Wednesday, December 11, 2013

Cuti-cuti belanjawan terkawal.

Hari sudah masuk minggu kedua saya bercuti. Maaf kepada yang cemburu. Cuti kali ini  amat bermakna sebab saya banyak  menghabiskan masa bersama anak dan suami. Sejak suami ditugaskan di negeri lain, masa bersama keluarga agak terhad.Malam sahaja. Anak rindu, mama lagilah rindu. Hihiihii.....

Walau bagaimana pun situasi ini merangsang otak saya berfikir dan merancang sesuatu aktiviti setiap hari. Terutamanya untuk perkembangan Nurin. Ya, setiap hari ada sahaja perkembangan baru yang Nurin  lakukan.










Sekali tengok poket, tengok dompet kami, ciput saja. Hahahhaa... bagaimana hendak berjalan?

Jadi saya berpakat dengan Encik Suami, kita jalan dekat-dekat saja dan sudah  tentu tidak perlu keluar duit yang  banyak.

Pertama, saya membawa Nurin meneroka dunia sekeliling. Hampir setiap hari jika tidak hujan, saya bawa Nurin berjalan-jalan di luar rumah. Kadang-kadang malas hendak bawa dia jauh-jauh,biarkan dia bermain depan rumah pun jadilah. Janji dia meneroka perkara baru.

Paling seronok apabila Nurin tidak tidur  dalam kereta. Kami berdualah yang palilng havoc. Nurin cekap mengenali dan mengecam objek di luar. Jika ada objek yang dia tidak tahu, pantas dia bertanya, "Mama. Apa itu." (dalam keadaan pelat la).

Jadi, tiada peluang untuk saya tidur selagi dia tidak tidur!

Saya rancang pengembaraan  kami bermula bermain air sungai. Rumah sudah dekat dengan Nahara Resort yang terkenal dengan keindahan suasana. Paling penting ciri keselamatan. Pasir sunga

i pun bersih  dan sesuai untuk bayi seperti Nurin bermain. Tapi kami gagal untuk ajar dia berenang. Nurin agak takut apabila air melalui kepala.



 Nurin dan papa saja  yang main air. Mama jadi guard dan jurugambar.


Kemudian pada masa petang jika cuaca baik, Nurin dibawa meneroka taman permainan. Dia amat seronok bermain gelongsor dan panjat tangga. Paling seronok apabila melihat dia bergayut seperti monkey pada palang. Tak sempat pula ambil gambar sebab sibuk memerhatikan pergerakan dia yang aktif.

Peluang untuk ke Bukit Fraser segera direbut walaupun ketika mendaki hujan turun. Nasib tidak lebat. Jadi kami suami isteri yakin untuk ke sana.

                Tengok kabus di belakang kami. Syok kan?
Nurin bergambar dengan patung orang utan. Tak takut plak dia.

Apabila tiba di puncak, Allah merahmati kami.Hujan mulai reda. Peluang yang ada sementara hujan masih turun renyai kami gunakan dengan makan-makan. Sedap  juga lamb chop di restoran itu. Lupa hendak ambil gambar sebab excited melayan Nurin yang bermulut becok.

Apabila hujan dah berhenti, Kami pun berlari-lari anak  bergambar di menara jam yang menjadi mercu tanda Bukit Fraser. Sejuknya keadaan you all bayangkanlah sendiri ya.

Kemudian saya menempah hotel melalui www.asiaroom.com. Hotel apa? Ha..... Ini hotelnya.




Pada asalnya bilik kami mengadap hutan. Suami minta tukar menghadap ke dataran. Hmm.... memang best walau pada hari itu hujan renyai-renyai. hahaha... Kami suami isteri jadi paling romantic couple bila dinner di restoran hotel ada penyanyi siap main gitar.


Sudah habis? Eh,belum lagi.

Pernah dengar Big Bad Wolf? Yalah.Encik  Serigala  yang jahat itu. Ini kali pertama saya berpeluang ke sana. Rancang punya rancang, kami boleh ke sana pada waktu tengah malam.  Jadi, tengah malam Sabtu itu kami ke sana. Ramai orang tau walau dah tengah malam. Paling syok, buku kanak-kanak.  Saya gila sekejap apabila melihat harga pada buku tersebut.Bayangkan buku hardcover dan berwarna warni luar dalam RM10? Huhuhu.... keringlah dompet.... Ya itu apa yang pada mulanya muncul di minda,tapi bila difikirkan perkembangan kognitif Nurin lebih penting, saya abaikan. Duit boleh dicari dan diusahakan.




 Ini kami bergambar di Bulatan Kuala Kubu Bharu selepas menjamu selera di Fazlina Maju. Sudah hampir empat tahun saya tinggal di Kalumpang, ini kali pertama bergambar di sini tau. Keadaan di sini cantik dan seni bina zaman kolonial.


OK. Sudah lama tidak update blog kan. Inilah bahananya. Tulis panjang-panjang. Bukan apa, untuk mendapatkan mood menyiapkan novel sweet saya. Sweet Ballon? Sweet Lollypop? Cikgu Sweet? Adei......
Sendiri punya idea,sendiri pun tak tahu tajuk yang sesuai. Tips mentor kata, abaikan saja dulu. Itu kerja editor. Jadi saya abaikanlah.

Baiklah. Sudah pagi. Hari ini perlu ke UPSI. Program jabatan. Arahan majikan jangan sesekali abaikan.

Ok.
Aufwiedersehen!


Friday, December 6, 2013

Coretan Monsun

Assalamualaikum wbt.

Saya memulakan coretan musim monsun saya  pada 30hb November 2013. Pada hari ini adalah hari Sabtu danamat bermakna  buat sahabat yang naikpelamin. Paling kami gembira ialah impiannya yang teringin sangat lalu bawahpedang.Akhirnya impiannya itu tercapai apabila pasangan pengantin lelaki adalah seorang pegawai bomba. Bukan itu sahaja diiringi oleh  pemain paip macam orang Scotland.
Oleh sebab rumahnya di Kuala Kubu Bharu dan jalan sudhamenghala ke Bukit Fraser, apa lagi kami suami isteri pun naiklah. Di sepanjang perjalanan kami merempuh hujan. Jadi suami memandu teramat berhati-hati. Pada awal kami ingin membatalkan hasrat kami itu, namun bila difikirkan alang-alang sudah mendaki, kami teruskanlah.

Suasana di Bukit Fraser teramatlah sejuk. Aku bertambah terkejut, punyalah ramai orang ketika itu. Aku ingat kami bertiga beranak sahaja yang gila naik ke Buklit Fraser masa hujan, rupa-rupanya ramai lagi. Malah mereka menginap di situ.

Semakin petang, kabus semakin tebal. Dan sudah tentu semakin sejuk. Kami pun segera menuruni bukit meninggalkan Bukit Fraser. Bimbang jalan yang gelap.


Baiklah, pada 01 Disember 2013. Makan nasi minyak lagi. Kali ini sahabat sekerja pula yang melangsungkan perkahwinan anak perempuan di Bukit Beruntung. Beruntung sungguh aku. Dapur aku tidak berasap, jimat lauk beras di rumah.

Tidak sangka ada pula jemputan kenduri doa selamat di rumah mak saudara di Beranang. Maka berangkatlah aku anak beranak ke sana pula. Makan ikan patin masak tempoyak beb!

Setelah penat berjalan, kitaorang pun kembali ke rumah di Kalumpang. Apabila di rumah,badan sudah penat dan terus tidur. Barang dan pakaian  yang ingin dibawa ke Bukit Tinggi serta kampung terbengkalai. Plan untuk melakukannya pada pagi esok iaitu sebelum bertolak.

02 Disember 2013, hari Isnin.
Kelam-kabut juga aku mem'packing' pakaian dan barangan. Cadang ingin keluar awal, akhirnya lewat juga. Tambah berhenti makan tengah hari dahulu di Batang Kali. Sepanjang perjalanan kami ke Bukit Tinggi Resort, kami diiringi hujan tanpa henti.

Kami fikir hujan akan berhenti  pada sebelah petang. Tapi huhuhuuhu..... Tidak sama sekali.

Ketibaan kami di Colmar, hujan masih belum nampak mahu berhenti. Alahai..... semangat ingin berjalan bergambar punya  pasal, kitaorang redah semacam. Alamatnya Encik Suami diserang sakit kepala tanda-tanda hendak demam. Aduhai....

03 Disember 2013
Kami berjalan meredah kawasan menarik di sekitar Bukit Tinggi Resort. Mujur pagi itu tidak hujan. Jadi bolehlah kami berjalan sakan.

Mula-mula kami ke Japannease Tea House. Kemudian ke Taman Binatang dan terus menuju meninggalkan Bukit Tinggi Resort. Kali ini perjalanan kami diteruskan  menuju ke Felda Chemomoi, Triang,  Pahang.

Setibanya di rumah mak. Hujan masih belum reda. Huhuhuhu.... ini benar-benar perjalanan monsun. Rindu pula aku hendak main air bah. Hish hish hish....


Oklah. .
Untuk gambar dan ulasan langsung berkenaan perjalanan monsun cup aku, aku akan terbitkan pada esok hari.
Oh,lupa. Ketika aku menulis ini, hujan masih melanda di beberapa tempat. Dan banjir di Kuantan masih belum banyak surut. Temerloh pula dinaiki air.

Nanti aku tuliskan berkenaan pengalaman lampau aku bermain air bah.

Orait.
Assalamualaikum.

Sunday, November 17, 2013

Sikap

Asslamualaikum. Guten Tag.


Pernahkah ketika berbual-bual dengan seseorang anda mendengar mereka berkata begini.

"Alah....Kenapa mesti buat begitu? Aku sudah amalkan cara begini lama dahulu. Berjaya."

Atau

"Aku tidak percaya budah itu boleh dapat 10A. Dalam keluarga dia tidak pernah dapat 1A pun."


Ini menggambarkan sikap seseorang terhadap sesuatu perkara. Perkataan yang tepat bagi menerangkannya adalah SIKAP.






Apa itu SIKAP?

Bagaimana kuasa pengalaman lampau mempengaruhi SIKAP diri?

Apa yang menyebabkan diri enggan keluar daripada zon keselesaannya?

Bagaimana untuk mengkaji SIKAP diri?


Menurut Kamus Dewan, Sikap membawa maksud perbuatan atau pandangan yang berdasarkan pada sesuatu pendapat (fikiran dll)

Manakala menurut penerangan tesaurus  http://prpm.dbp.gov.my  sikap adalah kata nama yang bersinonim dengan pandangan,pendapat, resmi dan rasmi. Juga bersinonim dengan gaya, lagak, gerak, rupa, tingkah laku, perangai dan aksi sesorang.

Sedar atau tidak, manusia itu berkisar dengan sikap dirinya yang terbina sejak azali lagi melalui pengalaman hidup. Bagaimana?


Apabila manusia berasa selesa dalam ruangan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu perkara, maka  beliau tidak sama sekali mahu  keluar.  Bayangkanlah jika anda tinggal di dalam sebuah rumah agam yang besar lagi cantik dekorasinya. Semenjak dari alam rahim anda sudah didedahkan dengan segala macam kemewahan, tiba-tiba ada sesuatu terjadi dan anda perlu keluar dari kawasan tersebut. Mahukah anda? Mampukah anda melawan anasir yang cubamenarik anda keluar? Atau apa perasaan anda apabila perlu menghadapinya cabaran walau anda tidak mahu keluar daripada rumah agam tersebut?


Apakah jawapan untuk semua persoalan ini?

Nantikan entri saya akan datang.


Wednesday, November 13, 2013

Sahaja sahaja



Pomen vs Sawit

Dalam samar cahaya neon, Malika masih merenung cermin sambil memuncungkan bibir, "Alangkah bagus jika aku masih di sana. Boleh berjalan di bandar. Sini? Apa yang ada."
Sebagai seorang anak pomen berubah menjadi anak sawit, adalah sesuatu yang amat sukar dilalui. Malika melihat buku rekod sekolah baru lalu menyelak helaian demi helaian hingga berhenti di satu muka surat yang tercatat data pekerjaan bapa. Lantas mindanya mengimbas soalan Cikgu Mansur,"Apa pekerjaan bapa kamu?"
Malika diam seribu bahasa, minda Malika rancak menyusun ayat. Cikgu Mansur menoleh dan  mengulangi soalan, "Awak tidak dengarkah? Apa pekerjaan bapa kamu?"
Malika tersentak berserta mata membuntang lalu menjawab spontan, "Pomen, cikgu."
Cikgu Mansur mengerut keningnya yang panjang umpama kening orang utan,"Hmm.... Pomen kereta? Kerja apakah itu?
Malika senyum dan berkata, "Ya cikgu. Apa cikgu"
Cikgu Mansur menjeling lagi. Kali ini lebih tajam.
"Matilah aku."

Friday, November 1, 2013

Tragedi Oktober 2013

Assalamualaikum.

Tragedi Oktober 2013.

Huhuhuhu......

Beberapa insiden berlaku dalam bulan ini. Tidak terlintas perkara-perkara ini akan berlaku.Malah di luar perancangan. Bagi orang yang sukakan perancangan seperti saya, sudah tentu saya berasa tekanannya.

Bermula dengan  berita gembira yang saya memang jangkakan. Namun hati suka ini tidak berkekalan.Malah naluri keibuan saya semenjak awal sudah mengisyaratkan, namun saya tidak memahaminya sehinggalah pada hari kejadian berlaku.

Kebetulan juga  berlaku tidak dirancang, malah baunya juga tiada. Maka bermulalah saat sedih dalam keluarga kami. Angan-angan yang dipasang, berkecai tiba-tiba. Sedih tidak terkata apabila Encik Suami cepat melontarkan andaian. Mujur beliau seorang yang lembut hati. Alhamdulillah beliau menerima dengan redha dan menenangkan jiwa saya yang sedang lara.

Tidak terjangka juga sesuatu telah berlaku menimpa salah seorang adik lelaki saya di kampung. Ketika ingin memaklumkan keberadaan saya di hospital, emak dan abah sedang sibuk di Balai Polis Bentong. Huh! Hebat dugaan yang mendatang di penghujung Oktober 2013.


Bagaimana saya menangani dugaan dan cabaran daripada Allah ini?

1. Tenang menerima berita yang menggemparkan dengan cara tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan.

2. Berbicara dengan orang yang terdekat di hati. Bagi saya sudah tentulah Encik Suami. Walaupun ada sedikit ragu tentang penerimaannya terhadap  berita yang bakal disampaikan, nilai kepercayaan haruslah di tahap yang paling tinggi untuk saat-saat seperti ini.

3. Mencari sebab munasabab berlakunya kejadian tersebut. Lantas saya melayari internet walaupun ketika itu di tempat tersebut capaian internetnya amatlah kasihan. Ya, saya menemui artikel berkenaan Keguguran Di Awal Kehamilan.

4. Bersukaria bersama anak sulung. Kebetulan anaksudah berada di kampung.Maka apabila melihat keriangan dalam dirinya, terubat sungguh lara di jiwa.Malah menguatkan semangat saya untuk terus berusaha denganlebih gigih selain berusaha mencapai tahap kesihatan terbaik di abad ini. Sayang dia. Muah!

5. Berada di kampung jauh dari kejauhan rakan-rakan sekerja dan jiran yang mungkin memberikan reaksi diluar jangka merupakan tindakan terbaik saya. Bukan bersangka tidakbaik terhadap mereka, namun kampung adalah zon selesa saya untuk proses pemulihan minda dan fizikal saya.






Baiklah.

Apa yang berlaku terhadap diri adik lelaki saya, biarlah saya diamkan di sini. Tidak manis untuk sayaberbicara mengenai.

Untuk bicara pena saya kali ini. Inilah Tragedi Oktober 2013 yang menimpa diri ini.
Berdoa dan berusaha mendapatkan sebuah pencerahan jiwa dan diri di bulan-bulan mendatang sebelum 2013 menutup tirai.


Assalamualaikum dan Auf Wiedersehen.


Monday, September 23, 2013

Bagaimana saya menggunakan cuti saya?

Assalamualaikum.

Guten Tag.

Bekerja  bekerja bekerja. Selagi mata belum tutup, masa itu untuk bekerja.

Selepas cuti Raya Aidilfitri, jadual harian saya mulai penuh. Rasa penat pun ada. Rasa nak marah pun ada. Yalah, tiada masa untuk bermesra dengan anak dan suami. Encik Suami pula pergi seawal 630 pagi. Pulangnya selewat 830 malam. Huhuhuhu.....

Sepanjang Ogos pula, tiada istilah Sabtu dan Ahad bagi saya. Semuanya saya berada di lapangan.

Baiklah.

Selepas difikir panjang, dan beberapa pertimbangan yang diambil kira. Saya pun memutuskan untuk mengambil cuti rehat secara rasmi selama 5 hari campur Ahad.

Persoalan yang muncul.

Bagaimana saya boleh menggunakan cuti saya dengan efisen?

1. Aktiviti hari pertama :

Saya bangun awal seperti biasa jam 430 pagi kadang-kadang lajak sedikit jam 5 pagi. Saya memasak sarapan dan terus untuk makan tengah hari. Seperti biasa juga menghantar Encik Suami ke muka pintu.

Sementara anak masih lena tidur di dalam bilik, mana tidak lena, sudah sebotol susu diminum dan bilik yang sejuk ber'aircond', saya memulakan misi Super Bibik (Maaf  Izanor Sharif meminjam tagline cikpuan).

Usai mengemas rumah, membuka laptop meninjau rangka novel sweet.


2. Aktiviti hari kedua.

Meneruskan penulisan novel sweet walau pun tangan gatal menekan ikon Facebook. Ber'muka' buku barang seketika sambil menyelam meneguk ilmu orang lain yang begitu pemurah. PAge kegemaran saya tentulah Writers Write yang banyak memberikan petua-petua penulisan.

Encik Suami sudah memaklumkan pada hari sebelumnnya ejen TMNet Wifi ingin datang ke rumah untuk membuat pemasangan. Wah. gembiranya rasa hati . Kini rumah ada wifi.

3. Aktiviti hari ketiga.

Sabtu. Tiada banyak aktiviti. Cuma berkesempatan bersama Encik Suami dan anak ke Nahara Resort, Kalumpang bersarapan dan bermandi manda di sungai yang cantik dan bersih lagi sejuk!!!!!

Petangnya saya sudah bersiap untuk ke kem untuk menjalani tugasan bertugas untuk malam hari. Bermakna saya perlu bermalam di kem. Pada jam 5 pagi saya sudah berangkat pulang ke rumah dan terus bersiap-siap pula untuk menghadiri Kursus STS Tamrin, NLP For Trainers di Ampang.


4. Aktiviti hari keempat.

Menghadiri Kursus STS Tamrin, NLP For Trainers di Ampang. Apa itu NLP?

Neuro Linguistic Programming diasakan oleh DR Horton daripada USA. Penyampai pada hari ini adalah Tuan Fadzly Yusuf yang mendapat pengiktirafan master trainer daripada NLP Practioner by NFNLP. Seharian saya dan Encik Suami duduk di bilik seminar mendengar penyampaiannya. Rasa tidak puas pun ada. Ini adalah big event sepanjang cuti.

Disebabkan rumah mertua sudah terlalu dekat dengan Training Cube International Sdn.Bhd, kami datang menyinggah.

Dalam perjalanan pulang, kami menyinggah juga ke Tesco Rawang untuk membeli sedikit barang.

Sebelum tiba di rumah, kami mengambil anak di rumah pengasuh dan terus ke KFC Tanjung Malim. Yes, Nurin dapat makan ayam yang digemari.


5. Aktiviti hari kelima.

Berehat dan membuat catatan berkenaan novel sweet. Hai, lambatnya nak siap novel ini. Bukan tiada idea, idea yang banyak membuatkan saya kalut. Saya memerlukan ketenangan menulis. Dan juga mood.

Membawa anak ke klinik untuk pemeriksaan bulanan. Alahai anak mama. Tinggi sudah bertambah. Berat juga bertambah. Tapi hanya 200gram sahaja. Bila dikira BMI, alamak. Sudah masuk garisan merah. Nurin Nurin Nurin. Cepat meninggi daripada melebar. Makan banyak dah. Hm... kene banyakkan lemak dalam menu dia.


6. Aktiviti hari keenam.

Ya, hari ini saya banyak menumpukan kepada penulisan. Pada awal pagi masa untuk belajar sambil menulis. Ya, Menulis pun perlukan ilmu yang mantap supaya karya yang dihasilkan akan kekal malar hijau. Petua-petua dalam Writers Write disalin dan dicetak untuk rujukan.


7. Aktiviti hari ketujuh.

Ini adalah hari terakhir cuti rehat saya. Tapi ianya akan berakhir esok. Jadi perlu tunggu apa yang akan saya lakukan. Saya tidak pasti aktiviti apa yang akan saya lakukan esok hari.


Sibuk bukan?

Pada pendapat saya, saya tidak betah duduk menonton tv, online tidak tentu pasal, dan makan sahaja. Saya merasakan diri saya tidak produktif.

Orait. Itu sahaja untuk kali ini.

Aufwiedersehen.
Bersama penyampai Tuan Fazly Yusof dan peserta lain.


Hihhiihi.... Bersama selebriti TV9, Tuan Amin Idris.

Inilah Tuan Fadzly Yusof. 


Tuan Amin Idris. Selebriti penyampai TalkShow TV9 dan Alhijrah. (Yeke? Tolong semaknya. Saya ni dah banyak urat putus. Kelupaan pula).









Sunday, September 1, 2013

Melompat separuh awan

Assalamualaikum.

Guten Tag.

Hari ini 2 Ogos 2013. Ya, tidak lama lagi raya. Yeay!

Entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda sebuah kisah seorang yang sedang berkursus menerima dua kegembiraan sekali gus. (Mood angkat bakul sendiri)

Bestnyer.....!

First.

Sedang Minah ini baring di katil resort yang keras dawainya, 'kring kring kring!'

Cepat Minah menjawab, "Hello."

Orang yang menelefon berkata, "Assalamualaikum. Awak ada mesej saya semalam kan?"

Telan air liur, cepat-cepat bangun, "Ya saya. Ini Puan Saadiah ke?"

"Ya."

Dalam otak dah menjerit, dada berombak, mata galak, bibir senyum saja, "Saya hendak bercakap mengenai proposal yang awak hantar tempoh hari."

"Silakan puan. Saya sedia mendengar."

Perbualan itu berlangsung selama lebih kurang lima belas minit.

Nak menjerit kejap, "Yahooo! You know what? Editor Alaf21 menerima proposal saya!"




Second good news.

Sedang berjalan masuk ke bilik latihan, tiba-tiba Puan Sharifah meninjukkan sesuatu di akhbar Berita Harian.

"You all tengoklah."

"Wow! Muka kita semua masuk paper lah!"




Apa yang telah saya lakukan.


"Wani, awak ke mana? Lama akak tidak nampak."

Kak Nor sebelah rumah menegur aku tatkala aku baru tiba di  depan pagar rumah.

Lalu aku menjawab dengan nada yang kedengaran penat, "Saya berkursus kak."

Kak Nor mengangguk dan meneruskan aktivit menyidai pakaiannya. Aku apa lagi, cepat-cepat masuk ke rumah dan baring di atas sofa murah yang kami beli dua tahun lepas.

Perlahan aku mengomel, "Bilalah aku dapat beli sofa baru yang hebat di kedai perabot itu."

Aku pun mencapai Galaxi Note 10.1 aku dari dalam beg tangan. 

"Apa yang aku sibuk sangat dua bulan ini....?"

Terpampang kalendar digital di laman utama Note 10.1.

"Hmm... patutlah. Mula-mula aku sudah ada aktiviti di awal puasa. Satu Ramadhan Mesyuarat Penambahbaikan dan Penyelarasan Modul ISmart L2M dan Modul ISmart Komunikasi. Pening kepala den."


Pasukan mesyuarat modul ISmart L2M dan Komunikasi rancak berbincang. Macam-macam perkara yang perlu diperbetulkan.


Wajah aku yang ceria kerana tugasan sudah hampir tamat.



"Konvensyen Mini Penulis yang pertama di Malaysia!" 

"Wow, rugi jika aku tidak pergi."

Dengan berdebarnya aku melangkah masuk ke dedwan konvensyen di Wisma Sejarah , Kuala Lumpur. Ketika aku melangkah masuk, sudah ada ramai orang. Awalnya mereka.




Barisan Alumni Kursus Penulisan Online dan Offline bersama mentor.


Inilah Mentor Penulisan saya! Cikpuan Azzah.



Ya, kemudian Kursus Klik Bijak@PLKN di Permata Resort, Melaka. Kursus yang paling singgah di bulan puasa.

Sedang menunggu VIP datang untuk majlis perasmian penutup.



Kemudian nama aku terpilih untuk menghadiri Bengkel Pemantau Modul (Quality Control)Asas Modul Pembinaan Karakter di Intekma Resort & Convention Center, Shah Alam.

Sedang menunggu ketibaan Dato' KP.


Yahooo... pertama kali wajah masuk akhbar!


Buddies.

Bengkel tamat, apa lagi bergambarlah.



Yeay, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013!
Felda Chemomoi, Triang, Pahang.
Tahun ini keluarga Mat Rais bin Sulan bertambah.





 Bengkel Pemantau Modul (Quality Control) Lanjutan Modul Pembinaan Karakter, Hotel Emperor, Melaka.

Kenangan bersama Hani dan Ghana yang banyak berkongsi pengetahuan.


Sekitar majlis penutup Bengkel Pemantau Lanjutan.



Huh, sibuk bukan. 

Aktiviti aku berlanjutan hingga 24 Ogos 2013. Majlis Pertunangan adik ipar di Kuala Lumpur.

Hiihihi..... Kami bergambar pantulan cermin kerana tiada orang sempat kmai sambar untuk snap gambar kami.


 Snap sendiri lagi.






Kali ini ada orang nak snap sudah. Inilah adik ipar yang bernama Norzawani Mohd Zainudin. Nama hujung kami samakan?




Aufwiedersehen!


Thursday, July 4, 2013

Tulis Tulis Tulis dan teruskan Menulis

Tulis tulis tulis.....

Kenapa saya memilih perkataan ini untuk dimuatkan dalam blog saya kali ini?
Sebabnya mudah sahaja. Saya ingin menjadi seorang penulis.
Banyak sudah langkah berani yang saya ambil untuk menuju matlamat ini.
Oh ya, saya belum pernah menyenaraikan Matlamat Impian saya di sini. Baiklah untuk tatapan ramai, ini adalah Matlamat Impian saya.

1. Menjadi penulis novel.
2. Menghasilkan sekurang-kurangnya 2 buah novel dalam setahun.
3. Melancong semua negeri dalam Malaysia.
4. Mendapat pendapatan sekurang-kurangnya Rm5000.00 sebulan.
5. Memiliki Kereta Honda Crv rekaan terkini.
6. Melancong ke Eropah, terutama German.
7. Fasih berbahasa Inggeris dan German.
8. Memiliki  beg jenama LV.
9. Melawat tempat bersejarah di Malaysia.
10. Menghantar Nurin ke Kindergarten yang berorientasikan pendidikan Cina, Inggeris dan Islam.
11. Memiliki sebuah kediaman yang mewah dan hebat.

Wah, banyak! Yang mana satu pilihan untuk dicapai terlebih dahulu?
Fikir, fikir, fikir.....

Ya. Saya mahu menjadi penulis. Ini yang saya capai terlebih dahulu.
Strategi mencapai matlamat impian.


Konsep 4W1H

What
- menulis buku 2 sekurang-kurangnya dua buah.

When
- terbit pada bulan 12 tahun 2013.

Why
- ingin meneroka bidang kerjaya baru dan mendapat pendapatan tinggi.

How
- mengikuti kursus penulisan. Menghadiri konvensyen  penulisan. Mencari mentor. Rapat dengan mentor.

Who
- Suami, mentor (Azzah Abdul Rahman)



Itu sahaja. AUFWIEDERSEHEN.

Saturday, May 25, 2013

Sabtu Di Rumah

Guten tag alles.

Ha.... lega rasanya berpeluang berada di rumah sehari suntuk walau sehari. Sepanjang minggu aku tidak berada di rumah seperti mana orang lain berada di rumah.. Rumah aku seperti bilik hotel yang berpenghuni setelah penat bekerja seharian. Hujung minggu pula... kerja juga weh!

Siapa yang berkerja seperti aku? Masa tidak menentu. Sudah pasti masuk kerja bermula 0800 dan tamat jam 1830. Siapa sanggup? Sila angkat tangan.

Belum dikira Sabtu dan Ahad yang masa kerja bermula jam 0630-1830 atau 1830-0630 keesokan harinya pula. (Bahagian malam itu selalu aku memilih untuk pulang ke rumah bersama keluarga. Maaf kepada yang cemburu dan terasa hati. Keluarga lebih penting.)

Oleh sebab itu aku amat bersyukur dapat berada di dalam rumah yang bersepah dengan alat mainan si manja.

Dalam pada berkhayal entah ke mana, deria telinga aku menangkap bunyi siulan seruling dan gendang silat. Dalam hati pun berkata, "Bunyi sudah...."

Bermakna idea aku pun sedikit terbantut. Huhuhuhu..... Ini bermakna aku akan menambung tulisan pada malam ini. Pasti!


Auf wiedersehen.

Thursday, May 9, 2013

Diari

Bercakap pasal diari, ada sesiapa di luar sana yang tiada diari? Sila angkat tangan? 


Sure ada yang ada diari dan ada yang tiada diari.


Saya memiliki diari semenjak sekolah rendah ketika saya berasa tertekan dengan pertukaran zon keselesaan saya.


Pada mulanya saya berasa amat berat untuk menulis diari. Sebab apa? Yalah, membazir masa sahaja. (Tanggapan saya ketika itu).

Saya tidak sedar pun bahawa menulis diari ini merupakan salah satu terapi minda yang amat bagus. Terima kasih kepada abah saya kerana telah menggalakkan saya. 

Apa pengisian diari tersebut?

Diari saya dipenuhi dengan tulisan tangan saya yang pelbagai rupa dan bentuk berserta tampalan gambar-gambar dan keratasn akhbar yang menarik. Malah beberapa buah diari itu saya masih simpan hingga hari ini.


Masih ingatkah dahulu pernah akhbar Utusan terutamanya sentiasa menyiarkan artikel-artikel berkenaan pengetahuan am dan ruangan Pesan Bestari? 



Ya, saya ada itu.

Ruang kecil Pesan Bestari itu saya potong dan tampal dalam satu buku nota dan dijadikan scrap yang menarik. Namun sayang buku itu sudah hilang.


Hanya tinggal beberapa keping yang saya tampal di dalam diari yang masih saya simpan hingga kini.



Disebabkan menulis diarilah saya berasa yakin untuk berusaha menjadi seorang penulis novel. Walaupun kejayaan itu nampak agak jauh, tidak salahkan untuk terus berusaha.


Apa itu DIARI?

Bagaimana ia kelihatan?

Kenapa perlu menulis diari?


Penting sangatkah diari?



Soal banyak-banyak tanpa penerokaan tiada gunanya. Jadi....
Jom kita tinjau apa itu DIARI yang sebenarnya.

Saya mencari di laman Mak cik Google dan menemui ini di Wikipedia Bahasa Melayu.

Menurutnya, 

Diari ialah rekod catatan harian tentang perkara yang berlaku atau yang akan dilakukan, lazimnya di dalam buku dan disusun mengikuttarikh. Diari mengandungi pengalaman atau pemerhatian peribadi seseorang.

Sedikit sangat penerangannya. Jadi saya search lagi.


Ini hasilnya.

A diary is a record (originally in handwritten format) with discrete entries arranged by date reporting on what has happened over the course of a day or other period. A personal diary may include a person's experiences, and/or thoughts or feelings, including comment on current events outside the writer's direct experience. Someone who keeps a diary is known as a diarist. Diaries undertaken for institutional purposes play a role in many aspects of human civilization, including government records (e.g., Hansard), business ledgersand military records.
Generally the term is today employed for personal diaries, normally intended to remain private or to have a limited circulation amongst friends or relatives. The word "journal" may be sometimes used for "diary," but generally a diary has (or intends to have) daily entries, whereas journal-writing can be less frequent.
Although a diary may provide information for a memoir, autobiography or biography, it is generally written not with the intention of being published as it stands, but for the author's own use. In recent years, however, there is internal evidence in some diaries (e.g., those ofNed RoremAlan ClarkTony Benn or Simon Gray) that they are written with eventual publication in mind, with the intention of self-vindication (pre- or posthumous) or simply for profit.
By extension the term diary is also used to mean a printed publication of a written diary; and may also refer to other terms of journal including electronic formats (e.g., blogs).

Menurut Encik Wikipedia ini lagi diari ada beberapa kategori.

1. Internet diaries
2. Travel journals
3. Diet journal
4. Sleep diaries
5. Tagebuch
6. Unusual diaries 
7. War diary
8. Dream diary
9. Fictional diaries



Mak Oi... panjang bebenor penerangannya. Tapi penuh dengan fakta menarik. Rupanya tulisan English lagi luas. Kalian boleh baca sendiri di Wikipedia ok. 

Tidak sangka diari mempunyai banyak kategori. Hinggakan war diary pun ada. Hish hish hish.....

Baiklah, saya terperasan sesuatu di sini,blog juga termasuk dalam kategori elektronics diaries. Ya. Apa yang saya tuliskan di sini adalah termasuk dalam kategori diari! Wow! Satu fakta yang memeranjatkan saya.

Jadi diari yang saya tulis ketika zaman sekolah adalah Sleep Diaries lah, sebab saya sentiasa menulisnya ketika sebelum tidur untuk mengatasi masalah tekanan di sekolah. Hahahaha.....



Oleh sebab itu, apakah jenis diari kalian?
Fikir-fikirkanlah.

Baikah. Masa untuk check out. Berjumpa lagi di lain ruangan.

Aufwiedersehen!




Friday, May 3, 2013

Dua Minggu Di Awal April.

Huhuhuuhu.....

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Salam 1 Malaysia.
Guten Tag.

Amboi, banyaknya kata ucap selamat. Hihiihiiii.....:)

Lama tidak muncul di sini. Adakah anda rindu? Hihihihi.... perasan diri sendiri popular.

Banyak perkara yang mahu saya kongsikan dengan kalian.

Mahu cerita yang mana satu dahulu?

Baiklah. Saya akan berkongsi aktiviti dan pengalaman saya sepanjang bulan April.

1 April seperti biasa orang akan menyamakan tarikh ini sebagai tarikh aktiviti April Fool. Hari memperbodohkan orang. Terus terang saya katakan saya tidak menyukainya dan tidak sama sekali menyokong mana-mana pihak.

Pada tarikh ini adalah hari kemasukan pelatih PLKN untuk Kumpulan 2 Siri 10/2013 iaitu pergerakan hari ketiga. Saya ditugaskan untuk menerima pelatih di kem walaupun nama saya pada awalnya tersenarai sebagai pengiring untuk ke Shah Alam. Saya mohon dipertimbangkan untuk berada di kem kerana anak saya  perlu dihantar ke pengasuh.

3 April 2013.
Saya bertugas harian. Tugasan pada hari ini agak ringan kerana pelatih masih di dalam proses penyesuaian.Saya turut mula membuat penyampaian beberapa topik untuk Hari 1 Modul 1 Pembinaan Karakter. Oleh kerana nama saya sudah tersenarai dalam Kursus Fasilitator dan Master CB (Jurulatih Pakar),'buddy' saya berpakat agar saya 'deliver' untuk beberapa topik berat selama 3 hari berturut-turut. Huh, penat weh!

6 April 2013
Saya bersama suami dan anak pulang ke Felda Chemomoi untuk meninggalkan anak bersama emak saya. Kasihan anak mama. Dia perlu menanggung rindu untuk dua minggu. Mama perlu kerja sayang.

7 April 2013
Saya kembali ke rumah bersama suami untuk mengemas peralatan yang perlu di bawa bersama ketika berkursus.

8 April 2013
Tinggal saya seorang diri di rumah sambil meneruskan persiapan peralatan untuk dibawa bersama. Sunyinya rumah. Oleh kerana kesunyian tersebut saya alpa membaca surat arahan tadbir yang menyatakan saya perlu bawa bersama Manual Jurulatih dan kamus. Ini menyebabkan suami perlu mengepos ke Kem Permata Resort, Melaka di mana saya berkursus.

Apabila tiba di Kem Permata Resort, perasaan saya serta merta menjadi gemuruh. Tambahan pula terlihat trainer Fizal dan Ghana. Huhuuhu..... gemuruh sungguh. Bertambah gemuruh apabila saya lihat rata-rata yang hadir kursus adalah muka-muka yang biasa terlibat dengan fasilitator dan ada antara mereka yang sudah familiar dalam penyampaian Modul CB. Berbanding diri yang kerdil dna sudah agak lama meninggalkan tradisi-tradisi dalam CB.

9 April 2013
Pagi yang agak indah bermula dengan PT pagi. Apabila masa masuk ke kelas, gemuruh saya bertambah. Huhuhuhuu.....

Pengenalan di sampaikan oleh Ghana. Kemudian dia turut memperrkenalkan Mark dan Gordon. Mark adalah 'founder' dan orang yang bertanggungjawab mewujudkan Modul CB. Gordon adalah trainer yang bertindak trainer bersama Mark. Mereka berdua berasal dari England. Mark kini menetap di Singapura manakala Gordon pula kini menetap di Bandar Utama bersama isteri yang merupakan warga Malaysia  dan 3 orang anak lelaki.

Wah, bunyi seperti hebat! Kami bersama mereka selama 3 hari berturut-turut. Banyak ilmu baharu yang saya dapat. Mahu lihat wajah mereka? OK. Kacak mereka ini tau....

 Jangan cemburu......

Perkara pertama yang mereka perkenalkan adalah Carta 'Maintenance'. Apa itu? 

Sebelum saya berkongsi kisah ini, pernahkah anda mengkaji 'Sikap' diri sendiri? Bagaimana ia terbentuk? Bila ianya terjadi? Apa yang menyebabkan saya jadi begini?

Rumit bukan? Dalam penulisan kali ini saya tidak akan sentuh jauh. Saya hanya perkenalkan sahaja. Jangan bimbang. Saya hanya akan berkongsi pengalaman peribadi saya sahaja.

Baiklah. Ini cartanya.

MAINTENANCE

EVENTS


RESIST

                                    
                                   BELIEFS                                                                  AUTOMATIC BEHAVIOR



                                                                 PAST EXPERIENCE


Alamak, saya tidak tahu bagaimana untuk sertakan anak panah dalam ruangan ini. Maaf. Saya akan lukiskan yang lebih baik dalam tulisan saya yang lain.

Kenapa saya mahu sertakakn carta ini dalam ruangan ini? Sebab saya benar-benar terkesan apabila saya menelaah diri saya sendiri.


Baiklah saya langkau terus ke Hari 4, 12 April 2013.
Mark dan Gordon telah mengucapkan selamat tinggalkan kepada kami peserta kursus. Kini tiba masa kami diuji sepenuhnya untuk penilaian Jurulatih Pakar PLKN. Huhuhu.... Hebat bunyinya. Satu perkara bagus untuk mana-mana Jurulatih PLKN meningkatkan taraf pencapaian diri. Saya antara insan yang bertuah terpilih untuk program pemilihan pertama ini. Adakah saya berjaya atau tidak? Huhuhuh... biarlah rahsia. 

oh, lupa. Kami telah dipertontonkan sebuah filem yang amat menarik dan mempunyai kadar motivasi yang tinggi. The Peaceful Warrior.

Jadi 'warrior' untuk capai matlamat. Ini saya pecahkan guna tangan tau. 


Inilah pasukan pertama yang bertuah.



Hari 5, 13 April 2013.
Kumpulan saya terlibat dengan penyampaian topik pada hari ini! Saya masih lagi gemuruh! Aduih.....! Penyampaian saya tungang terbalik. Saya benar-benar gemuruh walaupun membuat penyampaian di dalam 'small group'.


14 April 2013.
Saya melalui proses yang sama.


15 April 2013.
Kumpulan saya terlibat pula dalam kumpulan Fasilitator. Penilaian dijalankan bagaimana kami mengendalikan kursus sebagai 'stuffing team'. Mencabar....!

Sesuatu yang menakjubkan! Saya tetiba mempunyai keberanian. Ya, saya berkongsi!"


16 April 2013.
Proses penyampaian dan sesi maklum balas.

17 April 2013.
Saya sudah menghitung jam untuk pulang ke kampung. Rindu kepada anak sudah melonjak-lonjak.

18 April 2013.
Yes! Kursus tamat! Namun, saya tidaklah terlalu gembira, kerana nama saya sudah tersenarai dalam Kursus RC CB Asas pada 22-27 April 2013 pula. Huhuhuu..... Anak mama tinggal lagi dengan uwan.

Saya memandu pulang ke rumah sendirian. Hati saya berasa tidak enak apabila stereng kereta bergegar tatkala saya menekan pedal agar sedikit laju. Untuk keselamatan, saya pandu perlahan.

Akhirnya saya selamat dan menunggu kepulangan suami.

19 April 2013.
Memandu pulang bersama suami ke kampung. Keadaan rumah mak abah sudah bertukar. Keadaan sudah riuh rendah dengan suara adik-adik dan saudara mara serta jiran merewang untuk majlis sambut menantu. Adik lelaki saya sudah selamat bernikah pada 13 April lepas.

20 April 2013.
Majlis berlangsung dengan jayanya.
 'Backdrop' belakang itu adik perempuan saya belanja. Jika ada yang teringin mahu buat begini, boleh tempah.



21 April 2013.
Berjalan-jalan dengan anak dan suami di The Star Mall, Mentakab.
Papa belanja main kereta. Yeah!


22 April 2013.
Bersiap awal pagi untuk ke rumah di Kalumpang. Dan terus bersiap ke Kem Permata Resort sekali lagi. Namun kali ini bersama suami.

Malang yang sudah saya teka dalam naluri. Tayar kereta pecah. Saya mengamuk dan kami terus tukar tayar berserta 'sport rim'. Huhuhu.... malayang duit yang sudah di'budjet'kan ke arah lain. Tapi, tidak mengapa untuk keselamatan.

Kami mendaftar pada jam 1830. Peserta yang paling lewat. Hahaha.....



Baiklah. 
Saya sudahi dahulu perjalanan saya untuk dua minggu ini. Bakinya saya akan kongsikan di ruangan dan hari yang lain. 


Aufwiedersehen.

Assalamualaikum.