. Perkataan yang tepat bagi menerangkannya adalah SIKAP.
Apa itu SIKAP?
Bagaimana kuasa pengalaman lampau mempengaruhi SIKAP diri?
Apa yang menyebabkan diri enggan keluar daripada zon keselesaannya?
Bagaimana untuk mengkaji SIKAP diri?
Menurut Kamus Dewan, Sikap membawa maksud perbuatan atau pandangan yang berdasarkan pada sesuatu pendapat (fikiran dll)
Manakala menurut penerangan tesaurus http://prpm.dbp.gov.my sikap adalah kata nama yang bersinonim dengan pandangan,pendapat, resmi dan rasmi. Juga bersinonim dengan gaya, lagak, gerak, rupa, tingkah laku, perangai dan aksi sesorang.
Sedar atau tidak, manusia itu berkisar dengan sikap dirinya yang terbina sejak azali lagi melalui pengalaman hidup. Bagaimana?
Apabila manusia berasa selesa dalam ruangan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu perkara, maka beliau tidak sama sekali mahu keluar. Bayangkanlah jika anda tinggal di dalam sebuah rumah agam yang besar lagi cantik dekorasinya. Semenjak dari alam rahim anda sudah didedahkan dengan segala macam kemewahan, tiba-tiba ada sesuatu terjadi dan anda perlu keluar dari kawasan tersebut. Mahukah anda? Mampukah anda melawan anasir yang cubamenarik anda keluar? Atau apa perasaan anda apabila perlu menghadapinya cabaran walau anda tidak mahu keluar daripada rumah agam tersebut?
Apakah jawapan untuk semua persoalan ini?
Nantikan entri saya akan datang.

No comments:
Post a Comment