Thursday, November 22, 2012

Royalti

Yahoo.... Gembiranya bila menerima sekeping cek royalti penjualan buku yang pertama dalam hidup ku.

Wira Galaksi- Penyelamat Bumi.

Ya, itu buku saya. Walaupun jualan tidaklah sehebat orang lain, bagi saya inilah percubaan berani saya. Berani mengambil risiko. Dan saya tidak menetapkan target tertentu. Saya hanya ingin mellihat sejauh mana kemampuanku.

Mahu lihat?

    Cak! Inilah muka depan buku pertama saya. Hebatkan?

Apa kisahnya?

Ini saya salin sedikit sinopsisnya.

Harapan bagi menyelamatkan dunia kini terletak di bahu seorang remaja.
Ini kisah yang berlaku kepada Fattah. Pada asalnya, dia cuma seorang remaja yang lumpuh dan sering dibuli. Namun, segala-galanya berubah apabila dia menemui sebuah objek yang jatuh dari angkasa. Objek itu adalah sebentuk cincin yang cukup berkuasa sehingga mengundang serangan makhluk asing bergelar Ratu Asyar.
Fattah turut dikejutkan dengan kisah leluhurnya yang berasal dari planet lain. Apakah yang berlaku kepada planet asal Fattah sehingga menyebabkan leluhurnya datang ke bumi? Siapakah Ratu Asyar dan mengapa dia turut mencari cincin itu? Seorang gadis misteri turut muncul bagi membantu Fattah. Siapakah gadis misteri itu? Dapatkah mereka berdua menewaskan Ratu Asyar?
Apa yang pasti, Fattah tidak menemui cincin itu secara kebetulan. Dia adalah insan yang dinanti-nanti selama ini. Dia adalah Wira Galaksi.

















Karya saya ini campuran novel dan komik. Pelukis komik adalah Tuan Bohairy yang tulis komik Ultra Qalif. Maaf ya tuan Bop. Saya copy paste dari laman blog tuan.

Hmmm... Amacam? Teruja?

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkannya, anda bolehlah memesan di alamat ini. Bookcafe.com.my


******

 Buku kedua?

Saya sudah banyak mencoretkan rangka cerita. Namun momentum untuk menulis belum lagi kesampaian. Entah bila ingin muncul entah. Tapi jangan bimbang. Saya kan seorang yang sentiasa memotivasikan diri (nada meninggi diri sikit).

Tajuk-tajuk seterusnya sudah difikirkan. Antaranya:
1. S.M.K.B (Sahabat Member Kawan Baik)
2. Aku Tidak Mahu Lelaki Gemuk!
3. Minah Senget
4. Felda Girl
5. Pomen Girl

Agaknya saya perlukan new gajet. Hmm... tentunya Galaxi Note 10.1!!!!
Hubby sayang.... Boleh kan....????



Wednesday, November 21, 2012

Ada apa dengan Maya???

Selamat siang.

Tentu kalian tertanya-tanya berkenaan tajuk topik saya kali ini. Ya, ada apa dengan maya. Bukan saya maksudkan seorang insan bernamam maya. Akan tetapi gajet maya.

Gajet Maya.

Dunia sekarang digergarkan dengan pelbagai teknologi maya. Paling popular la ni adalah tablet, smartphone.Hmmm.... tablet dan smarrtphone. Yang mana satu menjadi pujaann hati? Saya tentulah Smartphone Samsung Galaxi  Note 10.1. Aduh hai.... Hati ini bernyanyi girang jika objek ini sudah berada dihadapan mata. Bertambah peratusan girangnya jika sudah berada di telapak tangan. Heeee.... Geramnya!







   Lihatlah hebatkan tablet ini.

Berbalik kepada topik kita pada hari ini.

Ada apa dengan maya.
Ada apa dengan teknologi maya yang sebenarnya. Jika direnung-renung, di teliti dengan penuh hemah, teknlogi maya ini penuh dengan misteri dan bermacam pandangan serta  keperluuan. Jika ditanya semestinya ada yang menjawab, "Saya perlukan alat ini untuk kemudahan kerja  saya." Ada juga yang akan menjawab, "Untuk bermegah." Ada pula yang menjawab, "Untuk berada sealiran teknologi masa kini."

Biar apa pun jawabnya, saya tetap dengan pendirian saya untuk memilikinya untuk kemudahan diri saya sendiri.