Tuesday, April 26, 2011

Diari Dua Hari Kak Long

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....
Selamat Siang....
Guten Tag....
Buenos Tardes....

Enschuldigung sie bitte, ich habe nicht meine blog geschrieben fuer drei tagen.

Tiba-tiba terasa ingin menggunakan bahasa German yang telah Kak Long tinggalkan hampir enam tahun. Eh, betulkah sudha enam tahun? Cuba kira. Konvo pada tahun 2005. Jadi 2011-2005=6 tahun. Betullah!
Wah, ramai orang kata Kak Long rugi meninggalkan bahasa German. Tapi, tidak mengapa. Kak Long ada strategi bagaimana ingin menguasai semula bahasa German.

Oklah, banyak Kak Long membebel. Sekarang Kak Long hendak ceritakan kisah Kak Long sepanjang dua hari lepas.

Pertama, pada hari Sabtu bersamaan 23 haribulan April 2011.
Pada petang itu Kak Long dan suami bersepakat sebelum ke rumah sepupu di Klang, kami akan singgah dahulu di Rawang untuk membeli beberapa perkakas diri sendiri. Perjalanan tidaklah jauh mana, akan tetapi suami Kak Long yang tersayang terlepas simpang ketika melalui lebuh raya Utara Selatan untuk ke Klang, menyebabkan kami bersiar-siar(sebenarnya salah jalan) di Kuala Selangor sebelum tiba di Klang. Setelah puas bersiar-siar, kami akhirnya tiba di rumah sepupu Kak Long yang Kak Long gelarkan May May tepat jam enam setengah petang. Dua jam perjalanan. Huh, bayangkan sejauh mana kami terlajak. Sepatutnya masa yang diambil dari Rawang Klang hanya sejam sahaja. Walau bagaimanapun, Kak Long sayang suami Kak Long. Bukan salah dia juga, Kak Long yang terlena. ^-^

Cerita kedua pula adalah pada hari Ahad bersamaan 24 haribulan April 2011.
Pada hari ini Majlis Sambutan Hari Lahir ketiga bagi anak sepupu Kak Long yang bernama Nurzarith Sufiah. Keknya punyalah cantik. Ada seorang princess berdiri pakai baju gaun pink vanila di atasnya. Tengoklah sendiri foto dibawah. Cantik bukan? Puteri hari jadi berada ditengah-tengah bersama mama dan ayahnya.


.


Majlis berlangsung bermula pada tengah hari dan berakhir kira-kira jam 4 petang. Petang itu tidak disangka-sangka jiran sepupu Kak Long datang lagi menyambung makan dan berbual-bual. Sempat jugalah Kak Long berbual dengan mereka. Rupa-rupanya mereka datang ingin membanmtu untuk mengemaskan peralatan seperti periuk dan pinggan mangkuk. Wah, sungguh baik hati mereka! Fikir Kak Long, 'Alangkah baiknya jika jiran Kak Long peramah dan baik hati seperti mereka.'

****
Peristiwa kedua yang Kak Long ingin hebahkan kepada pembaca blog Siti Nurwani ini ialah pada hari berikutnya, iaitu hari Isnin bersamaan 25 hari bulan April 2011. Hari ini adalah hari gaji seMalaysia. Kak Long dan Abang Long dapat gaji. Jadi kami keluarkan sedikit budget yang telah kami persetujui untuk membeli buku di Pesta Buku dan barangan keperluan rumah. Hendak tahu buku apa yang Kak Long beli?



Sebahagian sahaja ini.... ada lagi di bawah....


Buku-buku kecil itu adalah novel comel sebahagian daripada isi yang ada dalam set box 90.



Dan ini pula kotak set yang eksklusif itu. Disebelahnya adalah paper beg comel yang Kak Long terima.



Buat pengetahuan semua, ini adalah novel sambungan daripada kisah Cinta Sufi. Ini adalah pengakhiran kisah Laksamana Sunan. Kak Long memang menantikan novel ini. Bila tahu saja novel ini keluar, Kak Long terus cari. Mujur masih banyak lagi di Karangkraf Mall.


Ha.... Inilah buku-buku yang Kak Long beli. Ini memang rekod. Kali ini sahaja Kak Long belanjakan sebanyak RM300.00. Berpeluh juga Kak Long berjalan di sana ditambah pening kepala memikirkan buku apa yang paling layak Kak Long beli.

Satu lagi, jangan terkejut, Kak Long telah bertemu penulis novel remaja paling ngetop pada zaman ini. Puan Ain Maisarah di Kedai Pink Ain Maisarah. Memang cantik deko kedai pinknya. Kak Long membeli set box 90. Mujur Kak Long bertuah. Sebab set ini hanya tinggal tiga sahaja. Set box itu seperti yang Kak Long letakkan di atas.


Oklah. Kak Long sudah habis menulis untuk dua hari. Jangan lupa untuk membaca entri Kak Long untuk hari-hari mendatang. Untuk esok, Kak Long bercadang ingin menulis mengenai pengalaman Kak Long belajar Bahasa German dulu. Bagaimana? Ok tak idea ini?


Sekian untuk hari ini....  ;)

No comments:

Post a Comment