Aksi dan gelagat rakan-rakan seperjuangan ketika berkhidmat di Kem PLKN Tasik Chini Resort. Ku merindui saat keemasan begini. Bilalah lagi agaknya akan kita ketemu?
Kepenatan dan kelaparan menanti masa untuk pergi makan tengah hari
Berkelah di tepi padang kawad. Menu, Roti cicah sardin.
Barisan Jurulatih perempuan yang sama cantik
Ini Lagi cantik. Bujang-bujang belaka
Tiga rakan yang masih mamai kerana terpaksa bangun seawal jam tiga pagi bagi membuat persiapan bergerak ke Pick-up Point Bukit Jalil.
Peluang menjejakkan kaki di Istana Sultan Pahang tidak pernah luput dalam ingatan
Satu projek kem yang mengerah seluruh tenaga dan masa. Menjelajah ke semua 9 kem PLKN di negeri Pahang Darul Makmur dalam empat hari
Hehehe.... Inilah barisan jurulatih yang amat berdedikasi dan bersemangat bagi meraikan Program Penghayatan Sastera Budaya.
Ini hadiahku untuk rakan-rakan di sana :
Nyanyian
bertahun di sini
mengumpul makna
dari ucap
dan tafsir
menjadi muzik
nyanyian yakin ini
Petikan dari kumpulan sajak Di sini, Tempatnya Jauh. (Lim Swee Tin)





No comments:
Post a Comment