Monday, May 9, 2011

Cinderellah vs Rapunzellah

Hari ini adalah hari Isnin. Argh.... orang bandar gelarkannya Monday Moody....
Hari ini aku bangun seawal jam enam pagi untuk bersiap-siap ke tempat kerja. Hari ini sedikit berlainan. Aku tidak perlu bangun seawal empat pagi bagi mempersiapkan diri suami dan menghantarnya ke muka pintu kerana dia sudah bertugas di tempat baru, Kem Kuala Kubu Bharu. Jadi sedikit, banyak sebenarnya perasaan yang aku alami. Aku tidak nafikan aku seronok.
Perkara berikutnya kami semua warga kem perlu ke Kem Geo Kosmo untuk menghadiri Taklimat Kaunseling yang disampaikan oleh Encik Wilson dari Cawangan Bimbingan dan Kaunseling JLKN. Aku akui aku bosan dan mengantuk. Jadi ubatnya adalah menyalin semula mana-mana slaid yang dipaparkan. Aku salin mana yang sempat sahaja. Sambil-sambil itu aku berpesanan ringkas bersama sepupuku yang duduk nun di Kelang. Kemudian sempat juga aku curi-curi menghabiskan Diari Mat Despatch. Akhirnya pada jam tiga setengah petang baru aku habis membacanya. Kini aku membaca pula Cinderellah vs Rapunzellah hasil tulisan gabungan Ain Maisarah dan Izanor Shariff.
Ceritanya menarik. Banyak interteks yang dilakukan dalam buku ini. Setelah beberapa buah buku barulah aku sedar bahawanya Ain Maisarah banyak menggunakan teknik interteks. Malah jalan ceritanya pula mudah dan dia menambahcambahkan idea dan jalan ceritanya dari cerita induk. Wah, begitu kreatif. Teknik dan formula ini mungikin aku boleh aplikasikan dalam penghasilan karya aku.
Ok gentlemen and ladies, here is it, Cinderellah vs Rapunzellah.


Saya mensasarkan sepanjang minggu ini saya tamat membaca buku-buku yang ada dalam pek 90 AinMaisarah. Novel-novel comelnya saya sudah baca ke semuanya. Kini novel yang bermukasurat 200 ke atas pula. sasaran terbesar pula aku tamat baca semua novelnya sebelum aku pulang ke kampung untuk bmenyerahkan semua buku AinMaisarah keapda adik-adik aku di kampung. Semoga aku berjaya!


No comments:

Post a Comment