Guten Tag.
Assalamualaikum.
Salam sejahtera.
Sudah terlalu lama saya tidak meng'updated' ruangan ini. Cuti yang lama agak membekukan minda menulis saya. Bertambah beku apabila komputer riba kesayangan rosak. Agak koosong diri ini apabila tidak menulis. Azam baru apabila komputer yang sudah segar ingin menyambut jalan cerita bakal novel. Namun hati kecewa apabila melihat semua fail kosong. Tiada satu pun dokumen yang berjaya diselamatkan. Pengajaran yang saya terima dari kejadian ini ialah sentiasa menyimpan apa-apa sahaja dokumen di dalam mana-mana 'external' fail yang selamat. Jadi sekarang saya perlu membangunkan sebuah sinopsis baru yang betul-btul segar walaupun ilham yang lama.
Apakah ilham saya?
Saya mengilhamkan kisah kehidupan remaja saya ketika berada dibangku sekolah menengah di sebuah pekan kecil. Namun ada sedikit menggusarkan diri saya. Saya bimbang cerita yang saya bangunkan itu nanti dikelaskan sebagai karya syok sendiri.
Walaubagaaimanapun saya bukanlah insan yang mudah mengalah. Saya sentiasa berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.
Ayuh Wani! Teruskan berusaha!
S ahabat
M mber
K awan
B aik
@
S ekolah
M enengah
K ebangsaan
B entong
Toing! Idea keluar. Sekarang time to write it!
No comments:
Post a Comment