Assalamualaikum, Guten Morgen.
Hari semalam dan semalam? Apa yang saya saya telah lakukan ya?
Tidak banyak yang saya telah lakukan. Pertama pada hari Rabu 25 Mei 2011, sepatutnya saya bertolak ke Kuantan bagi menghadiri majlis konvokesyen adik. Akan tetapi terpaksa dibatalkan disaat akhir apabila terlibat dengan mesyuarat Pembangunan Modul I-Smart di Bangunan Zetro(Mindef2) di Wangsa Maju pada 26 Mei jam 1230H.
Pada mulanya saya ingin saja pergi dan balik awal. Akan tetapi sang suami memberikan hujah yang bernas apabila mengatakan "Kita tidakkan sempat untuk ke Zetro jika pergi Kuanta juga." Jadi saya batalkan terus niast tersebut. Sebenarnya saya ada agenda lain lain selain menghadiri majlis konvo itu. Saya ingin makan mee celup yang begitu enak di sebauh restoren di sana. Huhhuuuu....
Jadi, apa yang saya buat jika tidak ke Kuantan?
Saya mengunjungi beberapa buah bank untuk menyelesaikan bayaran-bayaran wajib saya. Setelah selesai semuanya barulah pulang ke rumah. Dalam hati berkata, "Seronoknya jika saya berkerja sendiri."
Kemudian saya menghabiskan masa dengan membaca novel Dork Diaries yang baru dibeli tempoh hari. Sebenarnya ada dua buah buku yang saya baca serentak, satu lagi ialah koleksi AinMaisarah, Aku Mahu.... yang hanya dijual di Popular dan Bookcafe PTS.
Kenapa saya baca buku-buku remaja begini?
Mudah sahaja, saya ingin menjadi penulis juga. Saya belajar bagaimana menulis novel daripada pembacaan ini. Sekarang dalam nota saya sudah ada beberapa idea. Terbaru idea Minah Jenin yang mengisahkan seorang budak perempuan yang bercita-cita besar. Macam-macam cita-citanya. Namun dia malas untuk bergerak berusaha. Dia suka memasang angan-angan yang tinggi melangit. Namun satu usaha pun tiada dibuat. Budak perempuan ini selalu berangan di merat-rata tempat, tidak kiralah sama ada dalam tandas, hentian bas, platform LRT atau KTM, dalam bas, dalam tren dan banyaklah lagi. Hinggakan sikapnya yang suka berangan itu ada kala mengundang bahaya untuk dirinya. Contohnya dia hampir dilanggar kereta apabila dia berangan di hentian bas dan tanpa sedar dia berjalan hingga ke tengah jalan.
Best tak sinopsis ini?
Kemudian, pada 26 Mei 2011, hari saya mesyuarat. Tidak banyak agenda yang diutarakan. Tambahan pula ini adalah private and confidential.
Hari ini 27 Mei.
Apa pula program saya? Entah saya tidak pasti lagi.
28 Mei 2011 iaitu esok akan mengahdiri sebuah majlis perkahwinan di Hulu Langat, saudara keluarga mertua saya. Bagaimana agaknya adat budaya mereka di sana? Esok saya akan pastikan kamera sentiasa berada di tangan saya untuk merakam apa sahaja aktiviti serta suasana di sana untuk dipaparkan di sini.
Sekian, sahaja untuk entri kali ini.
Aufwiedersehen
No comments:
Post a Comment