Monday, May 23, 2011

Mahu Cuti!!!!

Assalamualaikum, Selamat Malam semua pembaca yang disayangi.

Kak Long kembali lagi setelah beberapa entri dalam bahasa Inggeri yang memaparkan kehebatan Kuala Kubu Baru sebagai salah satu lokasi pelancongan di negara ini. Sebenarnya Kak Long sendiri tidak sedar bahawa Kuala Kubu Baru (KKB) sebagai lokasi pelancongan. Hahahahh.... bikin malu saja.

Baiklah, mari kita berbicara mengenai cuti. Apabila disebutkan cuti, apakah yang terlintas difikiran masing-masing mengenai cuti?
Balik kampung? Sudah tentu.
Berjalan-jalan? Mungkin juga.
Holiday? hahhaa....

Apa yang pasti banyak perkara yang terlintas difikiran masing-masing apabila dinyatakan perkataan cuti ini.
Dan apa yang pasti juga semua orang amat sukakan perkataan ini walau kecil dan besar. Jika yang kecil sudah tentu menjerit dan melompat kegirangan. Manakala yang besar pula akan tersenyum lebar sepanjang masa dan begitu bersemangat menghabiskan tugas-tugas terakhir sebelum bercuti.

Ajaibnya perkataan ini.

Ya, Kak Long akakn bercuti kali ini. Kak Long akan bergerak dari Kalumpang (rumah Kak Long) terus ke Bandar Kuantan, Pahang. Kak Long akan menghadiri majlis konvokesyen adik perempuan pertama Kak Long bernama Normi di Polisas. Sebenarnya majlisnya pada 26 Mei, akan tetapi untuk mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, kami akan tiba awal dan bermalam di hotel.

Apabila tamatnya majlis itu nanti, Kak Long akan pulang ke kampung Kak Long di Felda Chemomoi, Triang, Pahang. Panjang dan pelik nama kampung Kak Long kan?
Mengenai kampung ini akan Kak Long tuliskan apabila Kak Long berada di sana ok. Perasaannya akan lebih berkesan apabila menulis di kampung.

Selepas itu perancangan Kak Long adalah menghadiri sebuah kenduri perkahwinan waris suami Kak Long di Hulu Langat pada 28 Mei. Kami perlu menjemput emak mertua Kak Long di Ampang dulu. Ini pengalaman pertama Kak Long menghadiri majlis di Hulu Langat. Jadi, Kak Long sedikit teruja. Tambah teruja mempunyai ilham untuk entri akan datang. Harap-harap ilham menulis sebauh sinopsis tercetus di sana.

Tamat sahaja majlis itu nanti, Kak Long akan pulang semual ke rumah untuk berehat dan bersedia untuk berkerja pada Ahad 29 Mei pula. Sengaja Kak Long tidak mencari pengganti untuk hari Ahad, kerana tahu tidak ramai yang mahu mengganti pada hari Ahad.

Pembaca yang disayangi sekalian, ini adalah sebahagian perancangan Kak Long untuk sepanjang masa cuti. Harap tiada aral yang melintang patah. Moga berjalan lancar seperti yang dirancang. Amin....

No comments:

Post a Comment