Friday, May 20, 2011

Di kala hati dirundung kecewa.....

Di kala hati ku diruntun kecewa, aku mencoretka catatan hati di sebuah lembaran digital. Jari menarikan patah-patah kata yang bisa membuatkan mataku bergenang air jernih. Hatiku benar-benar terasa sepi, kecewa. Bibit menyesal menerima sebuah tanggungjawab mula menular dalam diri. Bait-bait kat mahu berhenti berjuang mula menguasai aliran darah urat-urat jantungku. Ah, bagaimana untuk aku menghuraikannya?

Aku diberikan semangat, diberikan ilmu, disampaikan amanat untuk disampaikan kembali kepada rakan-rakan, pelatih dan semua yang berada disekitarku. Apa sahaja yang diminta aku lakukan, apa sahaja permohonan tolong aku lakukan, apa pula ganjaran yang aku terima? Aku membakar diriku sendiri.

Rakan-rakan....
Apa maksud rakan sekerja? Apa maksud rakan pasukan? Apa maksud semua ini?

Hari Jumaat ini sebuah sejarah sedih yang amat mengecewakan. Sebuah perjuangan, sebuah usaha, sebuah huluran bantuan, sebuah niat, sebuah impian, seakan hancur.

.........

No comments:

Post a Comment