Thursday, September 13, 2012

Kenangan Terindah Di Dunia

Bila sesorang bertanyakan kenangan yang terindah kepada saya. Sudah tentu saya akan katakan, "
Kenangan terindah saya ketika ini adalah ketika melihat perkembangan anak pertama saya."

Ya. Saya amat menghargai saat-saat itu. Tidak semua insan yang bergelar manusia bertuah mengalaminya. Malah ramai juga insan di dunia ini menikmatinya. Saya antara insan yang bertuah itu. Bermula saat pembentukan bayi di dalam rahim saya hinggalah saat melahirkannya, merupakan momen yang begitu berharga.. tidk boleh dijual beli dengan intan permata sekalipun. Masa tumbesaranyada perkembangan positif pula adalah momen yang penuh senyum ketawa.

Dalam masa gembira, saya masih sempat terfikirr bagaimana seseorang manusia di luar sana tergamak membuang benihnya sendiri. Ya, mereka bersalah. Dalam pada masa yang sama harus difikirkan bagaimana mereka tergamak melakukannya. Persoalan ini mewujudkann pelbagai andaian dan pandangan. Simpati dan empati mula bercambah.

Moga Allah lindungi kesayanganku.







Kembali

Guten Tag.

Assalamualaikum.

Salam sejahtera.

Sudah terlalu lama saya tidak meng'updated' ruangan ini. Cuti yang lama agak membekukan minda menulis saya. Bertambah beku apabila komputer riba kesayangan rosak. Agak koosong diri ini apabila tidak menulis.   Azam baru apabila komputer yang sudah segar ingin menyambut jalan cerita bakal novel. Namun hati kecewa apabila melihat semua fail kosong. Tiada satu pun dokumen yang berjaya diselamatkan. Pengajaran yang saya terima dari kejadian ini ialah sentiasa menyimpan apa-apa sahaja dokumen di dalam mana-mana 'external' fail yang selamat. Jadi sekarang saya perlu membangunkan sebuah sinopsis baru yang betul-btul segar walaupun ilham yang lama.

Apakah ilham saya?
Saya mengilhamkan kisah kehidupan remaja saya ketika berada dibangku sekolah menengah di sebuah pekan kecil. Namun ada sedikit menggusarkan diri saya. Saya bimbang cerita yang saya bangunkan itu nanti dikelaskan sebagai karya syok sendiri.

Walaubagaaimanapun saya bukanlah insan yang mudah mengalah. Saya sentiasa berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Ayuh Wani! Teruskan berusaha!



S ahabat
M mber
K awan
B aik

@

S ekolah
M enengah
K ebangsaan
B entong


Toing! Idea keluar. Sekarang time to write it!