Oklah, Kak Long tidak mahu membicarakan mengenai kerja. Malam ini Kak Long ingin memperkenalkan keluarga Kak Long. Maafkan Kak Long sebab sudah lama blog ini wujud, masih belum Kak Long perkenalkan adik-adik Kak Long yang ada sepuluh orang ramainya itu. Lihatlah di bawah ini. Harap seronok melihat gelagat adik-adik Kak Long yang nakal-nakal belaka.
Dari kiri Alin, Azzah, Lala, Lia dan Nomi. Masa ini kami hendak menonton wayang di Alamanda Putrajaya.
Hihihii.... Gaya selamba yang mereka reka sendiri. Lala yang paling seronok dapat tengok wayang.
Ini pula masa berjalan-jalan di sekitar bandar Putrajaya.
Maafkan Kak Long. Kak Long tidak sempat hendak upload gambar adik-adik lelaki dan seorang lagi adik perempuan Kak Long. Kak Long berjanji Kak Long akan paparkan di entri yang akan datang.
Tschuss...!
No comments:
Post a Comment