Hahahaa.....
Hari ini aku bertugas harian sebagai Jurulatih bertugas. Aku tiba di kem tepat jam 0750H. Lihat sahaja punch card, dalam hati berkata berbunga-bunga, "Sudah ada yang tolong punch. Terima kasih."
Aku masuk ke bilik dahulu bagi menyimpan barang-barang yang aku bawa dari rumah. Tatkala itu teringat sang suami yang masih berselimut. Entah apa yang dia buat sekarang?
Hadir di Bilik Gerakan, keadaan sudah mula sibuk dengan ramai JL lain dan dengan bermacam tugasan. Aku memilih untuk berada di pejabat. Sebenarnya ada rancangan tersembunyi. Hahaha... AKu hendak online dan membaca buku diselangi menulis dengan tenang.
Buku yang aku bawa kali ini agak banyak. Namun buku yang dibawa ke pejabat hanya dua, Double Dork Diaries dan buku jurnal catatan aku.
Baru sebentar tadi aku mengemaskini blog. Kini persembahan blog aku lebih menarik. Cuma pengisiannya malsih kurang dan samar-samar. Aku masih mencari bahan yang lebih ilmiah. Apa yang pasti aku lebih tertarik kepada ulasan buku. (buat masa sekaranglah).
Aku ada beli buku lagi. Mahu dimuatnaikkan, malangnya kamera tinggal dalam bilik. Hendak kembali ke bilik pada waktu ini, sudah malas. Tidak mengapa, nanti petang atau malam aku akan muatnaik.
Pembaca yang dihormati sekalian alam,
Saya ingin membaca dahulu. Jumpa lagi di lain masa.
Aufwiedersehen!
No comments:
Post a Comment