Semalam Kak Long sudah tamat membaca Cinderellah vs Rapunzellah. Hahaha..... ^o^ ketawa dahulu sebelum menaip. Maaf Kak Long tidak dapat kawal apabila teringatkan jalan ceritanya. Plot yang menarik. Kak Long tidak sangka Ain Maisarah dan Izanor Shariff boleh terfikir menokok tambah cerita asal. Bukan itu sahaja, mereka berdua membuatkan seolah-olah Cinderela dan Rapunzel itu wujus dalam dunia pembaca Melayu. Kak Long yang orang melayu ini berfikir yang Cinderela dan Rapunzel adalah Melayu yang mempunyai acuan cerita Inggeris.
Jadi Kak Long amat yakin apabila buku ini berada di tangan adik-adik Kak Long mesti mereka suka.
Ini pula buku yang akan Kak Long baca untuk hari ini. Hari ini mesti habis. Jika tidak nanti, Kak Long tidak boleh beli buku yang lain.
Oklah, Kak Long tidak cukup masa yang banyak untuk berceloteh. Kak Long akan sambung di entri yang lain. Assalamualaikum....
No comments:
Post a Comment