Wednesday, April 27, 2011

Mood Membaca....

Hari ini Kak Long berada dalam mood membaca.
Sepanjang petang tadi Kak Long sudah membaca koleksi novel kecil Ain Maisarah. Tergelak ketawa Kak Long apabila banyak interteks didalamnya. Kebanyakkan nama-nama watak dalam novel itu yang diintertekskan. Ada 12 buah kesemuanya. Kak Long sudah baca 8 buah daripadanya. Bermakna Kak Long belum baca 4 buah lagi. Koleksi ini Kak Long dapat apabila Kak Long membeli set box 90. Ada banyak lagi buku dalam set itu yang belum Kak Long baca. Kak Long sebenarnya ada strategi dan Kak Long mempunyai perancangan pada setiap buah buku yang Kak Long beli.

Hendak tengok buku-bukunya? Sila lihat dibawah ini;


(versi Bahasa Inggeris) (Maafkan Kak Long kerana bahasa Inggeris Kak Long tidak bagus. Sudah lama Kak Long tidak berbahasa Inggeris. Ini kira latihan yang baru bermula semula.)

Today Kak Long in reading mood. I finished 8 by 12 cute novels from Ain Maisarah, that mean I have 4 more cute novels to read. That very funny when I found so many familiar name character.
These books I got from the set of 90 Ain Maisarah special edition at KL International Book Fair 2011.
I studying all the book beside I have to write my novel in my own style. So, Ain Maisarah's novel is my material to study.
Kak Long has strategies on every cute novels. (She hope she can do the same thing one day)

So, below is the pix of the cute books;





*

What Kak Long to at night?
-What are you thinking if Kak Long not going to cook for dinner?
Hahaha.... of she blogging, and editing what ever she think she want.
Then, when Kak Long finish her editing, she will read another book that she bought on last Monday. The book is about the technik how to be a good novel writer. Wow, she want to be a novelis!

Do you want to see the book?

Yes, of couse you can.




















Ok, that's all for today.

Das alles fuer heute. (Deutch)

Tuesday, April 26, 2011

Diari Dua Hari Kak Long

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....
Selamat Siang....
Guten Tag....
Buenos Tardes....

Enschuldigung sie bitte, ich habe nicht meine blog geschrieben fuer drei tagen.

Tiba-tiba terasa ingin menggunakan bahasa German yang telah Kak Long tinggalkan hampir enam tahun. Eh, betulkah sudha enam tahun? Cuba kira. Konvo pada tahun 2005. Jadi 2011-2005=6 tahun. Betullah!
Wah, ramai orang kata Kak Long rugi meninggalkan bahasa German. Tapi, tidak mengapa. Kak Long ada strategi bagaimana ingin menguasai semula bahasa German.

Oklah, banyak Kak Long membebel. Sekarang Kak Long hendak ceritakan kisah Kak Long sepanjang dua hari lepas.

Pertama, pada hari Sabtu bersamaan 23 haribulan April 2011.
Pada petang itu Kak Long dan suami bersepakat sebelum ke rumah sepupu di Klang, kami akan singgah dahulu di Rawang untuk membeli beberapa perkakas diri sendiri. Perjalanan tidaklah jauh mana, akan tetapi suami Kak Long yang tersayang terlepas simpang ketika melalui lebuh raya Utara Selatan untuk ke Klang, menyebabkan kami bersiar-siar(sebenarnya salah jalan) di Kuala Selangor sebelum tiba di Klang. Setelah puas bersiar-siar, kami akhirnya tiba di rumah sepupu Kak Long yang Kak Long gelarkan May May tepat jam enam setengah petang. Dua jam perjalanan. Huh, bayangkan sejauh mana kami terlajak. Sepatutnya masa yang diambil dari Rawang Klang hanya sejam sahaja. Walau bagaimanapun, Kak Long sayang suami Kak Long. Bukan salah dia juga, Kak Long yang terlena. ^-^

Cerita kedua pula adalah pada hari Ahad bersamaan 24 haribulan April 2011.
Pada hari ini Majlis Sambutan Hari Lahir ketiga bagi anak sepupu Kak Long yang bernama Nurzarith Sufiah. Keknya punyalah cantik. Ada seorang princess berdiri pakai baju gaun pink vanila di atasnya. Tengoklah sendiri foto dibawah. Cantik bukan? Puteri hari jadi berada ditengah-tengah bersama mama dan ayahnya.


.


Majlis berlangsung bermula pada tengah hari dan berakhir kira-kira jam 4 petang. Petang itu tidak disangka-sangka jiran sepupu Kak Long datang lagi menyambung makan dan berbual-bual. Sempat jugalah Kak Long berbual dengan mereka. Rupa-rupanya mereka datang ingin membanmtu untuk mengemaskan peralatan seperti periuk dan pinggan mangkuk. Wah, sungguh baik hati mereka! Fikir Kak Long, 'Alangkah baiknya jika jiran Kak Long peramah dan baik hati seperti mereka.'

****
Peristiwa kedua yang Kak Long ingin hebahkan kepada pembaca blog Siti Nurwani ini ialah pada hari berikutnya, iaitu hari Isnin bersamaan 25 hari bulan April 2011. Hari ini adalah hari gaji seMalaysia. Kak Long dan Abang Long dapat gaji. Jadi kami keluarkan sedikit budget yang telah kami persetujui untuk membeli buku di Pesta Buku dan barangan keperluan rumah. Hendak tahu buku apa yang Kak Long beli?



Sebahagian sahaja ini.... ada lagi di bawah....


Buku-buku kecil itu adalah novel comel sebahagian daripada isi yang ada dalam set box 90.



Dan ini pula kotak set yang eksklusif itu. Disebelahnya adalah paper beg comel yang Kak Long terima.



Buat pengetahuan semua, ini adalah novel sambungan daripada kisah Cinta Sufi. Ini adalah pengakhiran kisah Laksamana Sunan. Kak Long memang menantikan novel ini. Bila tahu saja novel ini keluar, Kak Long terus cari. Mujur masih banyak lagi di Karangkraf Mall.


Ha.... Inilah buku-buku yang Kak Long beli. Ini memang rekod. Kali ini sahaja Kak Long belanjakan sebanyak RM300.00. Berpeluh juga Kak Long berjalan di sana ditambah pening kepala memikirkan buku apa yang paling layak Kak Long beli.

Satu lagi, jangan terkejut, Kak Long telah bertemu penulis novel remaja paling ngetop pada zaman ini. Puan Ain Maisarah di Kedai Pink Ain Maisarah. Memang cantik deko kedai pinknya. Kak Long membeli set box 90. Mujur Kak Long bertuah. Sebab set ini hanya tinggal tiga sahaja. Set box itu seperti yang Kak Long letakkan di atas.


Oklah. Kak Long sudah habis menulis untuk dua hari. Jangan lupa untuk membaca entri Kak Long untuk hari-hari mendatang. Untuk esok, Kak Long bercadang ingin menulis mengenai pengalaman Kak Long belajar Bahasa German dulu. Bagaimana? Ok tak idea ini?


Sekian untuk hari ini....  ;)

Wednesday, April 20, 2011

Jom kita sama-sama menghayati bait-bait puisi ini

Rimbun Bahasa
       - Bersama mencintai Bahasa Kebangsaan kita

Siapakah yang pernah memimpikan
Sepohon bahasa yang rimbun
Setelah tahu tumbuh ia
Di atas sebidang tanah yang subur
Kenalkah kau siapakah yang membajainya
Berzaman sejak menunjangkan akar
Menyelinap kejap memasak bumi
Merendang tinggi mencecah ke awan.

Ini rimbun bahasa kita
Para moyang anda menumbuhkannya cermat
Kalau selendang bersulamkan dewangga
Kalau tikar berlapis kesumba
Dengannya terkirim pepatah juga petitih
Terungkap halu spantun dan seloka syair serta gurindam
Kiasnya cantik dalam lirik madah dan nyanyian
Terhantar kalian dongeng dan peri mitos-lagenda
                 hikayat atau ceritera.

Maka membesarlah bahasa ini
Kerana bertali-temali hati yang mencintai
Dari arus-mengarus sukma yang merindui
Pada dahannya bergantungan tulus pengorbanan
Akan pada rantingnya berjuraian gugus-gugus kerelaan
Di perdu membanirkan yakin kukuh
Kita generasi di gemilang peninggalan
Kita bangsa pada kebangkitan di agung warisan.

Dan, ketika di mana-mana dijelingkan curiga
            dicebikkan upaya
Kau dengarkah mereka berganti silih
            memperagakan senda
Rimbunnya gemulai amat tatkala mendepani
           ribut mengasak
Beliung waktu memusarkan gelora ancam dan
           rempuh yang baru
Gelombang peralihan nanti menghumban pergi
          oleh kudratnya rapuh
Ia, kata mereka, hanya seorang lelaki tua
           bermundar-mandir di lorong sempit
Daun-daunnya kegersangan tergetus dicakar
          tantangan tak mengendah
Berdurja akhirnya di tubiran musim, tersepit
          akhirnya ia resapkan.

Keresahan atas nama apakah keresahan
         telah ia resapkan
Cemas dan gementar rupanya kian mengisi
         setia yanmg calar
Sisih dan tolak mengikis menghakis tulus
        yang retak
Kebencian atas nama apakah kebencian
         sudah ia pendamkan
Sipu dan malu rupanya makin menggelincir
         ragu yang cair
Gundah dan ronta menjurang menjarak
         terima yang rela
Aduh, bahasa mengaduh dalam kesal keluh
        ia pun mengaduh
Aduhai, nestapanya tumpah terburai di saujana
        impiannya yang mensaujana.

Siapakah akhirnya yang berdiri nyaring menjerkah:
        "Inilah rimbun bahasa kita!"
Semangatnya dititih dengan keris saktinya diasap
        sumpah keramat
Lima abad terhembus pesan lestarikan ia
       ke akhir perjuangan
Lima puluh tahun di genggam merdeka setengah kurun
       bergalang jaga
Tegak bahasaku condongnya tidak tumbangnya
       sesekali jangan
Seluruhnya mengahrum taman sastera seluruhnya
      mewangi kebunan budaya
Citra bahasa mempelangikan megah menjaluri
      martabat dan maruah
Dan, rimbunnya merendang memayungi bumi
      dan bangsa ini sampai abadi.


(disalin daripada koleksi sajak KITA Lim Swee Tin)

Tuesday, April 19, 2011

Dunia baru

Puasa ganti di bulan Jamaldilawwal terasa tenang. Cuaca pula menyokong untuk menunaikan ibadat puasa. Tidak panas seperti biasa. Mendung dan redup.
Baiklah, apa yang ingin saya kongsi pada hari ini ialah sebuah karangan novel nukilan saya sendiri. Karangan in saya hasilkan bagi memenihi masa lapang dan mengasah bakat saya. Ya, saya tidak pernah sedar bahawa selama ini berbakat dalam bidang ini sehinggalah saya merentas arus bidang kerjaya saya sebagai Jurulatih PLKN. Pada tahun 2009 saya menghadiri sebuah bengkel anjuran Puan Ainon dari PTS Publication and Distributors Sdn Bhd (saya tidak pasti ini ejaan yang betul atau tidak harap dimaafin). Bengkel Teknik Surah Nabi Yusuf. Wah, begitu mudah rupanya menulis ini.  Selepas itu saya beranikan diri menulis setelah mendapat respon dari salah seorang editor. Akhirnya sebuah novel yang sasarannya kepada pembaca lelaki sudah siap dan sedang dalam proses di sana. Buku itu nanti akan diselangi dengan komik. Saya sudah membayangkan wajah buku itu nanti. Kata editor, kemungkinan bulan May akan berada dipasaran. Amin.
Sekarang saya sudah ada beberapa proposal yang dihantar ke sana. Mendoakan diri sendiri agar proposal diterima. Sekali lagi Amin. Dilaman web ini ada banyak tip untuk menulis www.universitipts.com

Nukilan dibawah ini hanyalah latihan saya, harap seronok membaca dan memberikan komen berharga untuk penambahbaikan.


KISAH ATAN DAN POKBO

“Aku tak nak...!!!!”

Hah?! Di mana aku ini? Dunia apa ini? Tempat apa ini? Aku sudah matikah? Kenapa aku tercampak di sini? Tempat apa ini?
Tiba-tiba aku bangkit sendiri membawa diriku yang ku rasakan sedikit lemah. Lemah akibat apa, aku tidak pasti. Aku berpusing memandang sekeliling pemandangan di sekitar diriku yang... comot? Aku comot. Lumpur terpalit di sana sini. Ada kesan calitan tanah hitam dan merah, malah pasir juga. Kenapa dengan diri aku ni?! Badan aku terasa sakit dan sengal. Aku cuba untuk bangkit berdiri. Tetapi aku terjatuh kembali di lopak kering. Aku cuba berdiri lagi. Kali ini aku berdiri dan cuba berjalan.
Aku memandang terus ke hadapan. Terang benderang sahaja. Kawasan di hadapan aku luas terbentang. Tanah tandus tiada berpohon. Sehelai daun pun tidak wujud. Manakan tidak, tiada aliran air langsung untuk tumbuh-tumbuhan bernyawa. Jangankan tumbuh-tumbuhan, binatang seekor pun aku tidak nampak. Yang ada hanya aku dan loga maya. Loga maya jelas berada di mana-mana sahaja. Tanah berwarna merah kekuningan merekah. Tanah kering kontang. Aku lihat kaki ku, ya, di bawah tapak kakiku hanya tanah yang kering merekah. Aku tunduk memerhati, aku hulurkan tanganku untuk merasai tanah merekah itu. Keras. Panas. Ditelapak tanganku ada debu-debu halus yang melelkat. Aku biarkan sahaja. Aku mendongak memandang ke atas pula. Matahari menunjukkan kuasanya, begitu ganas tiada ehsan sedikit pun. Seolah-olah matahari berada sejengkal dari kepala. Ah, pedih mataku! Aku kembali menunduk melihat tanah yang keras , panas dan merekah. Tanganku masih lagi menyentuh tanah. Aku dongak kembali ke langit, ada seekor burung besar yang berlegar-legar sekitar tempat aku berada. Burung apa itu?
Aku tidak pasti apa yang harus lakukan. Tidak dinafikan aku buntu. Buntu memikirkan apa yang terjadi kepadaku. Buntu memikirkan apa yang perlu aku lakukan seterusnya. Aku mengeluh berat, menghenyak punggung di atas tanah keras merekah. Terasa panas. Aku biarkan sahaja. Sebenarnya aku tiada perasaan langsung terhadap kepanasan tersebut. Aku berasa hairan. Kenapa aku tidak merungut langsung? Walhal sebelum ini akulah juara merungut. Hingga perkara yang paling remeh juga aku merungut. Rungutanku itu pula bukannya ringkas, berjela-jela hingga hari esok pun tidak habis lagi. Rakan aku sudah bosan dengan segala macam rungutanku.
“Di mana mereka semua?” serak suaraku. Tekak terasa perit dan pedih. Ya, mana mereka semua? Mak, ayah, Suria? Mana mereka? Tiba-tiba sahaja aku teringatkan mereka.
                Aku terus merenung tanah kontang dihadapanku. Aku terlihat satu loga maya yang berada betul-betul di hadapanku. Aku amati loga maya tersebut. Aku tahu kejadian loga maya terbentuk akibat keadaan terlampau panas. Aku pelajarinya ketika di sekolah. Keadaan seperti air mengalir di atas tanah berkilat hanya untuk santapan mata yang seketika sahaja. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku begitu tertarik dengan loga maya. Aku tidak mahu langsung mendongak ke atas lagi. Terlampau panas dan silau matahari membuatkan mata aku mengalah. Malah aku membiarkan sahaja burung besar tersebut berlegar-legar sekitarku. Bayang-bayang burung besar itu jelas terpampang di atas tanah tandus ini. Aku termenung dan terus termenung lagi.
                Aku cuba mengerah otak memikirkan punca aku berada di tanah tandus yang entah di mana ini. Aku mengingati diriku sebelum aku bangkit dari tidur. Aku berfikir perlahan-lahan. Aku menutup mata perlahan-lahan, aku lihat merah sahaja. Biji mata bergerak-gerak di sebalik kelopak mata. Gelap sementara menenangkan aku. Ini peluang aku untuk berfikir secara waras setelah jiwa dan minda aku yang berfikir seperti rebut taufan. Aku berfikir meneroka seakan aku di pandu oleh sesuatu kuasa bergerak di dalam terowong yang gelap. Keadaan aku tidak ubah seperti sami bertapa. Kemudian kau terlihat satu cahaya putih dari jauh. Cahaya itu menyilaukan mata aku yang sedia pedih.
               
1
“ Tak nak! Atan kata tak nak. Mak tak dengar ke? Buat apa pergi sekolah. Atan malas nak dengar cikgu kat sekolah tu membebel. Atan tak suka. Dah lah orang bagaitau orang tak pandai, marah-marah pulak. Atan tak nak pergi sekolah.” Atan membentak terus menghentak daun pintu bilik sekuat hati. Terus memutarkan sistem bunyi radio di dalam bilik sekuat-kuat. Kemudian dia membaling dirinya ke atas katil bujang. Komik-komik kegemaran bertaburan sana-sini. Dia begitu marah apabila maknya minta pergi ke sekolah. Dia lebih bahagia berada di dalam bilik yang layak dipanggil sarang tikus oleh emaknya.
Tahun ini Atan akan menghadapi peperiksaan UPSR. Sebagai ibu, sudah pasti emak Atan, risau masa depan anak lelaki tunggalnya. Hanya Atan harapan keluarga. Anak perempuannya masih terlalu kecil. Jika Atan gagal dalam peperiksaan ini, bagaimana Atan untuk meneruskan sekolah. Sudah hampir lima belas hari Atan tidak ke sekolah. Guru displin sudah datang menemuinya bersama suami. Suaminya itu semakin naik angin berhadapan perangai anak lelakinya itu. Acapkali dia hilang sabar. Tetapi belum pernah lagi dia menaikkan tangan terhadap Atan. Dia tidak sama sekali mahu menghukum anaknya begitu. Ayahnya hanya memaki Atan sepuas hati. Mak Atan pula berlainan sama sekali. Hatinya lebih sejuk berbanding suaminya. Mak Atan tidak pernah berputus asa memujuk Atan. Dia tidak mahu Atan gagal. Dia memohon kepada Tuhan setiap kali selesai sembahyang. Dia memohon agar dilembutkan dan dibuka hati Atan untuk ke sekolah. Dia redha jika Atan tidak cerdik, tetapi sekurang-kurangnya Atan layak memiliki sijil UPSR.
Hari ini Atan tidak mahu ke sekolah lagi. Dia hanya bangun untuk makan sarapan nasi lemak lauk ayam kegemarannya. Itupun Atan keluar dari bilik sebaik sahaja ayahnya sudah bergerak ke pejabat. Atan tidak mahu bertemu ayahnya. Dia menyampah dengan ayahnya sendiri. Setiap kali bertemu muka, ayahnya akan memaki-hamun, memarahinya. Atan bosan mendengar bebelan ayahnya yang berjela-jela. Atan tidak mahu mendengar semuanya. Apabila dia mendengar sahaja bunyi enjin kereta ayahnya semakin perlahan, waktu itulah baru Atan keluar.
   Mak Atan melayan anaknya dengan penuh kasih sayang. Mak Atan memang terkenal dengan sifat keibuan. Dia tidak pandai memarahi anak-anaknya. Namun, maknya juga bijak menasihati dan memberi motivasi kepada anak-anaknya. Tidak hairan jika sepupu Atan, anak saudaranya yang lain sanggup datang daripada jauh untuk mendengar nasihat daripadanya.
“Atan, pergilah sekolah. Dah nak periksa ni.” Pujuk mak lembut.
“Semalam cikgu Atan datang rumah jumpa ayah. Dia kata Atan kene pergi sekolah juga. Kalau tak, nanti nama Atan terpaksa di senarai hitam dari senarai. Atan tak boleh ambil periksa terus.” Sambung mak Atan .
“Atan tak kisah lulus ke tak. Atan tak nak pergi amik periksa. Membazir masa Atan jer. Atan bosan duduk kat sekolah. Cikgu tak sporting langsung. Suka sangat marah-marah. Garang macam rimau” Atan membalas.
“Janganlah macam itu Atan. Kita kene belajar sampai bila-bila, dari kecil sampai hari kita nak meninggal dunia. Adat belajar macam tu lah. Cikgu terpaksa buat macam tu sebab nak bagi anak murid dia pandai. Cikgu kena tegas.” Pintas Mak Atan.
“Belajar pandai-pandai dulu, lepas tu barulah Atan duduk senang. Tak payah nak fikir susah.” Tambah mak Atan.
“Buang masa je pergi sekolah. Atan kan boleh belajar kat rumah. Buku ada, Atan bacalah. Duduk rumah main game lagi seronok. Membazir pergi sekolah.” Atan mempertahankan pendiriannya.
“Tak bolehlah macam tu nak... nanti tak dapat sijil.”
“Sijil tu kan boleh beli je kat kedai.” Jawap Atan sambil tersenyum.
                Mak Cik Piah duduk disebelah terus memerhatikan gelagat Atan makan nasi lemak lauk ayam dengan berselera sekali. Mak Atan menggelengkan kepala . Dia sudah acapkali berkata begitu kepada Atan. Atan pula tidak pernah kehabisan idea memberi seribu alasan. Kadang-kala dia kehabisan buah fikiran untuk berkata-kata dengan anaknya yang seorang ini. Kemudian mak Atan bangun meninggalkan Atan berseorangan di meja makan. Dia menuju ke bilik anak dara kecilnya. Jam-jam begini anak dara kecil itu sedang lena dibuai mimpi setelah menyusu botol subuh tadi. Mak Atan tersenyum tatkala melihat Suria terbaring lena. Ada sedikit tahi mata terpalit dihujung mata bundar berbulu mata panjang dan lebat. Mata itu Suria warisi daripada mak Atan sendiri. Manakala muka yang bulat montel milik suaminya. Suria masih bayi, usianya baru sahaja mencecah tiga tahun. Mak Atan menepuk-nepuk manja belakang Suria. Bayi montel itu dibiarkan tidur lagi. Dia akan bangun sendiri apabila jam tepat pukul sembilan pagi. Ketika itu terburailah satu gelak tawa manja.
                Sementara ibunya masuk ke bilik bayi adik perempuannya, Atan terus bersungut. Sungutanya tidak pernah kehabisan ayat. Ada sahaja yang tidak memuaskan hati.
“Masin sangatlah sambal mak hari ini. Entah apa-apa. Mak dah tak pandai masak ke? Esok Atan nak makan kuey teow goreng. Mak masak tau!” rungut Atan.
“Ok, mak Atan dah siap makan. Atan nak masuk bilik. Mak jangan kacau Atan tau.” Jerit Atan kepada ibunya memerintah.
                Atan merencanakan sepanjang hari ini dia hendak habiskan masa bermain online game. Oleh sebab itu tidak mahu sesiapa mengganggu dirinyaa. Semalam dia telah kalah. Hari ini dia hendak membalas dendam. Semuanya gara-gara ganjaran yang di canangkan dalam permainan tersebut.
“Hari ini aku mesti menang. Aku takkan bagi can kat MamatCyber tu. Aku mesti menang!” tekad Atan. Menyampah betul dia dengan MamatCyber, pencabar dalam talian yang dia sendiri tidak kenal. Apa yang pasti MamatCyber adalah pencabar utama yang harus di tumpaskan. Hadiah utama berupa telefon bimbit keluaran terkini menjadi buruannya. Atan sudah lama menginginkan sebuah telefon bimbit, bukan dia tidak pernah menyatakan hasratnya kepada mak dan ayahnya, sudah. Tetapi hasrat Atan ditentang kuat oleh ayahnya. Atan masih ingat lagi kata-kata ayahnya.
“Ayah takkan bagi Atan handphone selagi umur Atan tak genap 13 tahun. Selagi Atan tak dapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Jangan harap ayah nak belikan sebelum semua itu Atan tak tunaikan!” syarat ayah Atan.
                Disebabkan Atan malas ke sekolah. Dia hilang minat ke sekolah, maka mustahil jika menuntut telefon bimbit tersebut. Lebih baik dia cari jalan alternatif lain untuk mendapatkan telefon bimbit. Impian hatinya harus terlaksana tidak kira apa jua caranya, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke lengan. Genggam bara api biar sampai jadi abu! Azam Atan bersungguh-sungguh.
                Daun pintu bilik ditolak. Terpapar satu paparan yang tidak sedap mata memandang bagi yang mementingkan kekemasan dan kebersihan. Tapi bagi Atan, itu perkara biasa dan dia selesa berkeadaan begitu. Baginya, biliknya adalah hak mutlak dirinya. Tiada siapa berhak menegur Atan ke atas keadaan biliknya itu. Dialah bos, dia punya kuasa terhadap bilik kecil itu. Atan terus melangkah ke komputer peribadi yang terletak di satu sudut ruang bilik. Agak ke kanan sedikit bersebelahan dengan rak buku. Nama sahaja rak buku, tetapi isi kandungannya adalah sampah semata. Buku-buku bertaburan merata tempat. Buku sekolah cantik tersusun di dalam beg tidak pernah berusik sejak 25 hari lepas. Buku komik kegemaran bersepah sana sini di atas lantai. Tiada terdetik sedikit pun di sudut hatinya untuk mengemas peralatan itu. Hanya di pandang sinis.
Atan menekan suis kuasa pada badan kuasa komputer. Lampu kecil menyala kerlipan cahaya merah kemudian selepas beberapa saat kerlipan itu bertukar kepada hijau menandakan sistem operasi komputer bersedia untuk berfungsi sepenuhnya. Kemudian di kaca monitor terpapar satu paparan window bersedia. Atan setia menanti paparan seterusnya. Atan juga telah bersedia dengan strategi baru untuk mengalahkan pesaingnya. Paparan terakhir pun muncul. Atan membuka ruang tetingkap untuk terus ke gerbang permainan maya Kung Fu Fighter.
                Atan menunggu peluang untuk memulakan pertempuran. Lawan siber di sebelah sana juga telah bersedia. Atan bersiap-siaga dengan senjata nombor satunya, papan kekunci keluaran terbaru yang serba canggih di tambah lagi paparan skrin yang lebih jelas, juga pembesar suara yang diletak di segenap sudut bilik. Sengaja di reka keadaan begitu bagi membolehkan dia merasai seperti berada di sebuah panggung wayang. Bantuan bunyi-bunyian daripada permainan itu akan menambahkan keseronokan bermain. Bunyi yang dikeluarkan bergema seluruh bilik, bukan sahaja bilik Atan, gema itu juga terpantul keluar. Ibunya yang berada di ruang tamu berkemas menggelengkan kepala.

2
Aku melihat semua kejadian itu satu persatu. Tidak tertinggal satu pun. Keadaannya tidak ubah seperti aku menonton wayang gambar. Adakah aku yang berada dalam putaran filem itu? Akukah? Seolah-olah aku berada di awang-awangan. Terapung di atas udara seperti belon. Aku berada di situ untuk seketika waktu. Kemudian terasa diriku seperti diheret oleh satu kuasa yang tidak kelihatan untuk turun ke bawah. Kaki aku menjejak lantai. Tapi? Pelik? Aku tidak terasa apa-apa. Telapak kaki aku tidak merasai apa-apa, seperti aku berdiri di atas angin. Siapa pula Atan? Kenapa harus aku melihat semua ini? Aku benar-benar kebingungan.
 Aku melangkah masuk ke dalam bilik Atan. Sekali lagi berasa amat hairan. Aku tidak perlu bersusah-payah membuka daun pintu bilik Atan yang telah dikunci. Aku hanya menembusi permukaan dinding batu sahaja. Aku bergerak seperti hantu. Aku lihat Atan tidak menyedari langsung kehadiranku, dia tidak mempedulikan aku langsung. Malah Atan begitu asyik bermain. Seolah-olah aku tidak pernah wujud. Sekelumit pun Atan tidak menjeling ke arahku. Aku memerhati sekeliling bilik. Aku bergerak dari satu sudut ke satu sudut. Aku perhatikan banyak barang di dalam bilik ini tidak di susun dengan rapi. Sama seperti aku lihat semasa aku di awang-awangan. Aku perhatikan wajah Atan. Aku renung wajahnya dekat. Dia langsung tidak menyedari aku. Adakah aku seorang halimunan? Atau hantu?
Aku berdiri tegak memerhati lagi sekitar bilik Atan. Aku dapati ada sebuah cermin besar berhampiran almari pakaian. Aku bergerak ke sana. Wah, aku bergerak seperti angin! Kini, aku berdiri betul-betul di hadapan cermin. Aku lihat wajah aku comot. Kesan tanah merata-rata di wajahku. Aku pun mencapai sehelai tisu yang ada di atas meja. Hah,aku tidak boleh mencapainya?! Aneh? Maku perhatikan tangan aku berlalu begitu sahaja tanpa terasa kertas tisu tersebut. Umpama bayangan. Aku halimunankah? Aku berpaling pantas memandang cermin. Mata aku sahaja yang jelas kelihatan. Lalu aku mengangkat tanganku dan aku sapu wajahku dengan telapak tangan sahaja. Perlahan-lahan wajah aku semakin jelas. Apa?!
“Apa?! Apa ini semua?” protes jiwaku. Aku terperanjat teruk setelah melihat wajahku yang sebenar. Wajah aku sama dengan wajah Atan. Aku menoleh ke arah Atan. Atan tidak menoleh ke arahku. Itu tidak penting. Tetapi bagaimana wajah aku dan dia sama? Kau berjalan laju ke sebelah Atan. Aku amati wajah Atan. Ya, memang benar. Wajah aku dan Atan sama. Siapa dia sebenarnya dan siapa sebenarnya aku? Aku lihat tangannya, sama dengan tanganku juga, aku lihat kakinya, sama juga. Badannya, sama. Semuanya sama denganku. Siapa aku. Kenapa aku berkeadaan begini?
Aku berkeliaran di dalam bilik Atan. Kali ini aku tidak lagi duduk memerhati Atan. Aku sudah hilang fokus. Aku mencari satu penyelasaian untuk semua ini. Aku harus mencari punca kau jadi begini. Baru sebentar tadi aku yakin berada di sebuah kawasan tandus dan kepanasan. Tetapi kini au berada di dalam sebuah rumah yang besar. Aku bangkit berjalan menembusi dinding. Aku ke ruang sebuah bilik lagi. Bilik berwarna merah jambu. Ada sebuah katil bayi. Aku lihat, di dalamnya ada seorang bayi montel yang comel sedang lena dibuai mimpi. Bunyi bingit dari bilik Atan tidak sedikit pun mengganggu tidurnya. Aku bergerak lagi. Kali ini aku berada betul-betul di hadapan sebuah bingkai gambar keluarga. Ada seorang wanita memegang bayi. Aku yakin bayi itu adalah bayi yang berada di dalam katil bayi. Ada juga seorang lelaki berdiri di sebelah wanita tersebut. Manakala di sebelah kiri wanita itu,Atan, atau aku. Aku sudah mulai gelisah. Kenapa pula wajahku aku di situ pula?
Aku lekas-lekas keluar dari bilik itu. Kali ini aku berada di ruang tamu. Aku melihat wanita yang aku lihat di dalam gambar sebentar sedang duduk di atas sofa ralit membaca. Aku bergerak ke arahnya. Aku perhatikan wajahnya. Wajah wanita itu sungguh lembut. Sungguh murni. Sungguh suci. Tenang tatkala mata memandang. Aku tidak jemu melihat wajah itu. Aku beralih pula melihat seluruh susuk tubuhnya. Aku seakan tersentuh apabila melihat telapak tangannya. Aku tiba-tiba menjadi sebak melihat jari-jari halusnya. Hairan...  Aku hairan kenapa aku berasa begini?
Aku bangkit pula menuju ke arah sudut bertentangan dengan wanita berwajah lembut itu. Kemudian bibir nipisnya tiba-tiba terukir senyuman. Manisnya. Siapa wanita ini? Aku harus mencari kepastian. Mataku meliar melihat sekitar ruang tamu ini. Aku cuba mencari sesuatu yang boleh membantu. Aku ternampak sebuah himpunan bingkai-bingkai gambar tergantung di suatu sudut. Tersusun rapi dan cantik. Aku perhatikan banyak juga gambar aku bersama wanita ini. Begitu juga aku bersama seorang lelaki. Lelaki itu berbadan sederhana. Aku tersenyum riang. Kenapa aku berada di kalangan mereka?
Persoalan demi persoalan menerpa ke benak fikiranku. Aku menjadi bertambah keliru. Baru sekejap tadi aku menyaksikan panorama yang semakin menyesakkan nafasku. Aku berada di mana sekarang? Apa yang terjadi kepada diriku? Serta siapa diriku yang sebenarnya?

3
                Atan terus tetap bermain permainan maya sendirian bersama pesaing yang hanya di kenali MamatCyber. Dia terus bertarung. Di atidak mahu tewas di tangan MamatCyber. Jari Atan pantas menekan papan kekunci untuk mengelak segala serangan yang dilakukan pihak lawan. Kemudian Atan menyerang balas. Jarinya tidak pernah kenal penat. Atan membetulkan kedudukan punggung di kerusi untuk keselesaan sendiri. Matanya tidak terlepas sedikit pun. Dia tidak mahu terlepas sedikit pun dari perlawanan. Jika matanya berkelip sedikit, maka kekalahanlah yang terpaksa Atan terima. Atan tidak kalah.
                Setiap serangan sentiasa ditepis dengan baik. Atan masih lagi di ruangan bertahan. Sesekali Atan menyerang dengan ganas. Atan bermain dengan penuh berhati-hati. Strategi dan taktik diaturkan dengan begitu baik. Pihak lawan begitu juga. Masih tiada siapa yang mahu mengalah. Masing-masing mahu memburu kemenangan. Pertarungan mereka telah berlarutan selama tiga jam. Dalam masa itu jugalah, Atan tidak berganjak walau sedikit. Malah tiada alasan untuk berhenti minum air pun. Tekak yang terasa haus dibiarkan. Sanggup Atan menelan air liur sahaja untuk menghilangkan sedikit kehausan.
“Ceh, dia tendang aku! Nah, rasakan tendanan maut aku!” gumal Atan sendiri.
                Kali ini nyawa Atan di dalam permainan hanya tinggal satu sahaja. Peluang untuk Atan menang semakin nipis. Pertarungan semakin sengit. Lawan Atan juga berjuang untuk menyelamatkan nyawanya. Nyawa lawan juga semakin berkurangan. Tenaga untuk bertarung juga semakin mengecil. Peluh mula menitik di dahi Atan. Atan biarkan peluh itu jatuh menitik. Terasa masin apabila peluh mengalir melintasi bibir. Atan tidak peduli. Atan hanya perlukan sedikit masa sahaja lagi. Atan berjuang untuk menang.  Atan mengetap bibir kebimbangan. Badannya sudah basah dek peluh. Baju putih sudah berubah warna. Baju nipis itu melekap di badan Atan. Atan bermandi peluh.
                “Aku tak boleh kalah. Aku dah sampai tahap ini. Aku tak boleh mengaku kalah. Aku mesti menang!” jerit hati Atan.
                “MamatCyber....! Kau mesti kalah!”
                Atan terus berjuang lagi hingga ke saat mata akhir. Cahaya amaran sudah berkelip menandakan masa pertarungan akan tamat dalam beberapa saat. Jari Atan semakin pantas menekan papan kekunci. Atan berusaha menyelamatkan diri daripada musnah.
                “Bip bip bip bip bip...!” bunyi siren amaran berbunyi membingitkan telinga. Tidak sampai satu saat pertarungan tamat. Atan mengeluh berat. Atan bersandar di kerusi. Matanya masih lagi melihat kaca komputer. Dia tewas lagi kali ini. Ini sudah masuk kali yang kedua Atan tewas. Jika sekali lagi Atan tewas, bermakna tiada lagi peluang Atan untuk bermain dalam pertarungan permainan maya. Maka, tertutuplah peluang Atan untuk memenangi telefon bimbit impiannya.
                Atan terus menghempaskan badan atas katil. Bibirnya diketap tanda geram. Atan begitu marah. Marah di atas kekalahannya.  
                “Macam mana aku boleh kalah lagi?!” bentak Atan. Satu penumbuk Atan hentam pada bantal. Dia menggenggam penumbuk dan terus menumbuk-numbuk bantal dan tilam. Bantak kekabu itu hampir terburai semua kekabu apabila Atan menumbuk kuat.  
                Permainan maya  itu mempunyai tiga peringkat. Peringkat pertama adalah peringkat saringan. Peringkat di mana pemain-pemain dipilih. Hanya pemain yang terbaik sahaja yang layak untuk ke pusingan kedua. Pada peringkat kedua pula, pemain akan diuji dengan berbagai halangan dan beberapa soalan yang menjerat. Atan lulus pada dua peringkat ini. Hanya yang bernasib baik yang layak untuk bertarung di peringkat ketiga. Atan layak untuk bertarung di peringkat ketiga. Pada peringkat pertarungan ini, pemain tersebut perlu memenangi sekurang-kurang sekali pertarungan. Kepada yang tewas pada dua pertarungan seperti Atan, nasibnya kurang baik. Jika ada nasib daripada segi pungutan mata, bolehlah Atan meneruskan perjuangan. Jika pungutan mata Atan terlalu sedikit, maka Atan akan terkeluar dari permainan. Inilah yang sedang dibimbangkan oleh Atan. Dan kebimbangan itu sudah menjadi kenyataan. Atan sudah tewas.
                Maka dalam diri Atan sekarang dipenuhi perasaan marah. Semuanya barang-barang di dalam biliknya disepahkan. Atan menumbuk almari kayu, kemudian dia menumbangkannya ke lantai. Atan menggila seperti orang tidak siuman mengamuk.  

4
                Aku tidak peduli apa yang terjadi kepada Atan . Tetapi aku berasa simpati kepada wanita di ruang tamu tadi. Wajahnya bersih suci, namun ada sedikit kekeruhan di wajahnya. Aku berasa bersalah meninggalkan wanita itu sendirian diruang tamu. Tetapi apakan daya aku. Aku wujud di situ seperti halimunan. Tiada siapa yang menyedari kehadiran aku langsung. Apa-apa hal aku perlu mencari diriku terlebih dahulu. Aku harus mencari punca mengapa aku jadi begini. Aku harus tahu apa yang terjadi dengan aku? Bagaimana tiba-tiba sahaja aku boleh berada di sini?
                Perlahan-lahan aku membuka mata. Apabila aku melihat sahaja cahaya, mataku dijamu oleh wajah seekor burung yang amat besar. Matanya tajam melihatku. Paruhnya terbuka luas seolah-olah mahu menelan aku. Paruhnya yang besar dibuka sebesar-besarnya. Aku betul-betul berada di hadapanya. Burung itu bersedia untuk mematukku. Aku bingkas bangun dan berlari sepantas kilat. Sesekali aku menoleh ke belakang, nurung besar itu tetap gagah mengejar aku. Aku meneruskan larian ku. Maka bermulalah satu adegan kejar-mengejar di antara aku dan sseekor burung besar. Tetapi aku tidak menemui satu jalan pun. Aku hanya terus berlari tanpa arah.
                Aku berlari tanpa  berkasut, tapak kaki sudah terasa pedih. Aku berhenti di tanah yang luas. Aku toleh ke belakang, tiada lagi burung besar itu. Mungkin ia sudah bosan mengejarku. Aku tersenyum kerana sudah terselamat dari menjadi bahan makanan kepada burung pemakan daging tersebut. Itu burung hering yang memakan daging bangkai. Burung itu hanya makan daging bangkai binatang yang telah mati. Mungkin ia beranggapan aku sudah mati.
                Aku terus berjalan tanpa arah. Aku berdoa akan menemui perkampung orang asli untuk aku berlindung. Kawasan seperti ini aku pernah tonton di televisyen. Walaupun tanahnya tandus, masih ada perkampungan kecil yang mana komunitinya terhad. Mungkin ada beberapa buah keluarga sahaja. Aku berdoa akan menemui komuniti ini. walau bagaimanapun aku harus terus berjala tanpa henti. Moga-moga dengan berjalan aku boleh menemui mereka.
                Cuaca semakin terik, tekak semakin haus, kaki semakin lenguh berjalan. Tiba-tiba tidak semena-mena aku jatuh terjelepuk di atas tanah. Debu-debu halus berterbangan. Badan aku sudah terlalu penat. Mataku semakin layu, pandangan semakin kabur. Aku terlentang memandang langit yang kosong. Pandangan yang kabur terus gelap.
                Entah berapa lama aku tertidur di tanah gersang, kemudiannya aku terjaga. Kali ini satu lagi kejutan yang aku alami. Terpampang satu pemandangan yang aneh sama sekali. Bukan lagi di tanah gersang. Tetapi suatu tempat yang amat menenangkan. Kawasan berbukit-bukau diliputi hijauan rumput, diserikan dengan kembangan bunga-bungaan. Aku bukan lagi duduk sepertimana aku di tanah gersang, sebaliknya aku berdiri. Aku  lihat di badanku tiada lagi kotoran tanah. Aku tidak comot lagi. Aku bersih. Pelik. Bagaimana ini semua terjadi?
                Aku berjalan perlahan-lahan menuju pokok besar yang terletak di puncak bukit. Aku tiada alasan kenapa harus aku menuju ke pokok itu. Semakin aku dekati pokok itu, pokok itu seakan semakin menjauh daripadaku. Kenapa? Jangan bertanya kepadaku lagi! Aku tiada jawapan untuk itu. Matlamat aku sekarang adalah untuk tiba di pokok besar itu. Aku hendak berehat. Mungkin aku boleh mendapatkan buah daripada pokok itu. Daunnya yang rendang memang sesuai untuk dijadikan tempat aku berteduh dan bermalam mungkin. Atau mungkin ada buah-buahan yang boleh akuk jadikan makananku. Namun begitu, sudah agak lama aku berjalan, aku masih lagi tidak sampai ke pokok besar itu. Keadaan aku seperti orang sasau. Amat selekeh walaupun tiada algi kotoran yang melekat di tubuhku.  
                “Argh.. Penatnya. Tadi aku nampak pokok tu macam dekat je. Tapi jauh juga.” Aku mengeluh sendirian. Tiada siapa yang harus aku berkata-kata. Aku tiada teman di sini untuk aku ajak berbual. Aku menyambung perjalananku setelah aku berehat menarik nafas sebentar dari keletihan. Aku capai sebatang ranting kering lalu aku jadikan sebagai tongkat untuk aku membantu aku meneruskan perjalanan. Semakin lama semakin dekat pokok besar itu. Sampai sahaja di pangkal pokok besar aku terus melabuhkan punggung duduk bersandar pada batang pokok. Aku melepaskan lelah.
                Aku mendongak memandang ke atas. Gelap sahaja keadaanya. Ini memberitahu bahawa pokok ini lebat daunnya. Namun tiada sebiji pun buah yang boleh aku makan. Hanya dedaun yang lebat. Kawasan sekeliling pokok ini teduh. Ada daun yang terbang jatuh ke lantai tanah. Ada juga yang terus berterrbangan tanpa haluan. Aku termangu sendirian di bawah pokok besar ini. Senyap sunyi, hanya kedengaran alunan alam bermain-main di telinga. Aman. Bunyi desir angin menghembus sayu, bunyi dedaun lalang bergeseran antara satu sama lain. Ada juga sekali dua bunyi kicauan burung sayup-sayup kedengaran di hujung pelusok entah dari mana. Aku menarik nafas dalam-dalam menghirup udara segar. Arghhh... nyamannya. Aku pejamkan mataku sebentar menghayati bunyi-bunyian alam semester yang serba indah ini. Aku buka kembali mataku. Aku perhatikan kehijauan alam.
                Keadan inilah yang pernah menjadi impian aku suatu ketika dahulu. Tiada siapa yang menggangguku. Tiada orang menengking memarahiku, tiada bunyi bising orang membebel, hanya ada aku seorang. Aku boleh buat apa sahaja yang aku mahu lakukan. Sekali lagi aku tersenyum girang.
                Lalu aku baring menelentang dengan mataku tepat memandang dalam himpunan daun rimbun pokok. Aku perhatikan ada beberapa sarang burung. Empunya sarang entah ke mana. Aku mula meneroka minda ku lagi . Kali ini aku cuba merungkai misteri segala kejadian yang menimpa aku. Aku cuba fokus mengenali diriku sendiri.

5
                Aku mulakan pengkajianku dengan kehadiranku di tanah gersang. Aku dapati diriku terbaring dengan badan dipenuhi lumpur. Aku cukup kotor. Aku terbaring sendirian di situ hanya bertemankan tanah yang kontang merekah dan cahaya matahari yang maha terik. Aku serba-salah. Duduk salah, berdiri salah, baring salah, menelentang salah. Tiba-tiba aku terdengar...
“Wahai anak muda! Bangkit!”
Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang amat garau dan kuat. Membuatkanku hampir terjerit. Aku bingkas bangun mencari arah punca bunyi suara itu. Aku perhatikan sekeliling, kosong. Tiada apa-apa melainkan daun lalang dan daun pokok besar yang jatuh berterbangan di tiup angin. Aku berlari di sebalik pokok. Tiada. Aku intai di bawah timbunan daun kering, tiada. Aku lihat di dalam pokok, hanya ada sarang burung sahaja. Tiada seorang manusia pun di situ melainkan aku sahaja! Habis, siapa gerangan empunya suara?
“Siapa tu?!” Jeritku.
“Apa yang kau cari wahai anak muda? Hahaha...”  suara itu lagi bergema kuat di segenap daerah perbukitan ini. Sinis sahaja dia memerli aku. Suaranya seperti suara sang gergasi di zaman purbakala.  Aku mulai ketakutan. Aku mula terbayangkan gergasi yang besar berjalan menghala ke arah aku. Tangan yang besar mencengkam aku umpama sebiji buah epal yang bersedia bila-bila masa untuk menelan aku.
“Siapa kau? Kau kat mana? Kau nak apa? Keluarlah. Tunjukkan diri aku.” bertubi-tubi soalan aku ajukan kepada suara misteri itu. Dalam takut-takut aku cuba beranikan diri. Aku sudah sedikit menggelabah.
“Kau tak perlu takut. Aku takkan apa-apakan kau. Melainkan kau yang melakukannya sendiri terhadap diri kau sendiri.” Suara misteri itu bergema lagi. Kini aku mula berdialog dengannya.
“Siapa yang takut? Aku tak takut. Siapa kau? Kalau kau berani sangat, tunjukkanlah diri kau!” Kataku sedikit mencabar suara itu.
“Kau sungguh bongkak anak muda... Tak usahlah kau berusaha untuk melihat diriku. Aku tidak penting untuk dilihat. Apa yang penting dilihat adalah diri kau sendiri.” Ucap suara itu lagi.
“Kau itu siapa nak cakap dengan aku macam tu?” aku bertanya kehairanan.
“Kau tahu siapa diri aku?” tanya suara misteri.
“Err... manalah aku  tahu. Macam aku ada kat sini pun aku tak tahu. Kau tolonglah beritahu.”
“Ish ish ish... macam mana orang yang tak tahu dirinya sendiri bertanyakan aku ,aku siapa?! Melucukan. Hahaha...!” suara misteri ketawa mengejek. Berdesing hujung telinga terasa hangat. Sudah pasti telingaku merah menyala. Aku malu bercampur marah. Berani sungguh suara itu menempelak aku.
“Kalau kau tahu siapa aku, beritahu aku siapa kau, dan tolong beritahu siapa aku. Bagaimana aku boleh tercampak ke alam ini. kau culik aku ke?” balas aku. Dalam pada masa yang sama perasaan takut sudah mulai reda. Sekurang-kurangnya aku punyai teman untuk berbicara.
“Kau renunglah diri kau sedalam-dalamnya. Lihatlah sejauh-jauhnya di dasar hati kau. Hentikan segala persoalan yang kau mainkan selalu. Kaji dan dalami diri sendiri. Selepas itu barulah segala persoalan yang berlegar-legar di minda kau akan terjawap dengan  sendirinya. Masa itu kau mungkin sudah melupakan diriku.” Terang suara misteri panjang lebar. Kemudian senyap sepi kembali.
Suara misteri pergi menghilang begitu sahaja meninggalkan aku sendirian kembali. Aku termangu sendirian. Kini aku kembali sendirian bertemankan pokok besar beserta daun dan lalang yang meliuk-liuk ditiup sang bayu. Jelas kedengaran bunyi geserannya. Aku memandang tepat ke arah awan biru. Keadaan di sana aku lihat amatlah tenang. Aku lihat sebuah tarian dedaun kering di suatu kawasan lapang. Aku kembali duduk bersandar di batang pokok. Aku cuba mentafsir kata-kata suara misteri sebentar tadi. Kata-katanya umpama sebuah soalan teka-teki yang perlu aku cari jawapan yang betul.
“Ah, mengada-ada betullah suara tu! Apalah salahnya dia beritahu saja. Ini tak, nak suruh aku fikir jugak. Baik tak payah cakap. Tu aku tahu la...” Getus hati aku memprotes.
“Siapa berani cakap macam tu? Kenapa suara dia boleh kuat seperti tu?” tiba-tiba aku terfikir tentang suara misteri. “Bagaimana dia tahu aku tercampak ke sini? Atau... dia yang bawa aku?” berbagai andaian bermaini dalam minda.
Aku termenung hingga mata aku begitu penat untuk terbuka lagi. Aku berkelip beberapa kali. Aku tengeh mataku memaksa aku terus berjaga.
“Ah, mengantuk pula. Tidurlah dulu.” Aku berkata seorang diri.
Belum sempat akau meneroka ruang minda unutk berfikir, aku sudah mulai ditewaskan. Aku tewas juga dalam kelemahan diriku. Pandanganku mulai kabur, kemudian gelap. Aku hanyut di arus lena. Terasa tubuh badanku ringan sahaja melayang-layang di ruang angkasa. Aku mulai terlena di bawah pokok besar.

6
Semasa tidur, aku sekali lagi dikejutkan  dengan satu tayangan filem  kehidupan Atan. Kali ini aku dihidangkan dengan pertengkaran antara Atan dan bapanya.
“Ayah tak dengar ke cakap Atan?!” tengking Atan kepada ayahnya. Atan langsung tiada rasa hormat lagi dengan ayahnya.
“Aku lahirkan kau dengan sempurna. Aku bagi kau sekolah. Aku bagi kau makan cukup. Apa lagi yang kau nak Atan?” ayahnya pula bersuara.
“Atan tak nak pergi sekolah! Atan nak berhenti!” Atan membentak.
“Kau ni tak tahu mengenang untung. Kat dunia ni ramai semua orang nak belajar. Kau nak berhenti?” tanya ayah Atan marah.
“Orang lain tu bodoh.” Atan menjawab bongkak.
“Kau kata diaorang bodoh?! Kau ingat kau tu cerdik sangat ke Atan? Ayah bukan nak kau jadi perdana menteri pun. Jadi orang berguna sudahlah. Boleh berdikari sendiri. Boleh cari makan sendiri. Bukan duduk menganga saja macam anak burung. Kau baru dua belas tahun!” tempelak ayah Atan lagi.
“Atan boleh cari makan sendiri... bukan susah pun.” Atan mempertahankan diri.
Pertengkaran itu hanya disaksikan oleh wanita yang aku temui di ruang tamu. Aku lihat di pipinya mengalir satu aliran jernih. Aku tidak nampak bayi perempuan montel yang comel. Wanita itu duduk diam di atas kerusi berhampiran dua beranak yang sedang bergaduh sakan. Aku lihat Atan bermati-matian mempertahankan haknya untuk berhenti sekolah. Baginya sudah tiada ertinya dia berada di sekolah. Dia sudah muak dengan segala macam ajaran di sekolah. Setiap subjek yang diajar langsung tiada yang mampu menarik perhatiannya. Dia hanya duduk di kerusi dan tidur terus diatas meja tanpa mempedulikan guru yang mengajar. Dia benci dengan semua keadaan itu.
“Lima tahun lepas Atan tidak begitu. Atan suka ke sekolah. Mak selalu buatkan air Milo untuk Atan. Atan kata Atan nak belajar sungguh-sungguh supaya nak bawa mak pergi jalan-jalan. Tapi sekarang kenapa Atan kata tak suka ke sekolah lagi?” akhirnya wanita itu bersuara. Tapi suaranya tersekat-sekat dek isak tangisan. Matanya merah menyala melihat Atan. Ayah Atan sudah memalingkan badan menghadap ke luar rumah sambil mencekak pinggang.
 “Atan cakap Atan tak nak pergi sekolah! Atan cakap tak nak, tak nak lah! Atan benci ke sekolah!” tengking Atan.
“Anak kurang ajar! Pang...!!!” satu tamparan dari ayah Atan hinggap ke pipi Atan. Ayahnya sudah hilang sabar. Selajur itu, Atan berlari keluar rumah.
“Atan! Atan nak ke mana tu nak???” jerit ibu Atan. Atan dengar panggilan itu, namun dia abaikan. Dia terus berlari sambil memegang pipinya yang terasa perit penangan tangan ayahnya yang sasa. Tidak pernah seumur hidup dia sebelum ini Atan merasa tamparan dari ayah mahupun maknya. Malah cubit pun belum pernah. Atan berasa benar-benar kecewa. Dia kecewa dengan ibunya, dia kecewa dengan ayahnya. Sebelum ini apa sahaja yang diminta pasti akan ditunaikan. Sekarang berlainan sama sekali. Sejak adiknya Suria lahir semuanya berubah. Kasih dan sayang ayah dan mak berubah sama sekali terhadapnya. Atan terasa terpinggir. Mereka lebih menyayangi bayi atau daripada dirinya.
Atan berlari dan terus berlari tanpa menoleh sedikit pun. Rumahnya yang besar semakin mengecil dibelakang. Hatinya benar-benar sakit. Tak terduga olehnya ayah akan menampar begitu kuat. Sedari kecil tidak pernah ayahnya menaikkan suara sedikit pun terhadapnya. Tiap kali ayah pulang dari pejabat mesti ayah bawakan sesuatu untuknya. Paling tidak pun coklat atau gula-gula. Kini, ayah tidak begitu lagi. Setiap kali ayah pulang, ayah mesti memeluk bayi kecil montel itu. Dirinya yang berada di tepi tidak dipedulan sama sekali. Atan terasa hati. Atan ingin juga dibelai begitu. Biarpun usianya semakin meningkat, dia masih lagi ingin dimanjai.
Buk! “Aduhhh!!!” Atan mengaduh. Rupa-rupanya Atan terjatuh di dalam lopak air hujan semalam. Lopak itu penuh lumpur. Tanpa disedarinya, Atan sudah terlalu jauh meninggalkan rumah. Atan perhatikan sekeliling. Atan tengok tiada ada apa-apa melainkan hutan belukar. Atan tahu dihujung kampung tempat tinggalnya ada sebuah hutan belukar. Tiada siapa berani pergi ke situ. Atan kini telah jauh di dalam hutan belukar ini.
Tiba-tiba Atan berasa seram sejuk menerpa diri. Atan memeluk seluruh tubuh yang comot. Mata Atan meliar melihat sekitar. Sebelah kanan Atan ada sebatang pokok sebesar pemeluk. Sebelah kiri pula ada sebatang pokok yang mempunyai banyak akar besar di pangkal. Atan bergerak ke pokok tersebut untuk mendapatkan sedikit perlindungan sedangkan Atan tidak pasti tahap keselamatannya. Atan memilih untuk berada di atas sebatang akar besar melintang yang paling atas. Akar itu memang besar sehingga Atan boleh baring diatasnya.
Atan mendongak ke atas. Atan nampak langit biru berawan sana sini. Sesekali beberapa ekor burung kecil melintasi pemandangan. Atan memegang pipi dengan tangan kanan. Masih terasa perit dan pedih lagi. Jika dia melihat cermin nescaya dia nampak warna merah dan bekas lima jari ayah. Atan mengetap gigi tanda marah terhadap tindakan ayahnya. Atan menyilang kaki atas lutut kaki sebelah lagi. Tangan didepakan dan meletakkan di belakang kepala seolah-olah bantal untuk menampung leher agar tidak terkehel. Atan mula bermain kata-kata di dalam hati.
“Bagus juga aku duduk sini. Tak payah dengar orang tua dua orang tu membebel. Tak perlu dengar si Suria menangis. Aku aman. Hah... tidurlah lagi bagus.” Monolog Atan. Selang beberapa minit, Atan lena.

7
Sementara aku melihat Atan (seiras wajahku) aku terduduk diam. Aku seakan-akan ditarik satu kuasa yanjg kuat sekali kembali ke asal. Aku terjaga. Aku duduk bersila. Adakah Atan itu aku?
“Akukah Atan itu?” aku mula bercakap seorang diri. Aku mulai sedar, bahawa ketika aku dapati diri terbaring di tanah gersang kering-kontang badanku penuh dengan lumpur. Sama seperti Atan yang terjatuh dalm lopak air dan badannya kotor dengan lumpur. Ada persamaan antara aku dan Atan. Tapi kenapa aku boleh tidak ingat semua itu? Hatiku semakin kuat mengatakan bahawa Atan yang aku lihat di dalam mimpi dan dunia yang satu lagi adalah diriku sendiri. Aku semakin keliru.
“Mana suara misteri tu?” tiba-tiba aku teringatkan suara misteri. Ada baiknya juga jika aku bertanya kepadanya. Aku mungkin boleh mendapat jawapan kepada semua perkara ini.
“Woi....!!! Mana kau...!!!” aku melaung kuat seperti tarzan. Kemudian aku terdengar gema pantulan suara aku sendiri. Aku tunggu seketika. Manalah tahu akan ada sahutan walaupun aku tidak pasti mengenainya. Aku menjerit memanggil lagi. Keadaan yang sama. Aku tidak menerima apa-apa respon pun . Aku kaget.
“Woi, suara! Keluarlah! Aku nak tanya kau ni. Aku dah bosan duduk sini. Aku nak balik. Aku nak duduk kat rumah aku. Aku nak balik!!!” aku menjerit sekuat-kuat hati. Ya benar, aku sudah bosan duduk di tempat tidak berpenghuni ini. Aku bosan. Aku tidak berarah tujuan di sini. Aku menjadi macam tunggul. Segala macam di sini indah, tapi sepi. Aku bosan. Aku tidak mempunyai sesiapa di sini. Tak ada makanan, tiada hiburan, tiada komputer peribadiku, tiada radio, tiada mak ayah, tiada adik, tiada segala-galanya. Aku sebatang kara. Tolonglahhhhh!!!!!!!!!!!! Aku nak balik!!!!
Aku menjerit kekuat hati. Suaraku bergema akibat pantulan dari bukit dan gunung. Aku tidak tahu hendak buat apa selain menjerit dan berjalan macam orang sasau. Berjalan pun aku tiada arah. Hanya mengelilingi pokok besar dan turun naik bukit. Kadang-kala aku bermain-main dengan rumput dan lalang. Lagaknya seperti seekor arnab bermain sorok-sorok. Aku mengira helaian daun yang gugur ke bumi. Aku seperti orang gila. Tidak tahu hendak buat apa selain semua itu. Kawasan ini benar-benar sepi. Namun yang menambah kehairananku, malam tidak muncul-muncul. Hanya siang sahaja.
Aku berjalan ke hulu ke hilir memikirkan diri aku sendiri. Nama, umur, asal dan sebagainya. Aku seperti orang yang mengalami amnesia. Aku kehilangan memori. Aku menjadi manusia lain. Aneh dengan diri sendiri. Dalam pada kebingungan terdetik juga di hati kecil, sedikit pengesalan muncul. Tetapi apa yang aku kesalkan? Apa yang telah aku lakukan?
Dalam pada aku berfikir dan berkira-kira mengenai diriku sendiri, tidak semena-mena angin menerpa ke arahku. Aku juga terdengar bunyi menderu yang kuat dari arah selatan. Aku menoleh ke arah itu. Aku lihat ada satu puting beliung laju sedang melaju menuju ke arahku. Aku tercegat berdiri di situ tidak bergerak. Aku panik. Aku tidak tahu ke mana hendak lari, tambahan pula kawasan ini kosong. Hanya ada rumput dan sebatang pokok besar. Sedang aku berkira-kira, puting beliung melanggar aku. Aku diterbangkan di dalam ptinung beliung. Aku pejamkan mata serapat-rapat. Aku biarkan badanku berpusing-pusing berkeadaan seperti di dalam mesin basuh. Kepala aku pening.
Selepas seketika, aku sedari diriku sudah terbaring di atas hamparan rumput hijau. Aku bangkit, terasa pedih di segenap bahagian tubuh. Aku perhatikan, badanku calar-balar. Ada sedikit darah terpercik di pakaianku. “Aduh, sakitnya!” getusku.
Aku lihat pokok besar yang menjadi tempat berlindung, jauh. Pokok itu kelihatan kecil. Bermakna aku telah diterbangkan oleh ribut puting beliung terlalu jauh dari tempat pokok besar. Sebelum ini aku tidak pernah meninggalkan tempat berlindung aku itu terlalu jauh. Lalu kau bangkit dan berjalan. Aku tahu jaraknya jauh. Tetapi aku harus ke sana juga. Kerana aku merasakan keselamatan aku terjamin apabila aku dapat berlindung di bawah pokok yang merimbun itu.
Apabila penat berjalan, aku berhenti berehat sebentar. Aku duduk di atas rumput yang tebal dan meninggi. Selajur tubuhku jatuh terbaring, nescaya tiada siapa akan dapat menemuiku kerana rumput ini sungguh tinggi dan badanku yang kecil tenggelam sepenuhnya. Aku perhatikan langit yang membiru. Tiada wujud awan. Burung pun tiada. Aku bermain dengan fikiran sendiri. Aku masih tercari-cari siapa diri aku? Persoalan yang paling aneh adalah, kenapa setiap kali aku tidak sedarkan diri, aku ditayangkan adegan seorang budak lelaki yang aku agak sebaya denganku dan bernama Atan. Apa sahaja yang Atan lakukan, aku lihat.
Dalam pada otakku serabut, aku tersentak apabila hujung jariku terasa sejuk. Aku toleh melihat. Ada seekor ulat beluncas besar rupanya. Baru inilah pertama kali aku melihat binatang di alam yang begitu sepi ini. Ulat beluncas ini berwarna kuning berselang dengan warna hitam. Kakinya yang beribu rancak mengatur langkah. Aku perhatikan dengan penuh minat gerak-geri ulat beluncas tersebut. Tanpa aku sedari, rupanya ada sebuah lubang di atas tanah. Ulat beluncas itu terus menuju ke arah lubang itu. Barangkali di sana adalah tempat persembunyian dan berlindung si ulat beluncas. Betapa untungnya ulat beluncas mempunyai tempat persembunyian dan berlindung sendiri. Mungkin juga kediamannya. Aku? Tiada ada apa-apa selain pakaian yang sehelai sepinggang. Barulah aku sedar, aku telah memakai pakaian ini tanpa ganti semenjak aku menyedari diriku di tanah gersang lagi. Sudah lama dan berbau. Aku mencebik kepada kekotoran diri sendiri.
Setelah hilang penat, aku bangkit dan menyambung kembali perjalananku menuju poko besar. Aku berjalan terhenjut-henjut akibat kesakitan di tapak kaki angkara berjalan banyak dan angkara ribut puting beliung sebentar tadi. Aku berdoa tiada lagi ribut puting beliung melanda kawasan ini lagi. Ia memang tiada belas kasihan langsung terhadapku.
Aku berjalan dan berjalan, akhirnya aku tiba juga di pokok besar. Aku terus melabuhkan punggung dan duduk bersandar pada pangkal batang pokok. Aku kepenatan yang teramat. Malah aku juga mengalami kecederaan. Di sini tiada siapa yang aku boleh meminta pertolongan. Aku buntu berfikir. Kebuntuan ini tidak pernah berakhir. Akhirnya aku terlelap lagi. Dan kali ini aku mahu tidur panjang.
Dalam tidur, aku di datangi mimpi aneh. Aku melihat Atan tersenyum memandangku. Kemudian di bersuara.
“Kau adalah aku dan aku adalah kau.” Kata Atan
“Macam mana? Aku tidak faham.” Aku pula berkata.
“Kau adalah Atan yang kau lihat dalam semua tayangan. Kau dan aku adalah sama. Bangun! Sedarkan diri! Kau seorang yang kejam! Tidak tahu mensyukuri apa yang kau ada. Bangun! Bangun!”
Selepas aku disergah sebegitu, aku pun terjaga dari tidur. Dalam keadaan terpisat-pisat aku bangun lalu duduk bersandar. Aku mula memikirkan motif dan logik mimpi aku sebentar tadi. Aku termenung.
Selepas beberapa ketika, barulah aku sedar kini. Bahawa Atan yang dalam tayangan yang aku lihat selama ini adalah diri aku sendiri. Aku Atan. Nama sebenarku Saiful bin Hamid. Atan adalah nama manjaku berikutan aku menjadi anak tunggal selama sebelas tahun. Aku ada seorang adik perempuan yang masih terlalu kecil. Suria. Ya, aku ada keluarga yang amat menyayangiku. Aku ada bilik sendiri. Aku ada komputer sendiri. Aku ada segala-galanya. Malah, guru di sekolah turut menjadikan aku sebagai ayam tambatan sekolah berikutan aku sentiasa mendapat keduduka yang cemerlang setiap kali peperiksaan. Aku menjadi harapan kepada seantero daerah. Aku johan dalam segala segi. Aku mahir bermain catur. Aku mahir bermain bola sepak. Akulah hero. Tetapi aku alpa dengan segala kemewahan akuu ada. Aku lalai. Aku menjadi bongkak.
Akhirnya aku faham apa yang mimpiku maksudkan. Barulah aku faham apa yang aku lihat dalam tayangan di mata ku sebelum ini. semua berkisar tentang diriku sendiri. Aku menonton kisah diri aku sendiri.  
“Suara misteri.... tolonglah muncul. Bawalah aku kembali ke pangkuan keluargaku. Aku menyesal.
“Makkkk!!!! Atan nak balik.... mak...” aku merayu kepada ibuku. Aku tahu dia tiada di sini. Tapi aku tetap memanggilnya. Aku mahu dia muncul dan membawa aku pulang ke rumah. Aku ingin berada di rumah. Rumah itu adalah syurgaku. Aku mahu makan makanan mak. Aku rindu mendengar suara mak. Rindu bebelan mak terhadapku.
Tidak semena-mena aku terasa ada bendalir hangat mengalir di pipi. Aku menangis rupanya. Anak jantan menangis. Hari ini aku tidak takut lagi untuk menangis. Aku mengesal. Aku hanya ingin pulang.

8
                Aku @ Atan lena di atas dahan pokok besar. Tidak aku tahu berapa lama aku sudah lena. Tapi yang pasti aku lena cukup lama. Sedar-sedar sahaja cahaya bulan menyinar di angkasa raya yang gelap gelita. Aku asyik memerhatikan bulan mengambang penuh bercahaya bersama dikelilingi bintang-bintang. Aku tahu bukan sahaja bintang, malah lampu-lampu dari pusat angkasa dan satelit yang terapung beribu-ribu kaki di angkasa. Semua itu pantulan. Sedang aku asyik menikmati suasana malam, aku terdengar bunyi bergerak di sekeliling. Aku perhatikan dengan ekor mata untuk menyiasat apakah bunyi itu. Aku berpaling perlahan-lahan memandang ke bawah. Mana tahu kalau-kalau ada binatang ganas ingin memakan aku seperti harimau, ular. Aku pernah menonton Discovery Channel, harimau boleh memanjat pokok. Jadi tidak mustahil aku boleh dibahamnya. Aku mula gelisah. Aku tidak nampak sebarang pergerakan di bawah sana. Cuma gelap. Bunyi cengkerik masih berbunyi seperti biasa. Alunannya sama sahaja. Desiran daun sedikit menyeramkan. Bulu roma menegak. Aku kaget.
                Aku perhatikan sekelilingku, gelap. Terasa angin embun malam bertiup di pelupuk. Dingin. Malah menyeramkan juga. Aku diam sendiri. Aku cuba bangkit untuk duduk. Ketika inilah tiba-tiba aku terasa seidikit bergoyang. Aku hairan. Dahan besar ini sedikit pun tidak bergoyang semasa aku memanjatnya petang tadi. Kenapa sekarang bergoyang pula? Dahan ini hendak patahkah? Dalam cahaya samar bulan aku terlihat batang pokok besar ini bergerak. Begitu juga dahan tempat aku duduk. Aku tengeh mataku beberapa kail untuk memastikan aku tidak bermimpi. Pokok besar terus bergerak! Dahan-dahan terus bergerak. Dahan tempat aku duduk mula bergerak. Aku dijulang tinggi ke udara. “Aaaaaarrrrrggggghhhhh!!!!!!!!!!!!!!! Tolonggggg!!!!!”
                “Atan. Nama kamu bukan?”
                “Kau siapa?” aku bertanya. Aku takut separuh mati. Kaki dan tangan sudah menggigil. Tanganku walaupun mengigil tetap erat memegang dahan tempat aku duduk bagi mengelakkan akuu jatuh. Mata aku pula melilau mencari arah suara itu. Tiba-tiba, aku ternampak satu cahaya putih dari batang pokok. Ia berupa sepasang mata. Genggamanku hampir terlepas. Aku perhatikan lagi. Batang pokok itu mempunyai semuah wajah. Wajah yang mengerikan aku. Seperti wajah orang tua yang mempunyai banyak kedutan.
                “Aku yang bertanya kepada kau dulu. Jadi kau perlu menjawap dahulu. Kemudian barulah aku menjawab soalan kau.” Pokok besar berkata-kata.
                “Ya. Ya, aku Atan. Macam mana kau tahu nama aku? Aku siapa?” jawabku ragu-ragu.
                “Ini kawasan aku. Aku yang menjaga kawasan ini. aku menghalang segala macam niat jahat manusia untuk musnahkan kawasan aku. Namaku Pokbo. Tidak susah untuk aku tahu nama kau Atan. Kau kan seorang popular. Semua penduduk di luar sana suka kau. Sayang kau.” Terang pokok besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Pokbo.
                “Pokbo? Aku tidak pernah dengar pun nama itu. Sejak bila kau ada kat sini? Kenapa kau seornag sahaja yang boleh bercakap? Macam mana sebatang pokok boleh bercakap pula?” aku yang sudah semakin hilang takut mula berkomunikasi bersama Pokbo.
                “Sudah lama aku perhatikan kau Atan. Sejak kau mula berlari masuk ke dalam hutan kawasan aku ini. Aku perhatikan apa sahaja yang tingkahlaku kau. Aku perhatikan sahaja kau mengelamun di atas dahan aku ini. Aku perhatikan sahaja. Malam ini aku tidak tahan melihat gelagat kau yang ego, sombong dan berlagak. Aku memang seorang anak yang tidak kenal budi. Seorang yang tidak menghargai apa yang ada. Kau seorang yang tidak pandai menjaga hati orang lain. Kau seorang yang teruk Atan.” Kata Pokbo.
                “Apa yang aku buat. Aku tak buat apa-apa pun.” Aku cuba membela diri.
                 “Kau cakap kau tak buat apa-apa?!” Pokbo meninggikan suara tanda marah. Aku yang berada di atas dahannya di goncang kuat. Aku hampir jatuh ke tanah. Tanganku erat mencengkam. Tetapi semakin kuat aku berpegang, semakin kuat Pokbo menggocang. Kini aku tak ubah seperti seekor monyet bergayut. Aku berusaha untuk kembali naik ke atas dahan. Tapi gagal. Pokbo makin kuat menggoncang. Aku terbuai-buai di angkasa. Aku tidak tahu berapa kaki aku di udara. Aku lihat ke bawah, mana tahu kalau-kalau aku boleh terjun dengan selamat. Tapi, gelap sungguh keadaannya. Aku panik. Aku lihat pula wajah Pokbo. Sebentar tadi wajahnya seperti orang tua. Kini semakin bengis. Seperti seorang orang tua yang naik angin. Garang seperti seekor harimau yang bersedia membaham aku bila-bila masa. Matanya merah menyala seperti biji buah saga. Aku tetap kuat bergayut. Kuat juga Pokbo menggoncang aku. Lagaknya seolah memang mahukan aku jatuh terjelepok ke bawah. Dia mahu menghumban aku. Aku melawan. Pokbo menambah tenaga menggoncang aku lagi. Kali ini tangan aku mulai lenguh. Hujung jari sudah terasa kebas. Aku akan kalah. Aku semakin cemas. Dahan-dahan Pokbo yang lain memukul tubuh badanku. Aku semakin lemah. Akhirnya, aku jatuh juga ke bawah. Badanku melayang-layang ke bawah. Terasa angin lalu laju disegenap tubuhku. Seperti layang-layang. Dalam sekelip mata aku, ‘bedebuk!’ badan aku sudah mencecah lantai tanah berlumpur. Badan aku tenggelam dalam lumpur. Kemudian, aku terasa gelap.
               
9
Sedar-sedar sahaja aku berada di satu kawasan tandus tidak berair, tiada satu pun tumbuh-tumbuhan. Hanya yang ada tanah gersang. Dan aku pula terbaring senang hati di atas tanah yang panas. Badanku comot, kotor. Aku terpinga-pinga. Ketika itulah aku mula tidak mengenali siapa diri aku sendiri.
Aku menjadi seperti orang lain. Aku menjadi begitu asing dengan diri sendiri. Semenjak itu aku mula dihantui oleh tayangan-tayangan perilaku aku sendiri. Aku menjadi penonton setia. Oh, Tuhan. Kini aku semakin faham bahawasanya semua tayangan itu adalah perilaku burukku terhadap orang tuaku sendiri. Semua itu adalah masa silamku. Memang benar apa yang diperkatakan oleh Pokbo. Aku ini orang yang tidak berguna. Hanya mementingkan diri sendiri. Tidak mensyukuri apa yang aku sudah ada. Aku menjadi ego. Sesungguhnya sebelum ini aku tidak sebegitu. Aku menjadi ego dek kemasyhuran aku sendiri. Kini aku menyesal. Aku hendak kembali pulang  ke pangkuan mak dan ayah. Aku hendak melutut memohon ampun.
Tika ini aku masih lagi tercari-cari jalan keluar dari kawasan perbukitan ini. Aku hanya mahu keluar. Aku turun bukit, berlari ke arah hujung hutan. Tiada jalan keluar. Aku berpusing-pusing sekitar kawasan bukit. Aku berlari dari arah timur, aku akan kembali dari arah barat, berlari dari utara, aku akan kembali dari arah bertentangan. Inilah yang berlaku setiap kali. Penat berlari, aku berjalan. Turun naik bukit. Akhirnya aku lelah kepenatan. Aku duduk melepaskan lelah di bawah pokok besar yang menjadi tempat aku berteduh. Perut sudah mula berbunyi lagi seklai. Aku kelaparan. Sedari semalam aku tidak menjamah apa-apa makanan. Aku teringatkan nasi lemak mak. Nasi lemaklah makanan yang terakhir aku jamah. Kemudian aku duduk memerapkan diri dalam bilik sehinggakan ayah pulang dan naik angin denganku. Seterusnya aku berlari masuk ke hutan. Tapi bukan hutan ini. Hutan yang aku masuki dulu berlainan sama sekali. Hutan itu dipenuhi tumbuh-tumbuhan. Ada berbagai-bagai jenis pokok. Pokbo yang paling besar. Ada paya. Ada sumber air. Ada semak-samun. Ada bunyi cengkerik. Tetapi di sini. Tiada satu pun bunyi cengkerik. Hanya desir dedaun ditiup angin.
Aku duduk termangu untuk sekian kalinya. Aku hampir berputus asa. Aku mendongak ke atas pokok besar tempat sandaran aku. Aku perhatikan pokok besar itu. Berlainan sekali dengan keadaan Pokbo. Pokok ini tidak berdahan besar. Cuma yang ada rimbunan daun yang tebal. Sehinggakan jika hujan sekalipun, aku boleh berteduh di bawahnya. Hairan, pokok sebesar ini sahaja yang tumbuh di puncak bukit ini. tiada pokok lain. Hanya pokok ini. Kenapa? 
Aku mula bermain teka-teki lagi. Semuanya soalan yang aku lontar aku jawab sendiri. Aku bermain seorang diri. Aku berdiri tegak memerhatikan pokok besar. Aku cuba untuk mengkaji pokok ini. Aku yakin kehadiran aku di sini adalah gara-gara Pokbo. Aku juga yakin bahawa Pokbo mempunyai kuasa sakti. Dia yang membawa aku ke sini. Malah suara misteri yang aku berdialog dengan aku tempoh waktu adalah Pokbo. Aku semakin yakin. Tapi di mana dia?
Aku mengelilingi pokok besar yang menjadi tempat teduh aku selama ini. aku perhatika sekeliling. Aku lihat tiada bezanya sejak aku tiba di sini. Seperti biasa sahaja. Aku cuba mencari wajah Pokbo. Mana tahu dia bersembunyi.
“Wahai, Pokbo keluarlah. Aku ingin berbicara dengan kamu. Aku ingin berterima kasih kepadamu. Aku ingin kau membantu aku untuk kali ini.” monolog aku sendiri.

10
Tiba-tiba telinga aku menangkap satu kicauan burung dari arah barat. Aku lihat ada segerombolan burung berterbangan di angkasa. Mereka terbang seiringan bersama. Tidak ada seekor pun terbang sendirian. Kemudian burung-burung itu terbang rendah apabila tiba di kawasan lapang tidak jauh dari tempat aku berdiri. Aku tidak pasti pula jenis burung-burung itu. Aku tidak pernah jumpa kumpulan spesis burung ini. bulunya cantik berwarna-warni berkilau apabila terkena cahaya matahari. Burung-burung itu berehat-rehat sambil membersihkan diri sendiri. Ada yang berbaring sahaja, ada yang mematuk-matuk rumput. Segala tindak-tanduk kumpulan burung tersebut membuat aku lalai.
“Burung-burung ini datang daripada mana?” tanya aku sendiri.
“Buat apa diaorang datang ke sini? Ada pintu masuk ke sini ke?” bertalu-talu soalan bermain dalam otak aku seperti pistol automatik menyerang.
“Adakah aku perlu terbang untuk kembali ke rumah aku?” tiba-tiba aku terfikirkan andaian ini. Bagaimana untuk membolehkan aku terbang? Aku bukannya ada kuasa sakti untuk menjelmakan kepak di belakangku. Aku cuba merapati kumpulan burung, perlahan-lahan. Namun, burung dianugerahkan daya penglihatan yang cukup tajam. Baru sahaja sepuluh langkah aku menghampiri kumpulan burung, burung-burung itu terus bingkas mengembangkan kepak lalu terbang pergi. Aku hanya mampu melihat  mereka terbang dengan pandangan yang kosong.
Aku kembali ke pokok besar. Aku juga kembali bersandar pada batangnya yang besar. Nyamannya suasana. Aku cuba lagi memikirkan jalan keluar dari kawasan perbukitan ini. aku ingin benar keluar. Aku sangatlah mahu berada dakapan mak. Sudah lama benar aku tidak menerima dakapan mak. Sewaktu aku bergelar pelajar terbaik. Mak selalu memelukku tanda ucapan tahniah ke atas kejayaanku. Tetapi tidak lagi semenjak aku mulai malas ke sekolah. Semenjak aku sudah pandai melawan kata. Aku tidak lagi menerimanya. Aku sangat menyesal kini.
“Pokbo, mana kau Pokbo. Aku merayu kepada kau keluarkanlah dari kawasan ini. aku  nak balik rumah aku.” Rayu aku sayu. Aku benar-benar mahu keluar dari sini.
“Pokboooo!!!!” aku menjerik pula. Aku menjerit sehingga kering tekak. Suara aku hanya bergema terpantul sahaja. Tiada satu pun sahutan. Selepas selepas terpantul, suasana kembali sepi. Hanya angin bertiup. Aku lihat daun pokok besar bergoyang. Angin kuat yang menyebabkannya bergoyang. Ya, angin ini semakin lama semakin kuat tiupanya. Lagaknya seperti mahu ribut. Aku berlari keluar dari rimbunan dedaun pokok besar. Langkah berhati-hati untuk mengelakkan diri aku dari dihempap pokok kalau ia tumbang. Aku perhatikan, angin berpusat di pokok besar sahaja. Tidak ditempat lain. Kemudian...
“Atan...” Pokbo menjelmakan diri juga akhirnya.
“Pokbo. Tolonglah aku. Aku nak balik. Aku menyesal. Aku taknak buat lagi jahat macam dulu. Bawalah aku kembali ke rumah aku. Tolonglah Pokbo.” Kataku.
“Kini kau sudah tahu kenapa kau tercampak ke dunia ini Atan. Aku terlalu bongkak. Kau terlalu ego. Di sinilah tempat yang paling sesuai untuk kau.” Pokbo menjelaskan. Kini aku jelas melihat kelibat Pokbo. Pokok besar yang menjadi tempat sandaran aku rupa-rupanya adalah Pokbo. Pokbo yang menjadi peneman aku selama ini. Suara misteri yang aku dengar dahulu adalah Pokbo.
Mata Pokbo tajam melihat ke arah aku. Aku tidak takut lagi. Tidak lagi bongkak. Tidak lagi sombong sepertimana mula-mula dahulu. Aku sekarang seorang yang baru. Pokbo melihat aku lagi. Tidak berkelip. Aku tetap berdiri. Mulut Pokbo diam sahaja. Tiada satu patah perkataan keluar dari mulutnya. Aku hanya menunggu dan terus menunggu kata-kata daripada Pokbo.
Akar-akar pokok besar bergerak. Akar-akar itu seperti menjadi kaki untuk Pokbo. Pokbo seperti mahu meninggalkan aku. Aku berlari mengejarinya. Walaupun Pokbo besar dan jalannya perlahan, tetapi sebenarnya dia melangkah dengan yang bear sekali. Berkali ganda dengan langkahku. Aku terus mengekori Pokbo. Pokbo yang sedari tadi diam membisu sahaja. Tidak berani pula untuk aku berkata-kata walaupun terlalu banyak yang ingin aku tanyakan. Bimbang jika soalan aku itu akan mengguris hatinya. Aku pelajari dari pengalaman yang lalu. Kerana kelancangan mulutku, aku dicampakkan ke tanah berlumpur. Kali ini aku bimbang bukan kerana takut dicampak lagi, tetapi bimbang aku dikekalkan berada perbukitan ini. Aku teruskan perjalanan yang entah ke mana bersama Pokbo. Hanya Pokbo sahaja yang tahu arahnya.
“Jangan kau sesekali berpaling ke belakang Atan. Jika sekali berpaling, bermakna kau akan kekal selamanya di dunia ini”. Amaran Pokbo.

11
                Ngeri aku dengar amaran daripada Pokbo. Aku ngeri ditinggalkan seorang diri untuk selama-lamanya di dalam hutan yang tidak berpenghuni. Kawasan itu aku akui cantik, teramat indah untuk didiami. Menjadi impian aku suatu ketika dahulu. Tiada orang yang mengganggu aku. Tiada orang yang memarahi aku mahupun menegur aku. Aku bebas untuk melakukan apa sahaja yang aku mahu. Aku juga tidak perlu bangun pagi untuk ke sekolah. Tetapi itu impian aku sebelum ini. kini aku tidak mahu semua ini. aku hanya mahukan keluarga aku kembali, aku ingin ke sekolah. Aku ingin bermain bersama rakan, aku ingin bermain bersama adik perempuan aku. Aku ingin mohon maaf daripada ayah. Aku berjanji aku tidak akan mengulangi perbuatan aku sebelum ini.
                Kehidupan di kawasan ini membuatka aku berfikir. Bukan sahaja kawasan bukit ini, kawasan tandus di mana aku tercampak di sini juga. Dua kawasan berlainan ini membuatkan otak aku berfikir secara waras. Aku amat menyesal dengan perbuatan aku sendiri.
                Sedar tidak sedar kami sudah jauh berjalan kini kawasan lapang yang menghijau sudah jauh kamii tinggalkan. Mungkin, aku tidak pasti berapa jaraknya. Ini kerana aku tidak membenarkan diriku berpaling ke belakang walaupun menjeling seketika. Aku begitu takut tertinggal di dunia tersebut. Aku fobia. Aku tetap berjalan ke hadapan mengikut sahaja gerak langkah Pokbo. Pokbo tidak bersuara, dia hanya melangkah. Aku takut untuk bertanya memandangkan keadaan Pokbo begitu.
                Semasa dalam perjalanan aku lihat hanya ada pokok-pokok yang tidak aku ketahui jenisnya, tetapi yang pasti pokok-pokok itu semunya sudah tua. Aku berasa sedikit hairan, aku tidak terserempak apa-apa binatang pun semasa kami berjalan. Hanya pokok-pokok yang merendang seakan-akan orang yang menundukkan kapala tanda menghormati sahaja. Terlintas di fikirannku, “Ke mana semua binatang di dalam hutan?” Pokbo seolah mengetahui apa yang sedang bermain di mindaku. Dia mengerling ke arahkku dengan pandangan mata yang tajam. Aku tetap tidak bersuara. Aku hanya membalas pandanganku itu dengan pandangan yang biasa sahaja. Aku sengaja tidak mahu banyak bertanya, aku mengamalkan langkah berhati-hati. Bimbang aku akan dipengapakan. Cukuplah apa yang telah aku alami selama tempoh aku tidak mengenali diri aku sendiri. Pengalaman tersebut cukup pahit bagiku.
                Tiba-tiba aku berasa amat letih. Perutku sudah beberapa kali memainkan lagu keroncong. Aku kelaparan. Aku pandang Pokbo. Akan tetapi Pokbo tiada reaksi. Aku inigin bersuara menagih simpati. Tetapi mulutku berat untuk menyuarakan hasrat di hati. Perasaaan bimbang masih menebal dalam diri.
  Pokbo dengan selamba sahaja berjalan terus ke hadapan tanpa menoleh kanan mahupun kiri. Langkahnya tetap seperti mula. Akulah yang terkedek-kedek mengejar langkahnya yang panjang tetapi perlahan. Manalah hendak di samakan dengan langkah seorang kerdil dengan sebatang pokok yang boleh berjalan dan bercakap yang besar. Aku terlalu kerdil berbanding dengan Pokbo.
Akhirnya, Pokbo seakan perasan perasaan resah dan gelisahku. Dia memberhentikan langkahnya dan berpaling ke arah aku. Dia memandang wajahku yang berkerut dahi menahan kelaparan.
“Kau kenapa Atan?” akhirnya Pokbo bersuara.
“Saya lapar.” Jawabku ringkas.
“Kau nak makan?” soal Pokbo
“Ya, saya lapar sangat.” Akhirnya aku suarakan juga keadaanku sebenarnya.
“Kau tunggu aku di sini.” Arah Pokbo kepadaku.
Aku pun dengan akurnya duduk menunggu di bawah sepohon menanti Pokbo. Pokbo berjalan ke satu arah yang aku tidak pasti dia mahu ke mana. Mungkin sekali mencari makanan untukku. Aku harap makanan itu nanti dapat mengenyangkan perut aku. Sementara aku berada di bawah pohon merendang ini, aku perhatikan keadaan di sini sungguh sunyi. Sedikit menyeramkan. Kadang-kadang seram sejuk juga aku dibuatnya. Tetapi aku lihat dihujung penjuru sebelah kanan aku ada seekor tupai yang melompat-lompat dari dahan ke dahan. Tupai itu sangat cekap melompat. Kemudian aku lihat tupai itu berjalan pula di atas atas. Tupai itu berjalan perlahan-lahan seperti orang menghendap sesuatu. Apa yang di carinya? Ah, rupa-rupanya ada sebiji buah kecil di atas tanah. Lalu tupai itu mencapai buah tersebut dan terus membawanya, mungkin ke sarangnya. Aku perhatikan tupai terus menghilang perlahan-lahan daripada pandanganku.
Tidak lama dari aku memerhatikan gelagat tupai itu, Pokbo pun muncul entah dari mana. Di dahannya yang menyerupai tangan itu menggendong setangkai buah-buahan yang aku sendiri tidak tahu namanya. Buah pun buahlah. Aku pasrah apa yang ada. Aku menerima seadanya berbanding aku tidak dapat makanan langsung. Aku tidak lagi menjadi seorang perungut seperti dahulu. Se,lajur Pokbo menghulurkan buah-buahan itu, lalu aku makan dengan berselera sekali. Manakala Pokbo pula hanya memerhatikanku dengan pandangan yang aku tidak mengerti. Aku tidak mempedulikan Pokbo langsung makan selepas aku menjemputnya sebagai berbudi bahasa dengannya walaupun Pokbo menolak ajakanku.
Selesai sahaja aku makan buah-buahan yang dibawa oleh Pokbo, kami pun meneruskan perjalanan kami kembali. Seperti biasa Pokbo tidak akan menyatakan arah tujuan kami. Tetapi aku sangat pasti bahawa Pokbo akan membawa aku pulang ke tempat asalku. Tetapi hanya satu yang menjadi kehairananku, jalan yang kami lalui hanya lurus tidak bengkak-bengkok. Ingin sahaja aku bertanya kepada Pokbo. Seperti biasa, perasaan syak wasangka sentiasa wujud dalam hati. Takut Pokbo beralih hati dan seterusnya tidak membawa aku pulang bersama. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mendiamkannya sahaja.

12
“Tidak berapa lama lagi kita akan sampai. Kau macam mana Atan?” tanya Pokbo
“Saya rasa tidak sabar untuk kembali jumpa mak dan ayah saya. Adik saya juga. Saya nak minta maaf daripada mereka.” Aku menjawab dengan jujur.
Kemudian, tidak lama selepas itu, aku ternampak satu cahaya yang amat terang di hujung jalan kami. Cahaya itu sangat terang hingga menyilaukan pandangan aku. Aku mengangkat tetlapak tanganku untuk menghalang sedikit cahaya terang tersebut daripada memasuki mataku. Aku terlalu silau.
Tiba-tiba aku tersentak, seperti ada sesuatu yang mengetuk aku dari arah belakang kepala. Aku terasa sakit bahagian belakang kepala. Aku terjelepuk jatuk meniarap di atas lantai tanah. Pandanganku tiba-tiba gelap. Suasana sungguh gelap dan sunyi. Aku pengsan!
Aku meraba-raba bahagian belakang kepala aku kesakitan. Aku lihat suasana sekelilingku. Hah?! Keadaan sekelilingku sama seperti aku baru tiba di kawasan hutan kecil berhampiran kampungku. Aku perhatikan ada dahan besar melintang di atasku. Aku lihat di bawah kakiku ada lumpur lopak air hujan. Aku comot. Aku lihat juga cahaya matahari terik di ubun-ubun kepala. Aku tidak nampak lagi Pokbo. “Adakah aku bermimpi?” monologku.
“Atan...! Atan! Atan!” aku menangkap satu kelompok suara memanggil-manggil namaku. Siapa mereka? Kenapa mereka mencari aku? Bertalu-talu soalan menikam-nikam otakku. Aku cuba menjerit membalas.
“Ye!!! Saya disini!” sahutku.
Tidak lama kemudian aku terdengar suara orang ramai menjerit-jerit ke arahku. Aku juga menangkap satu suara yang amat aku kenali. Suara ayahku. Aku perhatikan arah suara-suara itu, aku ternampak satu rombongan ornag kampung datang meluru ke arahku. Aku? Aku hanya berdiri tercegat memerhatikan gelagat orang kampung apabila menemui aku. Aku masih terpinga-pinga apabila ayahku datang memelukku. Aku lihat ada air jernih mengalir di pipinya. Tetapi ayah cuba menyembunyikannya daripadaku. Aku perhatikan juga ramai orang kampung mnegucapkan syukur atas penemuanku. Aku tidak tahu berapa lama aku berada di sini. Tetapi apa yang pasti aku telah mengembara ke dua alam misteri.
Ayah  memimpin aku pulang ke rumah. Aku hanya mendiamkan diri. Aku hanya perhatikan orang sekelilingku. Aku lihat wajah mereka seakan lega menemuiku. Aku masih terkejut. Aku  terkejut apabila mengetahui bahawa masih ramai yang menyayangiku. Aku tidak sangka selama ini ramai orang kampung menyayangiku. Aku sahaja yang tidak menghargai mereka sebelum ini. pengembaraan ini rupa-rupanya ada satu hikmah untukku.
Apabila sampai sahaja di pintu pagar rumahku, aku lihat ada ramai orang kampung. Kebanyakkannya adalah warga surirumah. Mereka menemani mak. Aku dibawa ayah menemui mak. Aku lihat wajah begitu sayu bercampur gembira. Air matanya tidak berhenti mengalir. Aku berasa amat hiba membuat mak begitu sedih. Aku sedar bahawa aku insan yang amat tidak mengenang budi dan anak yang jahat.
Mak terus memelukku selajur dia ternampak kemunculanku di muka pintu. Aku terasa bahu mak tersentak-sentak akibat sedu tangisannya. Aku percaya mak telah menangis untuk masa yang lama. Aku masih tidak tahu berapa lama aku menghilang dari rumah ini.
“Atan anak mak... Anak mak dah balik. Atan pergi mana?” mak bertanya dalam sedu. Aku tidak dapat menjawab soalan mak itu, kerana aku sendiri aku tidak tahu ke mana telah aku pergi. Aku hanya ingat aku berlari dalam keadaan marah masuk ke hutan berhampiran kampung. Telah banyak cerita-cerita dari mulut kawan-kawan aku mengenai hutan tersebut. Hutan itu menjadi satu misteri bagi kami.
“Tak mengapalah Atan, Atan pergi mandi bersihkan diri. Malam ini ayah nak buat kenduri doa selamat.” Tiba-tiba aku terdengar kata-kata ayah. Aku pandang wajah ayah yang ceria. Aku mengangguk tanda setuju mendengar kata ayah. Aku, masih lagi mendiamkan diri. Aku masih dalam keadaan terkejut dan terpinga-pinga. Di kotak fikiranku masih banyak persoalan. Aku masih bingung dengan kejadia-kejadian yang telah aku lalui sebentar tadi. Ya, semuanya seperti baru beberapa minit sahaja aku laluinya.
Lalu aku masuk ke bilikku. Sekali lagi aku terkejut. Keadaan bilikku tidak lagi sepertimana aku tinggalkan sebelum ini. Kemas. Tiada lagi buku dan majalah yang berselerak. Keadaan rak buku begitu kemas. Meja komputer juga kemas tersusun. Almari pakaian juga kemas. Tiada lagi pakaiankku yang bersepah berserakan. Semuanya teratur dan kemas sekali. Aku yakin, mak dan ayahlah yang mengemas bilikku. “Terima kasih kalian. Kerana kalianlah jua aku boleh kembali ke sini.” Tercetus rasa berterima kasih di hatiku. Aku tidak berpeluang lagi untuk berterima kasih kepada mereka, kerana aku masih lagi terasa malu untuk mengatakannya. Aku malu dengan sikap dan tingkahlakuku sebelum ini. Tetapi aku sedar bahawa aku perlu bercakap dengan mereka. Tetapi aku perlukan kekuatan untuk itu semua.   
Lalu aku mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Aku membersihkan diriku. Apabila air paip yang sejuk lalu di ubun-ubun kepala barulah aku tersedar bahawa aku telah lama tidak membersihkan diri. Terasa segar sungguh tubuh badan. Seterusnya aku bersiap-siap berpakaian sopan. Lagipun aku lihat keadaan luar sudah mulai gelap.  Bermakna maghrib akan muncul tidak lama lagi. Menurut ayah, dia ingin mengadakan majlis kesyukuran di atas kepulanganku di rumah ini. Memang wajar untuk aku memakai baju melayu yang mak telah buat untukku pada awal tahun. Baju melayu itu berwarna hijau muda memang menjadi kegemaranku.

13
Aku masih ingat lagi ketika mak membelikan kain untuk membuat baju melayu ini. masih terngiang-ngiang di mindaku suara halus mak menanyakan kepadaku sama ada aku sukakan warna kain tersebut atau tidak. Tetapi aku dengan wajah yang masam dan dengusan kasar yang aku keluarkan dari mulutku sendiri tanda memberitahu bahawa aku tidak suka. Tetapi mak tetap membelikan aku kain tersebut. Apabila kain tersebut sudah siap dibuat baju melayu, aku semakin suka pula memakainya. Kainnya sungguh selesa. Sesuai dengan citarasa aku yang menggemari kain lembut tetapi masih ada nilai maskulin.
Aku terasa betapa berdosanya aku pada mak selama ini. aku tidak menjaga hatinya. Pernah aku terdengar ceramah seorang kaunselor terkenal di dalam sebuah rancangan televisyen, yang mengatakan bahawa syurga seseorang manusia itu berada di bawah telapak kaki ibu, tidak kiralah sama ada di seorang raja ataupun perdana menteri. Berbanding denganku yang pacal lagi hina di depan Tuhan, apalah tarafku. Aku tidak ada apa-apa nilainya terlalu kerdil jika dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin agung. Mereka menjunjung ibu mereka hingga ke tahap yang tertinggi. Walhal aku hanya pacal yang hina ini, mencebik muka apabila mak aku membebel menasihatiku. Ah, betapa hinanya sikap aku terhadap mak.
Ding! Dong! Aku tersentak dengan bunyi jam dinding. Aku lihat jam sudah menunjukkan tepat jam 1930. Seketika kemudian aku terdengar sayup-sayup suara muazzin melaungkan azan dari majlis di tengah kampung. Aku juga dengar suara riuh-rendah dari bahagian dapur mak dan rakan-rakan surirumah bersiap-siap makanan untuk dijamukan kepada ahli-ahli masjid yang akan tiba sebentar sahaja nanti. Aku juga terbau bau makanan yang begitu enak. Tidak pasti pula apa yang mak dan rakan-rakannya masak. Aku hanya akan keluar selepas aku menjalankan kewajibanku kepada Tuhan.
Selesai sahaja menunaikan solat maghrib, aku keluar dari bilik. Aku lihat di ruang tamu rumah sudah ada beberapa ahli masjid duduk di sana. Mereka kelihatan berbual-bual kosong, tatkala mereka ternampak kelibatku, mereka tersenyum lebar dan aku membalasnya. Aku duduk berhampiran pintu untuk menyertai rombongan mereka untuk majlis bacaan doa selamat. Selang beberapa minit, aku menyaksikan semakin ramai orang kampung dan ahli masjid datang memenuhi ruang tamu. Kaum wanita yang datang bersama si suami terus ke ruang dapur. Aku hanya membalas pandangan mereka dengan senyuman.
Majlis bacaan doa selamat tamat selepas hampir sejam berlangsung. Para tetamu  dijamukan dengan hidangan makanan tradisi kampung, nasi putih berlauk ikan masin, sambal belacan dan sayur kangkung. Memang menyelerakan. Tambahan bagiku yang sudah kurasakan sudah terlalu tidak menjamah makanan seumpama ini. Ayahku senang melihatku makan dengan berselera.
Apabila semua para tetamu mula meminta diri, ruang rumah sudah semakin lengang. Hanya ada aku, mak, ayah dan Suria adik perempuanku yang masih bayi. Aku mendukungnya dan mengucup pipinya. Tiba-tiba timbul keinsafan yang mendalam dalam diriku. Aku berasa amat bersalah terhadap semua ahli dalam keluarga. Aku meletakkan kembali Suria dalam katil bayi dan datang menemui mak dan ayah. Aku memeluk mak dan kini aku pula menangis teresak-esak. Mak seakan mengerti isi hatiku. Dia hanya memberikan kata-kata nasihat dan pedoman. Mak tidak pernah membenciku. Betapa mulianya jiwa mak. Ayah dengan sifat kebapaan hanya menepuk-nepuk belakangku dengan lembut dan memberikan kata-kata nasihat. Ah, betapa mulianya mak dan ayahku. Kenapalah tidak pernah aku hargai mereka sebelum ini. Betapa ruginya hidupku.
“Atan, mak bangga dengan Atan.” Kata-kata mak menjadi peganganku kini. Walau apa jua terjadi, aku tetap  menjadi kebanggaan mak.
“Mak, Atan janji Atan akan patuh semua kata-kata mak. Atan hendak belajar hingga berjaya. Atan akan terus membuat mak bangga dengan Atan. Ayah, Atan berjanji Atan akan berbakti pada mak dan ayah sampai bila-bila.” Itu janjiku kepada mak dan ayah.

14
                Aku masuk ke bilik. Aku memandang ke luar bilik melalui tingkap. Aku lihat langit malam ini begitu cerah dek cahaya bulan dan bintang. Aku teringatkan suasana seperti ini ketika aku masih berada di dalam hutan. Tidak semena-mena aku teringatkan Pokbo. Adakah Pokbo benar-benar wujud atau itu semua hanyalah khayalanku semata-mata. Walaubagaimanapun, kemunculan Pokbo dan perjalanan anehku membuatkan aku berfikir panjang dan menyesal dengan semua perbuatanku. Aku ingin berterima kasih kepadanya. Tetapi aku tidak sempat mengatakannya. Aku berharap Pokbo boleh mendengar suara hatiku. “Terima kasih Pokbo”.
               
Di hutan.
                Pokbo merenung langit malam. Dia berasa tenang tiba-tiba. Dia berasa puas hati kerana dapat membantu seorang manusia. Walaupun dia sedar yang manusia bernama Atan itu tidak pasti dengan kewujudannya. Pokbo tidak kisah dengan itu. Dia hanya berasa puas hati berbuat baik dengan budak itu sahaja. Pokbo bahagia dengan kehidupan tenang di hutan dipinggir kampung itu. Pokbo amat berharap tiada manusia yang jahat berniat memusnahkan kawasan hutan ini. Pokbo amat menyayangi kawasannya itu. Malah Pokbo juga berharap semuanya akan kekal misteri seperti sekarang.
                Pokbo berpaling dan terus mendiamkan diri di tepi aliran anak sungai yang jernih. Lalu Pokbo lena di situ.
                               
 Tamat.