Thursday, December 20, 2012

21.12.2012

Tarikh indah 20.12.2012 sudah pun berlalu. Mujur tarikh keramat ini jatuh pada hari berkerja. Jika jatuh pada hari minggu atau cuti umum, tentu sekali ramai yang mahu pjadikan tarikhnitu sebagai tarikh perkahwinan mereka atau melahirkan anak. Apa ada adpa tarikh cantik? Aku sendiri tidak faham. Korang faham?
o
Bila tiba saja angka cantik, ada saja rancangan yang pelik. Aku masih ingat pada s8aat melahirkan Nurin Uzma. Pegawai aku bertanya kenapa tidak minta doktor tarikh 12.01.2012? Aku tidak mahu beri apa jawapan.

Hari ini Jumaat 21.12.2012. Angka yang cantik juga. Pagi inj seorang hamba Allh yang menghidap kanser payu dara kembali ke sisiNya. Moga rohnya diberkat. Alfatihah.

Esok pula 22.12.2012. Selamat hari lahir anakku Nurin Uzma Batrisyia binti Mohd Sh,ahir yang ke sebelas bulan. Sudah hampir satu tahun anak mama. Sekarang sudah belajar untuk berjalan. Moga bulan depan dah boleh berjalan. Esok mama papa nak bawa Nuerin holiday. Kita ke Pulau Pinang.

Jika diizinkan keadaan aku dan suami merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran dan parti hari jadi dj rumah yang baru kami beli. Seronoknya. Sebelum ini hanya melihat orang lain sibuk buat majlis untuk anak. Kali ini aku puka berpeluanb melakukannya.

Sedar tidak sedar, 2012 semakin hampir penghujung. 2012 banyak kenangan manis. Bermula dengan kelahiran Nurin Uzma, pembelian rumah, Galaxi Note 10.1, bercuti, kursus, buah durian, rambutan, manggis, langsat, suami tertinggal kunci kereta di dalam kereta, demam, rakan kahwin, mak cik bercerai dan kahwin sekali lagi dan banyak lagi peristiwa manis dan pahit.

Tahun 2013. Projek menulis novdl sudah terbentang di depan mata. Rangka cerita sudah ada. Hanya perlunkua4kan hati membangunkan proposal. Semalam tawaran menterjemah cerita kanak-kanak dari sahabat penulis lain. Sudah menerima ujian kedua. Akumperlu pastikan aku lulus untuk ujian kedua ini. Jika aku diterima, bermakna 2013 aku akan sibuk.

No comments:

Post a Comment