Pomen
vs Sawit
Dalam
samar cahaya neon, Malika masih merenung cermin sambil memuncungkan bibir,
"Alangkah bagus jika aku masih di sana. Boleh berjalan di bandar. Sini?
Apa yang ada."
Sebagai
seorang anak pomen berubah menjadi anak sawit, adalah sesuatu yang amat sukar
dilalui. Malika melihat buku rekod sekolah baru lalu menyelak helaian demi
helaian hingga berhenti di satu muka surat yang tercatat data pekerjaan bapa.
Lantas mindanya mengimbas soalan Cikgu Mansur,"Apa pekerjaan bapa
kamu?"
Malika
diam seribu bahasa, minda Malika rancak menyusun ayat. Cikgu Mansur menoleh
dan mengulangi soalan, "Awak tidak
dengarkah? Apa pekerjaan bapa kamu?"
Malika
tersentak berserta mata membuntang lalu menjawab spontan, "Pomen,
cikgu."
Cikgu
Mansur mengerut keningnya yang panjang umpama kening orang utan,"Hmm....
Pomen kereta? Kerja apakah itu?
Malika
senyum dan berkata, "Ya cikgu. Apa cikgu"
Cikgu
Mansur menjeling lagi. Kali ini lebih tajam.
"Matilah aku."
No comments:
Post a Comment