Thursday, December 20, 2012

21.12.2012

Tarikh indah 20.12.2012 sudah pun berlalu. Mujur tarikh keramat ini jatuh pada hari berkerja. Jika jatuh pada hari minggu atau cuti umum, tentu sekali ramai yang mahu pjadikan tarikhnitu sebagai tarikh perkahwinan mereka atau melahirkan anak. Apa ada adpa tarikh cantik? Aku sendiri tidak faham. Korang faham?
o
Bila tiba saja angka cantik, ada saja rancangan yang pelik. Aku masih ingat pada s8aat melahirkan Nurin Uzma. Pegawai aku bertanya kenapa tidak minta doktor tarikh 12.01.2012? Aku tidak mahu beri apa jawapan.

Hari ini Jumaat 21.12.2012. Angka yang cantik juga. Pagi inj seorang hamba Allh yang menghidap kanser payu dara kembali ke sisiNya. Moga rohnya diberkat. Alfatihah.

Esok pula 22.12.2012. Selamat hari lahir anakku Nurin Uzma Batrisyia binti Mohd Sh,ahir yang ke sebelas bulan. Sudah hampir satu tahun anak mama. Sekarang sudah belajar untuk berjalan. Moga bulan depan dah boleh berjalan. Esok mama papa nak bawa Nuerin holiday. Kita ke Pulau Pinang.

Jika diizinkan keadaan aku dan suami merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran dan parti hari jadi dj rumah yang baru kami beli. Seronoknya. Sebelum ini hanya melihat orang lain sibuk buat majlis untuk anak. Kali ini aku puka berpeluanb melakukannya.

Sedar tidak sedar, 2012 semakin hampir penghujung. 2012 banyak kenangan manis. Bermula dengan kelahiran Nurin Uzma, pembelian rumah, Galaxi Note 10.1, bercuti, kursus, buah durian, rambutan, manggis, langsat, suami tertinggal kunci kereta di dalam kereta, demam, rakan kahwin, mak cik bercerai dan kahwin sekali lagi dan banyak lagi peristiwa manis dan pahit.

Tahun 2013. Projek menulis novdl sudah terbentang di depan mata. Rangka cerita sudah ada. Hanya perlunkua4kan hati membangunkan proposal. Semalam tawaran menterjemah cerita kanak-kanak dari sahabat penulis lain. Sudah menerima ujian kedua. Akumperlu pastikan aku lulus untuk ujian kedua ini. Jika aku diterima, bermakna 2013 aku akan sibuk.

Disember 2012

Bulan Disember adalah bulan terakhir setiap tahun. Dan tahun ini adalah tahun pertama saya menghabiskan penghujung tahun bersama permata hati. Memang hobi saya berjalan. Tahun ini advance sikit sebab dah booking hotel. Semangat lebih sikit. hahaha....
7
Sebelum ini setiap kali balik kampung melalui jalan Genting, pasti tidak menyinggah di Strawberry Park. Tapi kali ini berpeluang menyinggah. Seronok. Anak dan adik pun seronok. Free saja masuk. Tapi banyak gerai yang dibuka menyebabkan poket kosong juga. Hahaha.....

Setelah dua kali kursus di dua tempat yang berbeza, kepenatan itu lebih. Jadi peluang untuk berjalan harus dinikmati untuk menyegarkan diridan minda sebelum berkerja pada 2hb Jan 2013.

Sementara berada di kampung (Felda Chemomoi) banyak idea dan ilham menulis mencurah-curah. Bagus. Saya mesti pantas mencenngam idea. Takut nanti terlepas pula. Ya betul. Faktor kuat mendorng adalah internet. Di sini internet broadband laju gila. Hampir tiada masalah langsung. Saya mendapat momentum hebat setelahn membaca entry-entry blog dan status FB rakan-rakan penulis lain. Hebat betul mereka. Apabila pulang Kalumpang saya akan pastikan internet dipasang. Suamiku tolong jangan membangkang.


Thursday, November 22, 2012

Royalti

Yahoo.... Gembiranya bila menerima sekeping cek royalti penjualan buku yang pertama dalam hidup ku.

Wira Galaksi- Penyelamat Bumi.

Ya, itu buku saya. Walaupun jualan tidaklah sehebat orang lain, bagi saya inilah percubaan berani saya. Berani mengambil risiko. Dan saya tidak menetapkan target tertentu. Saya hanya ingin mellihat sejauh mana kemampuanku.

Mahu lihat?

    Cak! Inilah muka depan buku pertama saya. Hebatkan?

Apa kisahnya?

Ini saya salin sedikit sinopsisnya.

Harapan bagi menyelamatkan dunia kini terletak di bahu seorang remaja.
Ini kisah yang berlaku kepada Fattah. Pada asalnya, dia cuma seorang remaja yang lumpuh dan sering dibuli. Namun, segala-galanya berubah apabila dia menemui sebuah objek yang jatuh dari angkasa. Objek itu adalah sebentuk cincin yang cukup berkuasa sehingga mengundang serangan makhluk asing bergelar Ratu Asyar.
Fattah turut dikejutkan dengan kisah leluhurnya yang berasal dari planet lain. Apakah yang berlaku kepada planet asal Fattah sehingga menyebabkan leluhurnya datang ke bumi? Siapakah Ratu Asyar dan mengapa dia turut mencari cincin itu? Seorang gadis misteri turut muncul bagi membantu Fattah. Siapakah gadis misteri itu? Dapatkah mereka berdua menewaskan Ratu Asyar?
Apa yang pasti, Fattah tidak menemui cincin itu secara kebetulan. Dia adalah insan yang dinanti-nanti selama ini. Dia adalah Wira Galaksi.

















Karya saya ini campuran novel dan komik. Pelukis komik adalah Tuan Bohairy yang tulis komik Ultra Qalif. Maaf ya tuan Bop. Saya copy paste dari laman blog tuan.

Hmmm... Amacam? Teruja?

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkannya, anda bolehlah memesan di alamat ini. Bookcafe.com.my


******

 Buku kedua?

Saya sudah banyak mencoretkan rangka cerita. Namun momentum untuk menulis belum lagi kesampaian. Entah bila ingin muncul entah. Tapi jangan bimbang. Saya kan seorang yang sentiasa memotivasikan diri (nada meninggi diri sikit).

Tajuk-tajuk seterusnya sudah difikirkan. Antaranya:
1. S.M.K.B (Sahabat Member Kawan Baik)
2. Aku Tidak Mahu Lelaki Gemuk!
3. Minah Senget
4. Felda Girl
5. Pomen Girl

Agaknya saya perlukan new gajet. Hmm... tentunya Galaxi Note 10.1!!!!
Hubby sayang.... Boleh kan....????



Wednesday, November 21, 2012

Ada apa dengan Maya???

Selamat siang.

Tentu kalian tertanya-tanya berkenaan tajuk topik saya kali ini. Ya, ada apa dengan maya. Bukan saya maksudkan seorang insan bernamam maya. Akan tetapi gajet maya.

Gajet Maya.

Dunia sekarang digergarkan dengan pelbagai teknologi maya. Paling popular la ni adalah tablet, smartphone.Hmmm.... tablet dan smarrtphone. Yang mana satu menjadi pujaann hati? Saya tentulah Smartphone Samsung Galaxi  Note 10.1. Aduh hai.... Hati ini bernyanyi girang jika objek ini sudah berada dihadapan mata. Bertambah peratusan girangnya jika sudah berada di telapak tangan. Heeee.... Geramnya!







   Lihatlah hebatkan tablet ini.

Berbalik kepada topik kita pada hari ini.

Ada apa dengan maya.
Ada apa dengan teknologi maya yang sebenarnya. Jika direnung-renung, di teliti dengan penuh hemah, teknlogi maya ini penuh dengan misteri dan bermacam pandangan serta  keperluuan. Jika ditanya semestinya ada yang menjawab, "Saya perlukan alat ini untuk kemudahan kerja  saya." Ada juga yang akan menjawab, "Untuk bermegah." Ada pula yang menjawab, "Untuk berada sealiran teknologi masa kini."

Biar apa pun jawabnya, saya tetap dengan pendirian saya untuk memilikinya untuk kemudahan diri saya sendiri.





Monday, October 1, 2012

Sepanjang Kump 2 Siri 9/2012, Kem PLKN Pelangi Hill Resort

Saya sekadar ingin berkongsi cerita bergambar aktiviti sepanjang PLKN Kump 2 Siri 9/2012


Wajah-wajah ahli kelas PK3 yang gembira apabila modul tamat. Cikgu harap selepas ini kamu semua masih ingat apa yag kami kongsikan bersama kalian.


Sub Modul Budaya Kerja: Bergambar selepas pameran tamat.  Masing-masing seronok selepas pena t lelah mereka berbaloi apabila terpilih gerai terbaik dan memenangi beberapa kategori.

Salah satu hasil kerja  pelatih di dalam kelas Modul Kenegaraan.

Pada Majlis Penutup Modul



Modul Khidmat Komuniti di Kampung Pasir, Kerling.


Program terakhir sebelum bergerak pulang ke rumah masing-masing. Program  Khidmat Komuniti sempena  pelancaran 1M4U di KLCC

Terima kasih diatas komitmen kalian.

Program Latihan Khidmat Negara Malaysia

Isnin.
10 Oktober 2012
Hari ini saya masuk kerja seperti biasa bersama semangat yag berkobar untuk menemui pelatih. Selepas 'punch card' saya pun terus menuju bilik untuk menyimpan topi keledar dan jaket. Amaklumlah menunggang motosikal. Kereta hanya digunakan untuk perjalanan jauh dan ketika masa-masa yang memerlukan sahaja. Jimat cermatlah katakan.
Sebaik sahaja selesai menyimpan, saya terus ke dewan untuk bersarapan. Makanan disediakan  untuk pelatih, jurulatih dan semua staf ketika pelatih ada di kem. Semua JL dan Staff akan makan luar apabila ketiadaan pelatih di kem. Menu hari ini adalah mee sup. Jika ditanya pendapat pelatih, tentunyaa mereka akan menjawab makanan di dewan semua tidak sedap dan tidak cukup makan. Ya Allah punyalah tidak bersyukurnya generasi ini.
'Grounding' atau perjumpaan pagi sesama JL MS berlaku setiap  jam 830 pagi di kelas. Penetapan matlamat dan jati diri adalah rutin. Matlamat saya hari adalah menyokong diri sendiri, 'buddy' dan ahli pasukan. Jati diri pula saya mensasarkan diri ini sentiasa bersemangat dan fokus.
Tajuk pengajaran pula adalah Pertimbangan. Selepas penetapan matlamat yang telah mereka lalui pada hari sebelumnya, maka hari pelatih berdepan pula dengan ujian atau halangan yang bakal mereka hadapi ketika proses mencapai matlamat. Hati saya sedikit kecewa apabila komitmen pelatih terlalu merudum. Tambahan pula penglibatan diri mereka hanya ala kadar. Tapi apa  boleh buat. Kehadiran mereka sendiri ke kem ini merupakan satu keadaan yang tidak cemerlang. Bagaimana mereka ingin berkerjasama dengan baik. Namun peranan Jl bukan calang-calang. Itulah peranan seorang JL tercabar apabila ingin membuatkan mereka sentiasa bersemangat.
Tepat jam 1230 tengahari, tibalah masanya melepaskan pelatih untuk berehat dan makan tengahari. Maka sekalli lagi para JL MS berkumpul untuk acara 'debrief'. Laporan perjalanan kelas sepanjang 3 jam berlangsung dilaporkan secara lisan.
Kemudian saya terus menjalankan tugas sebagai Jurulatih bertugas harian. Huh, satu hari yang memenatkan! Semangat berkerja sentiasa berkobar. Kerja tetap kerja.

Saya fikir, cukuplah setakat ini catatan say berkenaan kerja saya. Bukan tujuan saya untuk meminta simpati apa-apa niat tersembunyi. Tujuan saya hanya untuk berkongsi cerita.

Modul Pembinaan Karakter
Kelas PK3
Kumpulan 2 Siri9/2012 

Thursday, September 13, 2012

Kenangan Terindah Di Dunia

Bila sesorang bertanyakan kenangan yang terindah kepada saya. Sudah tentu saya akan katakan, "
Kenangan terindah saya ketika ini adalah ketika melihat perkembangan anak pertama saya."

Ya. Saya amat menghargai saat-saat itu. Tidak semua insan yang bergelar manusia bertuah mengalaminya. Malah ramai juga insan di dunia ini menikmatinya. Saya antara insan yang bertuah itu. Bermula saat pembentukan bayi di dalam rahim saya hinggalah saat melahirkannya, merupakan momen yang begitu berharga.. tidk boleh dijual beli dengan intan permata sekalipun. Masa tumbesaranyada perkembangan positif pula adalah momen yang penuh senyum ketawa.

Dalam masa gembira, saya masih sempat terfikirr bagaimana seseorang manusia di luar sana tergamak membuang benihnya sendiri. Ya, mereka bersalah. Dalam pada masa yang sama harus difikirkan bagaimana mereka tergamak melakukannya. Persoalan ini mewujudkann pelbagai andaian dan pandangan. Simpati dan empati mula bercambah.

Moga Allah lindungi kesayanganku.







Kembali

Guten Tag.

Assalamualaikum.

Salam sejahtera.

Sudah terlalu lama saya tidak meng'updated' ruangan ini. Cuti yang lama agak membekukan minda menulis saya. Bertambah beku apabila komputer riba kesayangan rosak. Agak koosong diri ini apabila tidak menulis.   Azam baru apabila komputer yang sudah segar ingin menyambut jalan cerita bakal novel. Namun hati kecewa apabila melihat semua fail kosong. Tiada satu pun dokumen yang berjaya diselamatkan. Pengajaran yang saya terima dari kejadian ini ialah sentiasa menyimpan apa-apa sahaja dokumen di dalam mana-mana 'external' fail yang selamat. Jadi sekarang saya perlu membangunkan sebuah sinopsis baru yang betul-btul segar walaupun ilham yang lama.

Apakah ilham saya?
Saya mengilhamkan kisah kehidupan remaja saya ketika berada dibangku sekolah menengah di sebuah pekan kecil. Namun ada sedikit menggusarkan diri saya. Saya bimbang cerita yang saya bangunkan itu nanti dikelaskan sebagai karya syok sendiri.

Walaubagaaimanapun saya bukanlah insan yang mudah mengalah. Saya sentiasa berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Ayuh Wani! Teruskan berusaha!



S ahabat
M mber
K awan
B aik

@

S ekolah
M enengah
K ebangsaan
B entong


Toing! Idea keluar. Sekarang time to write it!