Assalamualaikum, Guten Morgen, Selamat Pagi, Salam Satu Malaysia.
Hari ini bertarikh 08 May 2011 aku rasakan seperti semakin tidak bersemangat untuk kembali bertugas setelah sebulan setengah berehat. Ketiadaan pelatih bermakna kami berehat, bukan bermakna bercuti sakan. Bagi aku yang baru bertatih dalam bidang penulisan tidak henti-henti belajar dan belajar. Setiap hari aku akan cuba mengarang walau satu muka surat, walau satu ayat. Pada minggu lepas, pada tarikh 3 dan 4 May aku telah mengemel dua buah manuskrip proposal kepada PTSPOP dan dua kepada PTSONE. Sekarang aku mendapat respon dari PTSPOP Tuan Haeqal dan meminta aku mengisi satu borang Kertas Cadangan. Ya, aku sedang mengusahakannya. Manakala PTSONE, aku mendapat respon untuk satu proposal sahaja. Manakala satu lagi masih belum menerima respon. Aku berdoa agar diterima, supaya aku boleh berkarya dan aku boleh mencapai matlamat aku pada tahun depan untuk merasai wanmg royalti.
Benar, bukan mudah menulis untuk PTS. Banyak perlu dititikberatkan. Terutama Bahasa Melayu Tinggi. Aku akui kadang kala aku terbawa-bawa Bahasa Melayu Rendah melalui pembacaan aku. Sekarang aku sudah menghadiri Bengkel Teknik Surah Yusuf, Bengkel Bahasa Melayu Tinggi, Bengkel Plot, twist and turn, Bengkel cliff-hanger, Teknik Surah Nabi Musa. Malah aku juga sudah mempunyai buku Teknik Surah Yusuf yang menjadi mazhab utama PTS. jadi hanya tinggal usaha aku yang tidak berbelah bahagi.
Mungkin ramai yang bertanya kenapa mesti aku pilih PTS. Aku kenal PTS semenjak aku di Tingkatan Dua lagi, sekitar tahun 1996. Ketika itu aku sangat suka membaca buku motivasi yang boleh memotivasikan diriku supaya kuat belajar. Aku ingat lagi tajuknya ketika itu ialah Berfikir Tinggi. Kini buku itu sudah aku tidak ingat di mana letaknya. Mungkin sudah menjadi mainan adik-adikku.
Sebenarnya pagi ini aku ingin siapkan kertas cadangan. Akan tetapi mindaku terbantut. Sebabnya entah aku tidak dapat kenal pasti. Oleh sebab itu aku menulis blog ini agar aku boleh menyiapkannya.
Sambil-sambil itu aku turut membaca karya Bahruddin Bekri bertajuk diari Mat Despatch yang bagiku begitu santai. Sesuatu dengan niatku untuk menulis kembali diari-diari aku yang simpan sejak bertahun-tahun. Buat pengetahuan semua, proposal diari inilah yang aku hantar dan ditolak kerana gaya penulisan aku yang masih lemah dan jalan cerita yang tidak menarik. Tidak mengapa, aku akan perbaiki dan akan menghantarnya sekali lagi.
Disebabkan aku tidak menulis untuk beberapa hari, jadi pada hari ini banyaklah idea untuk aku menulis entri baru. Aku ingin ceritakan apa yang telah aku lalui beberapa hari lepas. Pertama, pada hari Rabu, 5 May. Aku menurut kemahuan suamiku untuk bermain sukan bersama rakan-rakannya di Kompleks Sukan Paroi, negeri Sembilan. Aku bermain untuk pasukan bola jaring dan dia bermain untuk bola tampar. Kepanasan yang melampau membuatkan aku membuka tudung untuk mengelakkan aku jatuh pengsan.
Dalam perjalanan pulang aku menghubungi seorang rakan di Pahang. Aku mendapat maklumat bahawa dia sudah dimasukkan hospital kerana turun darah. Namun doktor mengesahkan bayi masih belum cukup matang untuk dilahirkan. Jadi dia perlu ditahan wad untuk pemerhatian. Walaupun sudah 35 minggu, tapi masih belum cukup matang. Aku tidak pasti bidang ini. Namun baru pagi tadi dia menghantar pesanan ringkas kepadaku bahawa dia sudah boleh keluar hospital tetapi tidak boleh kerap bergerak, perlu duduk pada posisi yang betul, dan tidak bolah membuat aktiviti yang kuat. Aku doakan dia dan bayinya selamat.
Oh, di sini adalah buku-buku yang dipesan daripada aku. Aku membelinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah setelah penat bermain.
Seorang lagi rakan pasukan aku lama turut memesan buku. Ini adalah buku yang akhirnya aku pilih setelah aku pening memilih buku yang sesuai untuknya. harap-harap dia sukakannya. Insyallah aku akan kirimkan melalui pos pada esok hari. Jumaat lepas aku terlepas pos kerana aku lambat bangun pagi dan malas untuk keluar.

No comments:
Post a Comment