Tuesday, May 31, 2011

Buat blog

Orang buat blog, saya pun mahu buat blog.
Orang buat duit, saya juga mahu buat duit.
Orang tulis buku, saya pun mahu tulis buku.

Kadang-kala saya terfikir sendiri. Apakah yang saya benar-benar mahukan? Apakah matlamat saya sebenarnya?

Hm... pening bila memikirkan masalah ini. Fikir punya fikir. Ya, saya mahukan sesuatu kejayaan. Kejayaan yang bagaimana?

Adakalanya juga saya memikirkan bahawa diri saya ini seperti Minah Jenin. Suka berangan. Bertindak untuk merealisasikannya amat payah.

Ya, saya sedar perjalanan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan itu amat sukar. Ada sahaja rintangan dan cabaran serta pertimbangan yang muncul tanpa diundang. Eh, apa matlamat saya? Sedari tadi saya berkata matlamat, tapi apa matlamat saya?

Matlamat saya?
Ketika ini saya telah menetapkan matlamat ingin menjadi seorang penulis. Sebuah buku saya sudah berada dalam simpanan editor Tuan Haeqal dari Ptspop. Entah apa yang terjadi kepada manuskrip saya itu, saya tidak pasti. Sudah dikirimkan perkhabaran, namun masih tidak mendapat respon daripada beliau.

Beberapa buah manuskrip proposal telah pun saya hantar, masih belum ada maklum balas. Saya berdoa agar diterima agar saya boleh terus menulis. Sasaran saya penjualan pada tahun hadapan. Pada tahun seterusnya saya berharap mendapat bayaran royalti pula.

Oklah, sudah jam 6.30 petang rupanya. Di mana suami saya? Alamak dia tertidur pula di kem.... :(

Terpaksalah saya menunggu lagi.

No comments:

Post a Comment