Tuesday, May 10, 2011

Kak Long menulis lagi.....

Hari ini aku berasa amat seronok apabila mengenepikan perasaan maku bertanya kepada orang yang tidak aku kenali dan tahu dia adalah seorang penulis yang bagi aku dia lebih berjaya daripada aku. Aku bertanya tips kepadanya bagaimana untuk mengembangkan plot cerita dengan lebih baik. Teknik yang diberikan melalui teks chatting box amat berguna. Kini aku sudha tahu bagaimana untuk mengembangkan plot yang mempunyai twist and turn sekali gus. Harap selepas ini aku tidak akan mengalami situasi otak jem dan tiada idea. Hanya masalah mood yang begitu subjektif untuk diselesaikan. Tapi tidak mengapa. Aku pasti akan menyelesaikannya dengan baik. Kak Long bolehkan....

Hari ini, ini adalah entri kedua aku. Satu entri yang aku karangkan semasa di pejabat kem. Sebenarnya aku sedikit terkejut kerana menerima tugas dan tanggungjawab baru untuk kumpulan ini. Dan satu lagi aku tidak sangka aku yang akan dipanggil untuk menjawat tugasan ini sekali lagi.

Aku dilantik menjadi Penyelaras Modul Pembinaan Karakter. Modul pertama yang pelatih akan bertemu. Hmm.... aku sudah malas sebenarnya untuk menggalas tugas ini. Tapi kerana negara dan produknya adalah bakal-bakal pemimpin negara, aku tolak semua perasaan negatif itu. Kini senarai nama bakal pelatih Kem PLKN Pelangi Hill Resort sudah dalam tangan. Esok perancanganku adalah, pertama; melihat peralatan yang ada di dalam bilik logistik dan mula merangka posisi kelas.

Aku sudah membayangkan kesibukan dan tekanan yang bakal aku hadapi. Oleh sebab itu aku perlu membuat perancangan yang begitu rapi agar tiada cacat celanya kelak. Malah aku perlu juga membuat jadual tugasan untuk diri sendiri dengan lebih praktikal dan berkesan. Aku tidak mahu cita-cita aku menjadi penulis terbengkalai di tengah jalan. Sudah tentu aku tidak akan izinkan disamping tugasan rasmi aku.

Oklah, Kak Long rasa cukuplah setakat ini dulu sahaja coretan Kak Long buat masa ini. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment