Hari Ahad. Huh....
Hari ini saya berkerja di hari Ahad. Orang bercuti bersuka-ria di hari minggu, tetapi saya.... Huhuhu....
Pada waktu bertugas di pejabat, apabila petang bertugas di Bilik Gerakan pula. Sementara rehat tadi saya telah menghabiskan buku yang sudah seminggu beli. Berpeluh juga membaca buku berbahasa Inggeris almaklumlah sudah lama tidak membaca buku berbahasa Inggeris. Akhirnya berjaya juga. Sepuluh markah saya berikan kepada diri sendiri. Hahaha... ;)
Waktu rehat saya pada jam satu petang. Berehat di bilik selama dua jam, terasa bosan pula. Fikir punya fikir saya bersiap awal untuk ke Bilik Gerakan memandangkan otak pun beku. Berpuluh-puluh kali memegang buku nota, pen pun sudah pening dipusing-pusing. Bagi melegakan otak pen yang sudah pening, lebih baik saya lepak di Bilik Gerakan. Boleh juga saya menulis blog lagi.
Sejak berada di kem, idea mendatang dengan tidak terduga. Walau pun sekadar draf atau rangka sahaja.Itu sudah cukup bagus. Ingin tahu idea saya? Idea saya ialah menghasilkan sebuah buku PELIT. Berkonsepkan sebuah diari.
Saya memerlukan rujukan!
Ya, rujukan saya untuk menghasilkan sebuah diari yang berkualiti dan menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh editor PTSONE. Ya, PTSONE adalah sasaran saya.
Kali ini saya betul-betul maksudkannya. No play play! (Seperti dialog Phua Chu Kang)
Siapa yang perlu saya tanyakan berkenaan ini?
Setakat ini Cikpuan Azzah sahaja orang yang menjadi rujukan saya. Sudah ada teknik yang diberikan. Hanya tinggal tulis sahaja.
Nota rangka yang dibuat untuk menulis sebuah sinopsis. Tajuknya buat setakat ini Tolong!!! Aku Tidak Mahu. Idea ini lahir berikutan buku Aku Mahu tulisan Ain Maisarah. Saya terfikir dalam hidup ini tidak semua yang kita mahu. Tentu ada yang kita tidak mahu. Harap malam ini boleh menulis sinopsisnya. ;)
Ini adalah koleksi buku genre Pelit yang saya baru beli untuk dijadikan rujukan dan semangat untuk hasilkan buku diari saya sendiri.
Dear Yayah. Ini buku pertama berkonsepkan diari yang saya beli. Jujur saya katakan inilah antara sebab saya berminatdan bersemangat untuk menghasilkan diari sendiri. Dan diterbitkan!
Inilah dia buku yang saya berpeluh membacanya. Finally I finished it sharp 3pm
Buku ini belum saya baca. Walau pun nipis ianya penuh dengan informasi.
Majalah yang menjadi kegemaran saya masa kini. Penuh dengan informasi kesihatan dan kecantikan.





No comments:
Post a Comment