KASUT TUMIT TINGGI
Bab 1: Aku Julia
Tip tap tip tap. Bunyi ketukan kasut tumit tinggi seorang wanita bergaya eksklusif lalu berjalan dihadapan Julia. Julia duduk dibangku sambil mata dan kepalanya menunduk ke lantai pejalan kaki. Dia amat asyik memerhatikan kasut wanita itu. Dia bukan mengamati wajah wanita itu, tetapi melihat kepada kasut tumit tinggi yang dipakainya. Kasut berwarna hitam kelabu berkilat cantik seperti digosok kilat oleh tuannya.
“Wah, cantiknya kasut dia...” Julia teringatkan sebuah adegan filem Inggeris yang Julia tidak ingat tajuknya.
Dalam babak itu seorang lelaki kaya yang sombong duduk di atas sebuah kerusi yang agak tinggi daripada kerusi-kerusi biasa. Dengan kasar dia dia mengarahkan budak lelaki itu menggosok kasutnya. Lalu dia berkata, “Hoi, budak! Gosok kasut aku ini hingga berkilat.”
Lalu budak yang naif itu berpakaian compang-camping, berkulit gelap terus menunduk menggosok kasut lelaki itu sehingga hitam berkilat. Selepas lelaki sombong itu berpuas hati lalu dia membayar kepada budak penggosok kasut itu. Tidaklah Julia tahu berapa bayaran yang budak si penggosok kasut itu terima. Julia beranggapan, mungkinkah wanita itu pun melakukan perkara yang sama seperti babak dalam filem itu.
“Ntah ntah... perempuan ini pun pernah buat macam itu. Itu sebab kasutnya boleh bersih berkilat.” Julia membuat telahan sendiri sambil tersenyum kambing.
Julia tidak tahu jenama apakah kasut itu. Dia cuba meneka-neka sendiri. Prada? Vinnci? Sembonia? Primavera? Julia tidak dapat menyakinkan hatinya mengenai jenama kasut wanita itu. Tetapi di hati kecilnya berbisik, “Aku hendak memakai kasut seperti itu satu hari nanti.” Ya, Julia berhati waja. Apa sahaja yang terlintas difikirannya dia ingin capai walau dalam apa jua cara. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. “Aku mesti dapatkan satu!” azam Julia.
Dalam keadaan dirinya kini adalah mustahil untuk Julia memakai kasut cantik dan mahal seperti wanita itu. Julia perlu pergi ke universiti dan mencari kerja yang bagus untuk dia berjaya memiliki kasut seperti itu. Malah mungkin daripada itu. Julia anak pertama daripada lima beradik. Julia mempunyai dua orang adik perempuan kembar. Mereka berusia enam tahun. Mereka bersekolah Tadika berhampiran rumahnya. Manakala adik-adik yang lain lelaki. Seorang berusia dua tahun dan yang paling kecil baru berusia sembilan bulan. Adiknya yang paling bongsu itu amat comel.
Julia tinggal di dalam sebuah rumah yang sederhana besar. Ibu dan bapa bekerja. Kedua ibu dan bapa Julia bekerja di syarikat swasta. Bapanya perlu ke pejabat setiap hari. Namun berbeza dengan ibunya. Ibu Julia hanya bekerja dari rumah. Setiap tugasan ibu Julia hanya perlu siapkan di rumah sahaja. Apabila selesai tugasan yang diminta syarikat tempat ibu Julia bernaung, ibunya hanya akan keluar sebentar pergi ke syarikat terbabit untuk menghantar tugasan itu selain mengambil tugasan yang baru. Kini cara kerja sebegini sudah menjadi trend baru kepada penduduk negara. Mereka tidak perlu lagi bersusah-payah keluar pagi-pagi berhadapan kesesakan jalan raya yang tidak berkesudahan. Selain mereka dapat menjimatkan perbelanjaan harian yang semakin meningkat dari hari ke hari.
Dalam otaknya ligat bermain kata-kata dan angan-angan, bas Shuttle untuk ke sekolahnya pun tiba. Bas Shuttle khas ke sekolah ini baru adalah sumbangan kerajaan dalam memperkasakan pendidikan dikalangan generasi muda. Dengan warna jingga melatari dasar badan bas berjalurkan biru merah terpampang besar perkataan ‘SCHOOL SHUTTLE’ di tengah-tengah sudah cukup memberitahu semua orang di hentian bas yang menanti bas bersama-sama Julia. Julia bingkas bangkit daripada tempat duduk yang diperbuat cantik dan kemas susunan batuan jubin yang amat cantik bagi Julia. Sebelum melangkah masuk ke tangga pertama bas, Julia menjeling sekali ke arah wanita yang memakai kasut tumit tinggi yang menarik perhatiannya sebentar tadi.
“Ishk...! Aku suka betul penampilan dia.” Getus hatinya.
“Siapa dia agaknya. Dia kerja apa?” sambung hatinya lagi.
Julia memilih tempat paling tepi tingkap. Ini membolehkan Julia melihat wanita tadi. Dia memerhatikan wanita tersebut yang berdiri tegak berhampiran palang penghalang antara jalan tar dan tempat duduk para bakal penumpang bas yang seterusnya. Matanya tidak berkelip sepanjang pemerhatiannya itu. Dia perhatikan sehingga bayangan wanita itu menghilang. Julia lekas berpaling memandang ke hadapan ke arah pemandu bas. Julia kenal benar dengan pemandu itu.
Julia kenalinya semenjak dia mula belajar menaiki bas untuk ke sekolah. Namanya Pak Kareem. Seorang lelaki berbadan tegap, berkulit hitam manis, berjanggut sejemput di dagu, bermisai agak tebal dan misainya itu menutupi bahagian atas bibir.
“Selamat pagi Julia. Macam mana hari ini? Ada sihat? Soal Pak Kareem dengan telo sebutan bahasa Tamil India. Walau dirinya digelar orang ‘Pak’, sebenarnya Pak Kareem adalah berbangsa India. Dia sudah memeluk Islam lima tahun yang lepas. Pak Kareem adalah India Muslim.
“Selamat pagi Pak Kareem. Saya sihat. Kalau saya tidak sihat, tidaklah saya naik bas ke sekolah.” Jawap Julia sambil tersenyum mesra. Itulah peribadi Pak Kareem yang ramah dengan penumpang-penumpangnya. Malah Pak Kareem juga kenal dengan semua pelajar yang menaiki basnya.
Masih segar diingatan Julia bagaimana betapa lutut terketar-ketar ketika menaiki bas sendirian pada kali pertama bapanya menghantar di stesen bas. Ketika itu Julia masih terlalu kecil, baru sahaja berusia tujuh tahun. Ketika itu Julia belajar di Tahun Satu.
“Abah... Julia takut. Abah temankan Julia.” Rengek Julia meminta abahnya menemainya menaiki bas.
“Julia takut apa? Ramai kawan dalam bas itu. Tiada apa yang hendak ditakutkanlah.” Pujuk abah Julia.
Ketika itu, tangan Julia yang kecil erat memegang tangan abahnya ketika dia berdiri di atas tangga.
Pada masa itulah juga Pak Kareem menegurnya. “Jangan takutlah budak cantik. Pak Kareem ada gula-gula. Hendak?” Ketika itulah ketakutan Julia mula mengendur. Dia pun memberanikan diri masuk ke dalam perut bas selepas mengambil sebiji gula-gula di tangan Pak Kareem.
Matanya meliar sebaik sahaja masuk ke dalam perut bas yang ketika itu sudah dipenuhi penumpang lain. Tiada tempat duduk dihadapan yang kosong. Hanya ada tempat duduk paling belakang. Hanya ada satu. Seolah-olah tempat itu dikhaskan kepadanya. Lalu Julia pun berjalan terus sambil memegang botol air gambar MinniMaus kegemarannya yang digantung di leher. Sebaik sahaja Julia duduk, bas sekolah terus bergerak meluncur laju.
Perjalanan ke sekolah mengambil masa kira-kira setengah jam dari tempat Julia naik tadi. Dalam jarak masa tersebut, penumpang lain yang sudah biasa menaiki bas itu yang juga terdiri daripada pelajar sekolah di tempat yang sama Julia belajar mengambil kesempatan untuk lena. Termasuklah pelajar lelaki yang duduk di sebelah kiri dan kanan Julia. Seorang berbadan gempal dan berkulit cerah. Julia sedikit jelik kerana dia berdengkur. Kurrrrr... kurrr.... bunyiny aseperti burung tekukur yang sedang memanggil-mangggil anaknya untuk makan.
Seorang lagi berbadan sedikit kurus daripada yang tadi. Tidak berdengkur tetapi ada aliran berwarna jernih di hujung bibirnya. Eeee...Julia kegeliman. Julia sahaja satu-satunya penumpang yang tidak tidur. Bermacam-macam perkara berlegar-legar difikirannya ketika itu. Julia takut bas akan terbalik, kemalangan berlanggar dengan kereta lain di jalan raya yang maha dahsyat sesaknya. Mata Julia meliar ketakutan. Sebelah tangannya masih lagi erat memegang botol air MinniMaus, manakala tangan yang sebelah lagi memegang palang besi di hadapannya. Kedudukannya sedikit kehadapan.
Terasa perjalanan terlalu lama. Julia tidak tahan dengan dua orang murid yang duduk di sebelah kiri dan kanannya. Sudahlah ini adalah pengalaman pertama dia menaiki bas sekolah. Pengalaman yang tidak begitu manis.
“Cepatlah sampai...!!!” desak hati Julia memberontak. Abahnya yang beria-ia sungguh mahu dia menaiki bas untuk ke sekolah. Dia anak yang manja.
“Abah mahu Julia belajar berdikari sendiri.” Itu kata-kata abah Julia ketika memujuknya untuk menaiki bas.
***
Bab 2 : Sekolahku Syurgaku
Tiba-tiba kepala dan badan Julia tersandung kehadapan kerusi. Pemandu bermisai lebat itu sudah memberhentikan bas. Lamunan Juliia juga terhenti. Julia lihat Pak Kareem menarik pedal brek tangan untuk memastikan bas tidak meluncur kehadapan tanpa kawalan. Pemandu kemudian membuka pintu bas secara automatik. Kedudukan bas betul-betul dihadapan pintu gerbang sekolah. Penumpang bas sekolah yang kebanyakannya terdiri para penuntut sekolah yang sama tempat Julia menuntut ilmu. Ada segelintir penumpang yang belajar di sekolah jiran yang bersebelahan, namun bangunannya dipisahkan oleh lebuh raya yang maha sibuk keadaannya. Ini bermakna selepas semua para penuntut sekolah Julia turun keluar dari perut bas, pemandu berjanggut sejemput akan menghidupkan bas kembali dan terus meluncur ke sekolah tersebut. Tatkala itu nanti, Julia sudah jauh meninggalkan pintu gerbang.
Sekolah Julia tersergam gagah dihadapan Julia. Lamunan Julia serta-merta terhenti. Lalu Julia capai buku nota tambahan baru yang dibeli seminggu yang lalu bersama. Dia membimbit buku nota itu sahaja. Tidak dimasukkan ke dalam beg. Begnya sudah berat. Terlalu berat. Jika ditimbang mungkin mencecah tiga empat kilogram. Masalah ini pernah menjadi topik hangat dikalangan masyarakat suatu ketika lalu. Maka, banyaklah idea yang bernas diluahkan dari segi segenap lapisan masyarakat negara. Pelbagailah cara penyelesaian diwar-warkan. Namun, kini semua itu sduah menjadi kenangan. Beg sekolah untuk setiap pelajar rendah berat. Cuma alternatif yang dilakukan oleh pihak sekolah sahaja menjadi pengubat terhadap kesengsaraan ini. Pihak sekolah menyediakan almari kecil berupa seperti rak kecil untuk para pelajarnya menyimpan buku-buku yang tidak digunakan pada satu-satu masa. Mereka hanya perlu membawa buku jika ada kerja rumah yang perlu disiapkan sahaja. Akan tetapi hampir setiap mata pelajaran yang diajarkan satu-satu hari itu banyak. Ini bermakna mereka perlu juga membawa buku yang banyak.
Sekolah Julia besar. Antara sekolah yang besar di bandaraya yang terkenal dengan kesibukan seharian. Bangunan dicat dengan warna-warna ceria dihiasai lagi dengan mural indah di dinding hasil kerja tangan muridnya sendiri. Setiap tahun lukisan mural itu berubah wajah. Setiap tahun ada sahaja kumpulan pelajar yang menawarkan diri untuk menukarkan lukisan itu sebagai kenang-kenangan. Di salah sebuah dinding yang besar, terdapat mural yang besar dan terpampang satu rangkai perkataan, “Madrasati Baiti”. Perkataan Arab yang bermakna “Sekolahku Rumahku”. Motto ini merupakan prinsip sekolah tempat Julia belajar. Penaung sekolah mahu menjadikan sekolah semacam rumah sendiri kepada para pelajar. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak yang baru membesar menjadi remaja, mereka tidak gemar ke sekolah. Oleh sebab itu sekolah Julia jika diamati seakan rumah juga. Berbagai kemudahan untuk pelajar disediakan.
Bangunan utama dicatkan dengan warna yang agak sofistikated, berkaliber, dan warna yang agak matang. Bangunan utama menempatkan pejabat Guru Besar, Penolong Kanan HEM, Panitia dan bilik guru-guru yang lain. Malah di bangunan itu juga menempatkan perpustakaan dan bilik penyelidikan sains. Malah di bangunan itu juga mempunyai sebuah bilik mesyuarat para guru berkumpul.
Sebuah bilik kecil bersebelahan bilik guru ditempatkan untuk kaunselor menasihati pelajar bermasalah. Julia tidak pernah ke situ. Setakat hari ini, Julia sentiasa menunjukkan prestasi yang membanggakan.
Sekolah Julia mempunyai tiga bangunan dua tingkat yang menempatkan kelas. Manakala empat lagi bangunan setingkat yang menempatkan makmal untuk kajian sains dan studio untuk Pendidikan Seni Visual. Kelas Julia terletak dibangunan kelas ke dua di tingkat dua. Kelas Mutiara (Tahun Lima) berada paling hujung deretan kelas yang lain. Julia melangkah masuk melalui pintu masuk kelas yang telah dihias cantik oleh Julia sendiri bersama-sama rakan yang lain. Bingkai pintu dicat dengan warna hijau daun manakala sekeliling warna tersebut dihiasi pula juraian manik yang berwarna-warni dan apabila terkena cahaya matahari akan memantulkan satu cahaya berwarna-warna. Julia suka menyaksikan panorama ini apabila matahari semakin meninggi di atas kepala dan seterusnya memancar ke atas juraian manik. Julia akan perhatikan cahaya yang terpantul itu berserakan ke serata kelas begitu juga di kalangan penghuninya.
Tempat Julia? Oleh sebab Julia adalah pelajar yang berbadan tinggi lampai, dia ditempatkan di belakang sekali. Katanya, “Julia, awak paling tinggi dalam kelas. Awak duduk di belakang sekali supaya rakan yang lain boleh melihat depan dengan jelas. Jika awak duduk depan, rakan yang akan susah melihat depan, papan hitam.” Itulah yang diucapkan oleh Cikgu Mazlan, guru kelas Julia.
Cikgu Mazlan? Hahaha... Cikgu Mazlan kelakar orangnya. Suka mengajar sambil bergurau-senda. Julia selesa belajar dengannya. Hampir setiap hari Julia harus bertemu dengannya untuk melapor atau mengadu apa-apa jua masalah yang dihadapai di dalam kelas. Julia dilantik sebagai Penolong Ketua Kelas. Cikgu Mazlan seorang bapa beranak empat. Hampir setiap tahun Cikgu Mazlan menerima kehadiran bayi baru. Anak-anaknya nakal-nakal belaka. Julia mengingati semua anak Cikgu Mazlan. Hanim, Tasnim, Muaz, Afif. Nama mereka pendek-pendek tidak panjang seperti namanya sendiri, Siti Nurjulia Shazlynn Fahim. Julia pernah melihat mereka bermain-main di perkarangan halaman perumahan guru yang terletak bersebelahan sekolah.
“Julia! Cikgu sudah masuk kelas. Beri salam cepat!” Julia dikejutkan oleh seorang kawannya. Dia mengelamun jauh hingga tidak menyedari Cikgu Firlina sudah masuk ke kelas dan semua murid perlu bangun untuk mengucapkan salam beramai-ramai yang dimulai oleh Ketua Kelas. Ketua Kelas dilantik secara undian di dalam kelas. Undian diadakan pada hari pertama bermula sesi persekolahan lagi. Manakala perlantikan Penolong Ketua Kelas pula dilantik secara undian yang lebih kecil. Malah tidak popular. Ketua Kelas Mutiara seorang pelajar lelaki berkulit kuning langsat. Ramai pelajar lain memuji kulitnya cantik seperti kulit seorang gadis. Dia mewarisi kulit ibunya. Malah dia juga merupakan Pan-Asia. Ibunya berketurunan Bajau manakala bapanya adalah berdarah Eropah. Tidak pula Julia pasti mengenai warganegara bapanya. Berambut hitam lebat, beralis mata menawan setiap pelajar perempuan di dalam kelas. Malah hampir semuanya menaruh hati kepadanya. Zaman cinta monyet kanak-kanaklah katakan.
“Woi, budak. Kau tak sapu kelas ke hari ni?”
Itu Ketua Kelas yang bernama Mohd Firdaus Mcleod. Tidak dinafikan hati Julia juga sering tersentuh dengan dengan jelingan dan pandangan mata ketuanya itu. Malah adakalanya juga Julia merasakan detikan dihatinya. Julia membenci ketua kelasnya sendiri. Dalam pada masa yang sama, Julia juga tertarik dengan ketampanannya. Namun Julia sering manafikan dan tidak mempedulikan perasaan yang kadang-kala mengganggu konsentrasinya. Malah Julia tidak mahu tergolong dalam golongan yang tergila-gilakan Fir. Lagipun ada perlakuan Fir yang menjengkelkan Julia.
Cikgu Firlina guru Sains. Hari ini menurutnya tidak perlu turun ke makmal untuk membuat ujikaji. Hari ini hanya teori baru. Tidak memerlukan muridnya membuat ujikaji. Julia menjadi pemerhati yang amat bagus ketika pengajaran Sains. Sains adalah antara matapelajaran yang amat diminatinya. Selain Sains, Julia juga meminati pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Melayu.
“Selamat pagi semua. Baik murid-murid , buka muka surat 40. Lihat gambarajah proses fotosintesis tumbuh-tumbuhan hijau.” Pinta Cikgu Firlina.
Selepas kerajaan membuat keputusan mewujudkan mata pelajaran Sains di semua sekolah dalam jajahan ini, mata pelajaran ini menjadi satu wadah yang amat sukar di terima oleh warga penduduknya untuk langkah permulaan. Walau bagaimanapun, kini masyarakat sudah menerimanya dengan baik dan menggalakkan sekali. Setiap kanak-kanak di negara ini sudah menunjukkan perubahan yang amat membanggakan. Mereka sudah bermindakan sains. Setiap kali diadakan sebarang pertandingan mereka cipta misalnya, hampir seluruh warga kanak-kanak di serata pelosok negara menghantarkan penyertaan. Julia tidak terkecuali di dalam kelompok itu.
Hari ini tajuk pengajaran Cikgu Firlina ialah Proses Fotosintesis tumbuh-tumbuhan. Fotosintesis adalah satu proses dalam semua jenis dan spesis tumbuh-tumbuhan untuk terus hidup. Namun hanya tumbuh-tumbuhan hijau sahaja yang menjalankan proses ini. Ini satu keajaiban. Bermula dari proses menyerap haba sinaran sang matahari untuk membolehkan perjalanan proses yang seterusnya. Gas karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia, dan segala segi industri buatan manusia malah pembakaran sampah juga diserap oleh tumbuh-tumbuhan hijau ini. kemudia ga karbon dioksida ditukar kepada gas oksigen. Kemudian gas oksigen dilepaskan, manusia pula menyerapnya untuk pernafasan. Ekosistem ini berlaku dengan baik untuk kepentingan kehidupan manusia dan segenap kehidupan di muka bumi. Malah ekosistem ini dipertahankan untuk generasi seterusnya di masa hadapan.
Penerangan Cikgu Firlina yang lengkap beserta pembentangan paparan pancaran di papan putih menjelaskan lagi pemahaman murid-murid. Julia dapat memahami proses itu dengan baik dengan bantuan gambarajah yang lengkap. Julia melukis gambarajah dengan begitu teliti. Julia amat berbakat dalam seni lukis. Pengajaran Cikgu Firlina berlarutan selama dua puluh minit. Sengaja Cikgu Firlina tamatkan penerangannya awal. Ini kerana dia akan memberikan latihan untuk menguji pemahaman murid-muridnya. Semua muridnya diminta untuk menyalin semula soalan-soalan yang dipaparkan di papan putih. Ini cara pendidikan moden. Tiada lagi pengggunaan kapur dan papan hitam. Menurut pengkaji-pengkaji sains, kapur akan menghasilkan debu. Debu ini berterbangan di dalam udara, seterusnya apabila kita bernafas kita menyedut debu masuk terus ke peparu. Ini tidak elok untuk kesihatan manusia. Oleh sebab itu difikirkan alternatif ini untuk tujuan pembelajaran selain daripada sejajar dengan pemodenan dan Wawasan 2020. Serba moden.
“Ok kelas, saya nka kamu semua mejawab semua soalan di muka surat 45 buku latihan. Bagi soalan subjeltif di bawah sekali, jawapannya kamu boleh rujuk kepada nota yang saya beri tadi. Ok, kelas itu sahaja daripada saya. Kita jumpa lagi pada hari Rabu. Jangan lupa siapkan kerja rumah dan hantarkan kepada saya pada hari Rabu nanti.”
***
Bab 3 : Sahabat Julia
“Kau tahu jawapan ini Ju?’” tanya kawan Julia yang duduk disebelahnya. Namanya Aminah Haffie, berketurunan Arab sebelah bapa dan India sebelah ibu. Wajahnya memang cantik, dan paling menyerlah adalah alis matanya. Aminah mempunyai bulu mata yang panjang dan melintik selain kening yang tebal. Bibirnya mungil dan pipinya montel serta kulit yang gebu. Julia membayangkan jika Aminah besar nanti. Mungkin Aminah di antara juara pertandingan ratu cantik dunia. Dengan kelebihan yang dia miliki tidak mustahil untuk dia bergelar ratu cantik dunia suatu hari nanti. Tidak seperti diri Julia. Julia mula membuat perbandingan dengan diriku.
“Tahu.” Jawap Julia ringkas.
“Nanti kita buat sama-sama. Saya tidak sempat salin nota yang terakhir tadi. Saya mengantuk sangat.” Jelas Aminah. Dia memang terkenal dengan sikapnya yang malas menyalin nota. Dia sentiasa mengantuk apabila mana-mana guru memberikan penerangan. Maka mangsa Aminah Haffie tidak lain tidak bukan, Julia.
“Ju, hujung minggu ni kita keluar ke bandar nak?” Aminah mula mengajak Julia untuk berbual-bual. Ini memang kebiasaan setelah letih mendengar penerangan cikgu. Sambil Julia menyalin soalan kerja rumah, dia memasang telinga mendengar buah butir bicara Aminah. Dia tahu, nanti kemudian Aminah juga yang akan meminjam bukunya untuk disalinkan semula ke bukunya. Julia sudah masak dengan perangai anak orang kaya yang seorang ini.
“Nantilah. Saya tidak pasti sama ada saya boleh keluar atau tidak hujung minggu ini.” Julia memberikan jawapan jujur. Memang benar. Julia begitu sukar mendapat keizinan bapanya dan ibunya untuk keluar berpeleseran di hujung minggu bersama rakan-rakannya. Julia mempunyai tanggungjawab yang berat di hujung minggu. Dia perlu mengasuh adik-adiknya. Ini kerana di waktu beginilah ibu dan bapanya tiada di rumah. Mereka bukan berpeleseran, akan tetapi mereka berniaga di pasar minggu untuk mendapatkan pendapatan lebih. Ibu dan bapa Julia berniaga makanan di pasar minggu berdekatan dengan rumah mereka. Ibunya mahir membuat nasi kerabu. Nasi kerabu ibu Julia memang terkenal dengan keenakan asli masyarakat Kelantan. Ya, ibunya orang Kelantan. Di ibu kota ini memang ada banyak makanan yang dijual. Boleh dikatakan semua jenis makanan yang diingini wujud. Begitu jugalah nasi kerabu yang dibuat oleh ibu Julia. Oleh sebab itulah Julia tidak pasti sama ada dia boleh keluar ataupun tidak. Walaupun Julia pasti dia tidak akan mendapat lampu hijau daripada ibu bapanya, Julia tetap memberikan jawapan begitu kepada Aminah. Bertujuan untuk menjaga hati dan perasaan anak emas itu.
“Alaaa... Asyik tidak boleh saja. Jomlah temankan aku. Mama dengan papa aku tiada hujung minggu ini. Mereka pergi ke London, ada urusan perniagaan. Tinggal aku seorang dengan Bibik Inah.” Aminah masih terus memujuk Julia.
“Aku memang tidak dapat temankan awak Amy. Mak dengan abah saya berniaga di pasar. Saya perlu menjaga adik-adik saya. Malamnya saya perlu membantu mereka menyediakan ramuan untuk mak masak. Saya buka orang senang seperti awak Amy.” Julia cuba menolak permintaan Aminah Haffiee yang lebih popular dengan nama Amy.
“Takkan sekejap pun tidak boleh Ju. Sudah lama aku berniat hendak belanja awak makan sebab awak selalu tolong saya dalam buat kerja sekolah. Saya sudah berniat Ju.” Aminah masih tidak berputus asa.
Julia tidak terus menjawab, sebaliknya dia terus mendiam diri. Akhirnya Aminah berputus asa juga. Dia kecewa kerana ajakannya mempelawa Julia keluar makan-makan di bandar tidak berhasil. Memang sudah menjadi kebiasaan buat anak-anak orang kaya di kota metropolis ini keluar berpeleseran di pusat-pusat membeli-belah sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing. Malah ada yang keluar bersama pemandu peribadi dan pengawal peribadi untuk tujuan itu. Mereka tiada tanggungjawab lain selain pergi ke sekolah untuk belajar. Ada di antaranya yang mempunyai guru tusyen sendiri. Abah dan mak Julia tidak mampu memberikan kesenangan dan kemewahan seperti itu.
“Kita bukan orang senang Ju.” Kata-kata maknya lembut masih jelas di telinga Julia yan sentiasa mengingatkan dirinya.
Memang sifat dan sikap Julia, dia tidak akan sesekali cuba menyakiti hati dan perasaan sahabatnya. Semua didalam kelas itu kenal benar dengan sikap terpujinya itu., malah guru sekali pun mengenalinya. Julia memegang banyak jawatan di sekolah. Daripada pengawas perpustakaan hinggalah pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah. Julia memang seorang yaangg aktif. Dari segi pelajaran pula, Julia selalu dinobatkan pelajar terbaik Subjek Sains dan Pendidikan Seni Visual. Subjek lain tidak kurangnya. Cuma dua subjek itu yang paling menonjol.
“Kalau begitu, awak tolong temankan saya ke perpustakaan lepas habis kelas. Tapi petang, pukul 4 saya ada latihan bola jaring. Kita buat sama-sama. Boleh?” akhirnya Julia memberi cadangan alternatif untuk menjaga hati kawan.
“Boleh, saya belanja awak makan tengahari.”Balas Amy.
Tengahari itu sepertimana yang dijanjikan oleh Aminah atau Amy, mereka menuju ke kantin sekolah untuk mengisi perut yang kosong. Amy memesan nasi ayam, Julia pula nasi putih, telur dadar dan sedikit sayur. Dia tidak mahu memesan makanan yang mahal-mahal. Dia muak.
“Kenapa awak tak makan nasi ayam juga macam saya? Sedap tau nasi ayam ni.” Suara Amy tiba-tiba bergema di gegendang telinga Julia yang sedari tadi diam menjamah makanan.
“Saya lebih suka makan nasi putih. Saya kurang suka makan nasi ayam.” Jelas Julia.
“Lepas ni kita pergi perpustakaan.” Sambung Amy lagi.
Walhal Julia memang menjadikan berkunjung ke perpustakaan selepas makan tengahari sebagai kelaziman. Dia akan menyiapkan mana-mana kerja rumah yang boleh disiapkan, dia akan siapkan. Dia tidak mahu menangguh kerja rumah. Ini kerana dia perlu mengikuti aktiviti ko-kurikulum pula pada waktu petang.
“Sebelum tu, saya nak pergi solat dulu.” Tingkah Julia.
“OK.” Jawab Amy ringkas.
Hari ini hari Isnin. Isnin adalah hari pertemuan Persatuan Bola Jaring sekolah. Julia perlu hadir. Dia merupakan salah seorang tunggak utama pasukan bola jaring sekolah. Sekolah Julia sudah muncul Juara peringkat daerah sebanyak lima kali. Kali ini adalah pemburuan piala kejuaraan kali keenam dan juga kali ini juga sebagai usaha mempertahankan kejuaraan sekolah untuk kesekian kali. Mereka tidak mahu mengalah. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Itulah prinsip pasukan bola jaring sekolah Julia.
Ada tujuh anggota utama dalam satu pasukan bola jaring dan tiga anggota simpanan. Di sekolah Julia ini, mereka mempunyai tiga pasukan bola jaring, iaitu, pasukan senior, pasukan junior dan pasukan perintis. Semuanya berpandukan umur dan pengalaman serta kemahiran mereka bermain.
Julia berada pasukan junior, iaitu peringkat bawah umur sepuluh tahun. Julia memegang posisi GA, iaitu ‘shooter’ kedua. Julia memang handal memasukkan bola ke dalam jaring. Dengan ketinggian yang dimiliki memang menjadi satu kelebihan untuk Julia. Pasukan Junior sudah beberapa kali muncul juara peringkar zon dan daerah. Walaupun masih bergelar junior, apabila mereka beraksi di padang, mereka umpama juara olimpik. Di tahap junior di bawah sepuluh tahun, pasukan Julia memang wajar digeruni oleh pasukan bola jaring sekolah lain.
“Assalamualaikum, selamat petang dan salam 1 Malaysia. Petang ini merupakan hari perjumpaan kita kali yang keenam dam semester ini.” Cikgu Maria memulakan bicara pertemuan ini. cikgu Maria adalah jurulatih dan guru yang bertanggungjawab dalam segala aktiviti Persatuan Bola Jaring Sekolah Kebangsaan Datuk Sena. Beliau juga yang bertanggungjawab membimbing pasukan sekolah menjulang paial kejuaraan untuk beberapa kali.
Hari ini adalah taklimat untuk menstruktur semula corak permainan, memandangkan pihak lawan sudah membaca corak permainan mereka. Ini penting untuk mempertahankan piala kejuaraan.
“Cikgu hendak pasukan Junior bersedia untuk perlawanan persahabatan dengan SKT,” maklum cikgu Maria. SKT adalah singkatan untuk Sekolah Kerian Tua. Sekolah tersebut adalah salah satu pasuka yang sentiasa tidak berputus asa untuk merampas piala yang dipegang oleh SKDS.
“Ju, kau tidak rasakah Cikgu Maria ini pelik?” tanya Suzana. Suzana adalah kawan Julia sedari mereka di Taska lagi. Rumah mereka berdekatan. Cuma mereka berdua berbeza sedikit dari sedi taraf kehidupan. Suzana berketurunan diraja, akan tetapi keluarga mereka senang bercampurgaul dengan rakyat kebanyakan dan tidak mengamalkan cara hidup diraja sepenuhnya.
“Maksud kau?” tanya Julia sambil mengerutkan dahinya. Dia tidak faham apa maksud Suzana.
“Yelah, umurnya sudah hampir empat puluh.. tapi dia tidak kahwin kahwin lagi. Cikgu-cikgu kita yang semua sudah berkahwin dan ada anak berderet.” Kata Suzana.
“Aku tidak rasa apa-apa yang pelik pun.” Ringkas sahaja respon Julia. Memang sikapnya tidak suka menjaga tepi kain orang.
“Tapi aku suka tengok cara dia berpakaian. Baju yang dia pakai mahal-mahal belaka.” Sambung Suzana. Manakala Julia terus khusyuk mendengar taklimat dari Cikgu Maria.
Julia melihat jam tangannya, dia mendapati jarum jam sudah melepasi angka empat petag. Bermakna sebentar lagi murid-murid di sekolah ini akan keluar pulang ke rumah masing-masing. Di luar pagar sudah tentu sesak dengan kenderaan ibu bapa menanti anak-anak mereka. Apa yang pasti mak atau abah Julia tiada menunggu di situ. Hanya bas Pak Kareem yang menanti.
“Suzana, awak jangan lupa kerja rumah cikgu Mansur. Dia hendak kita hantar esok pagi.” Laung Julia mengingatkan Suzana.
“Kerja rumah yang mana satu yek?” Tanya Suzana sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
***
Bab 4 : Syurgaku Rumahku
Julia sudah berada di luar pagar. Dia melihat suasana sesak dengan kenderaan pelbagai jenis. Sesak nafas Julia terhidu gas karbon dioksida yang dilepaskan oleh kenderaan berkenaan. Mata Julia tajam mencari mana duduknya bas Pak Kareem. Biasanya bas itu akan berada di hadapan tempat menunggu yang paling hujung. Tetapi kali ini Julia tidak nampak kelibat bas tersebut.
“Mana pula bas Pak Kareem ni? Selalu senang nampak. Hari ini payah pula.” Keluh Julia.
“Julia, kau hendak ke mana itu? Kau hendak pergi shopping ye..?” perli Fir. Fir memang suka mengejeknya.
“Kau buat apa hendak balik awal-awal. Jom ikut aku pergi berenang. Julia, budak cute! Hahaha...!” ejek Fir. Gelaran budak cute itu menjadi ejekan Fir kepada Julia selepas Fir mencuri baca buku nota Julia. Julia menyampah, lalu Julia beredar.
Setelah beberapa ketika berlegar-legar, akhirnya dia pun nampak kelibat bas tersebut. Rupa-rupanya terhalang oleh sebuah lori. Apalagi, Julia terus berlari anak mendapatkan bas. Apabila tiba di dalam perut bas, Julia mendapati tempat duduk kegemarannya sudah diduduki.
“Alamak... dah ada orang.” Julia pun terus mencari ruang kosong untuk diduduki. Ada sebuah tempat paling kanan sebelah tingkap yang kosong. Julia pun duduk.
“Penatnya kaki ni...” keluh Julia. Memang benar, hari ini dia agak kepenatan akibat berlatih bola jaring. Sudah menjadi kebiasaan Julia akan melunjurkan kaki apabila di dalam bas. Kakinya terasa amat lenguh.
“Nanti malam aku urutkan dengan minyak panas.” Detik hatinya mententeramkan dirinya yang penat.
Perjalanan ke stesen bas berhampiran rumahnya mengambil masa kira-kira setengah, akan tetapi selalunya menjadi satu jam atau satu jam setengah akibat kesesakan lalu lintas. Kadang-kala Julia terlelap seketika.
Tepat jam tujuh malam, Julia pun tiba di muka pintu rumah. Dari jauh Julia sudah mendengar riuh-rendah. Julia tahu, adik kembarnya suka menyakat adik lelaki yang kecil-kecil. Tidak cukup sekali usikan, malah hingga mereka menangis.
“Assalamualaikum.” Julia memberi salam kepada penghuni rumah.
“Waalaikumussalam!” Jawab adik-adik kembarnya yang lincah secara serentak. Mereka rancak bermain sesama sendiri. Julia lihat adik bongsu Fizzie ketawa mengekek melihatkan gelagat kakak-kakak kembarnya. Julia tersenyum sendiri. Julia tidak membuang masa, dia terus masuk ke bilik untuk mandi dan bersiap membantu ibunya di dapur. Julia berkongsi bilik dengan si kembar. Julia terkejut selajur membuka daun pintu.
“Masyaallah! Bersepahnya bilik!” jerit Julia kecil. Dia berasa bengang melihat keadaan bilik itu tidak ubah seperti tongkah pecah.
Dengan baju senaman sekolah masih di badan, Julia memaksa diri untuk mengemas dahulu bilik. Dia rimas melihat keadaan bersepah. Dia mementingkan kekemasan dan kebersihan. Tiba-tiba...
“Kak Ju, cak!!!” tiba-tiba Mirsha si kembar sulung menyergah.
“Mirsha, tolong kemas semua ni! Kak Ju penat.”
“Hehehe... malas...” selamba sahaja adiknya menjawab sambil mencebik bibir. Julia kadang-kala naik angin berdepan dengan perangai nakal si kembar.
Julia teruskan sahaja mengemas bilik sambil melepaskan satu keluhan yangg besar. Tetapi dia amat menyayangi si kembar. Merekalah sahaja adik perempuan yang dia ada. Dua orang adik lelakinya yang masih kecil masih perlu diasuh.
Selepas beberapa minit mengemas, Julia lega. “Sekarang aku boleh mandi dan terus solat maghrib.” Julia berkata dalam hati. Bingkas dia mencapai tuala apabila dia melihat jam di dinding sudah jam 730 petang. Waktu solat maghrib sudah masuk. Buk! Umpama nangka busuk yang jatuh dari pokok yang tinggi, Julia terjelepok jatuh di muka bilik air.
“Aduh!!!” Julia menjerit sekuat hati. Dia mengesot ke tepi sedikit, dilihatnya ada seketul sabun mandi di bawah pehanya. Julia yakin dia telah terpijak sabun itu tadi.
“Kak Ju, nape?” soal Fuad dengan telo pelat.
“Kak Ju jatuh...” Julia menjawab sambil menahan sakit punggung. Tangannya menggosok-gosok di tempat itu.
“Ibu, Kak Ju jatuh bilik air!” Fuad menjerit ke arah ibu. Tidak lama kemudian ibu datang dengan tergesa-gesa. Dia melihat anak dara suntinya terduduk sambil menggosok punggung menahan kesakitan. Julia sememangnya tidak boleh bangun dia terasa sakit yang amat sangat.
“Ju tak apa-apa sayang? Are you ok?” soal ibu Julia.
“Ju ok, tapi sakitlah punggung ni ibu. Tak tahulah siapa punya kerja letak sabun mandi depan pintu.” Adu Julia. Ibunya membantu Julia bangun.
“Tu mesti gara-gara Mirsha dan Trisha. Kalau tidak siapa lagi.” Jelas ibu.
“Sudahla, mandi dulu. Nanti lepas ni sapu ubat sikit bagi kurang rasa sakit.” Ibu menambah.
“Baiklah ibu...” Julia menjawab sambil tangannya tidak lepas memegang bahagian yang sakit. Julia memang sudah masak dengan perangai dan kelakuan nakal si kembar berdua itu. Setiap masa ada sahaja perkara yang tidak terfikir oleh orang lain dibuatnya. Julia memulas kepala paip, dan air terus memancut laju membansahi seluruh tubuh Julia yang tinggi kurus.
“Aduh, sakitnya...” Julia mengeluh lagi. “Nanti kau Mursha Trisha...” marah Julia geram kepada adik kembarnya. Dia berasa benar-benar seperti nangka busuk. Dia terbayangkan semula adegan jatuh tadi. “Kelakar juga.” Julia tersenyum sendiri.
Selesai sahaja mandi dan berwuduk, Julia keluar dari bilik air dengan berhati-hati. Bimbang perangkap lain pula yang dipasang oleh si kembar berdua itu. Julia serik terjatuh tadi. Sebenarnya itu bukan kali pertama Julia dikenakan oleh si kembar. Sudah banyak kali juga Julia terpedaya dengan helah si kembar. Bukan sahaja Julia, malah ibu dan ayah pun menjadi mangsa kembar. Adik yang kecil, usah cakaplah, mereka disakat hingga menangis. Walau bagaimanapun, mereka adalah cahaya dan penyeri hidup mereka sekeluarga.
Pernah suatu ketika Trisha demam panas. Mirsha pula bermasam muka tiada mood. Ini kerana Trisha. Dia tidak akan ceria jika Trisha tidak ceria. Begitu juga sebaliknya. Setiap saat dan waktu rumah Julia dipenuhi dengan helai tawa setiap orang. Penghiburnya, adalah pasangan kembar.
Selesai solat maghrib, Julia terus ke dapur untuk membantu ibu menyediakan makan malam. mereka biasa makan malam agak lewat sedikit, lebih kurang jam 8 malam. Ini kerana mereka sekeluarga menunggu kepulangan ayah mereka. Mereka akan makan bersama-sama. Ini adalah amalan tradisi mereka sekeluarga. Oleh kerana pejabat ayah agak jauh dari kediaman mereka, terpaksalah mereka menunggu lama. Jika tiada kesesakan lalu lintas, ayahnya akan pulang awal sedikit berbanding biasa. Akan tetapi jika kesesakan yang tenat, ayahnya akan menelefon untuk maklumkan mereka yang menunggu bahawa dia akan tiba lewat di rumah. Maka Julia dan adik-adiknya akan makan dahulu. Hanya ibu sahaja yang tidak makan menunggu ayah pulang.
Malam ini ibu menyediakan ikan kembung masak tauchu. Lauk kegemaran mereka sekeluarga. Sayur pula sayur campur digoreng manis ala masakan cina. Ada sedikit sambal gesek bersama tompoyak dan ulam salad. Memang membuka selera Julia yang sememangnya sudah lapar.
“Sedapnya ibu. Perut Ju menjerit-jerit nyanyi lagu rock bila hidu bau lauk ni. Ayah lambat balik ke malam ni ibu?” soal Julia kepada ibunya.
“Ayah takda lagi telefon. Mungkin dah nak sampai. Sabarlah. Pergi tengokkan si Fizzie tu. Tadi ibu sudah beri dia susu. Sudah tidur ke belum.” Perintah ibu kepada Julia.
Julia sudah tahu waktu-waktu begini adalah masa Fizzie si bayi comel tidur. Julia ke ruang tamu melihat adiknya Fizzie tidur lena di dalam katil bayi yang diletakkan di tepi dinding. Kedudukan katil agak tinggi dari lantai. Sengaja ayah menambah tinggi katil itu untuk mengelakkan si kembar mengganggu Fizzie. Mereka berdua terlalu nakal. Kadang-kadang menyakiti Fizzie dek kerana bergurau sakan.
Julia tengok si kembar pula masing-masing diam. Mereka khusyuk menonton siri Upin dan Ipin bersama Fuad. Sesekali terdengar suara mereka mengekek ketawa. Sambil memerhatikan gelagat adik-adiknya, Julia mengambil buku di bilik. Dia ingin menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru-gurunya di sekolah siang tadi. Julia duduk di meja kecil berhampiran katil bayi Fizzie. Dia harus perhatikan mereka. Takut-takut ada terjadi perkara tidak diingini berlaku. Almaklumlah mereka semua masih kanak-kanak. Pernah dahulu, Julia terlepas pandang Mirsha luka tangan akibat terkena pisau semasa mengupas buah mangga sendiri. Mujurlah ibu tidak menyalahkan Julia. Pada malam ini Julia hendak mengelakkan perkara seperti itu berlaku lagi. Dia sayangkan semua adiknya.
***
Bab 5 : Kepulangan Ayah
“Assalamualaikum anak-anak ayah.” Seraya mendengar ucapan salam ayah, si kembar berdua menjerit kegirangan, begitu juga si Fuad. Dia meloncat-loncat kegembiraan. Fuad terus menerkam kaki ayah dan menarik seluar ayah minta ayah mendukungnya. Mirsha dan Trisha mencium kedua belah pipi ayah. Julia sebagai anak dara sunti yang sedang meningkat remaja pula hanya menyalami tangan ayahnya. Kemesraan mereka anak beranak benar-benar terserlah.
“Hari ini Ju tolong ibu masak apa?” soal ayah Julia.
“Masak ikan kembung tauchu, sayur campur, sambal gesek dengan tempoyak dengan ulam salad.” Jawap Julia lengkap.
“Hm... sedap tu. Tunggu ayah mandi kejap ya.” Seraya ayah berkata begitu, pantas Mirsha dan Trisha membantu Julia dan ibu mereka menyiapkan meja makan. Fuad pula hanya duduk di lantai depan tv, dia tahu dia akan dimarahi kakak kembar jika dia mengganggu mereka menyiapkan meja. Matanya liar memandang gelagat kakaknya membantu ibu. Walaupun Mirsha dan Trisha masih kecil, mereka telah diasuh oleh ayah dan ibu untuk membantu membuat kerja-kerja rumah yang ringan. Lebih-lebih lagi ibu yang sentiasa duduk di rumah. Walaupun ibu duduk di rumah, ibu masih memerlukan bantuan anak-anaknya. Ibu mempunyai tugasan yang perlu disiapkan.
“Trisha, ambil sudu. 2.” Teriak Mirsha kepada Trisha.
“Sekejap la. Orang tengah ambil lauk ni.” Trisha membalas.
Itu memang ada mereka bekerja. Mulut mereka sentiasa riuh. Berteriak sana-sini, bertempik kuat hingga pecah gegendang telinga orang berada berhampiran. Kadang-kala mereka berdua bergaduh perkara yang remeh-temah. Seorang bersuara nyaring dan seorang bersuara lantang. Rumah memang boleh pecah bila mereka bersuara.
“Arhg..!!!” tiba-tiba Mirsha menjerit.
Ibu menjenguk di dapur dan melihat seekor katak sedang keluar dari bawah rak pinggan. Mirsha memang penggeli orangnya dia gelikan binatang berbadan sejuk dan berkulit menggerutu seperti katak dan cacing. Jadi tidak mustahil untuk dia menjerit pada waktu malam begini akibat terserempak dengan katak.
“OK, ayah dah ready nak makan bersama anak-anak ayah.” Mana anak jantan ayah, Fuad?” ayah sudah selesai membersihan diri dan bersolat. Dengan berpakaian T-shirt dan kain pelekat, menampakkan sedikit perut ayah yang sudah membuncit. Ayah cakap, perutnya buncit kerana hatinya senang. Fuad ayah ambil dan dia berdiri di atas kerusi sebelah ayah. ibu duduk bertentangan dengan ayah. manakala Julia, Mirsha dan Trisha duduk sebelah-menyebelah.
“Giliran siapa baca doa kali ni?” soal ayah.
“Trisha ayah.” Sampuk Mirsya.
“Apa pulak Trisha. Semalam Trisha dah baca. Hari ni Mirsha lah pulak.” Tingkah Mirsha membantah.
“Dah dah. Kita sedang mengadap rezeki ni. Jangan gaduh. Mirsha baca doa.” Arah ayah kepada Mirsya. Lalu dengan muka masam mencuka Mirsha pun membaca doa makan.
“Allahumabariklanafimarozaktanawakitanaazabannar. Amin.”
Selesai mengaminkan doa, mereka semua menjamu selera.
“Hm... sedap.” Kata ayah memuji.
“Sayur tu, Ju masak seorang seratus peratus. Ibu perhatikan je.” Jelas ibu.
“Bagus. Macam nilah anak dara ayah. Nanti dah kawen senang.” Sambung ayah memuji Julia.
“Ayah, bulan depan sekolah tadika kitaorang nak buat rombongan ke Petrosains. Boleh tak kami nak pergi?” tiba-tiba Trisha mencelah.
“Berapa yuran?” soal ayah.
“Tak ingatlah. Mirsha ingat tak?” Pinta Trisha.
“Kau ni apa lal. Tu pun tak ingat. Lima puluh ringgit sorang. Cikgu cakap sekali makan minum dan tiket masuk. Ayah, bolehla. Mirsha nak sangat tengok dinasour.” Mirsha menjawab dengan mulut penuh dengan makanan.
“Nanti ayah fikirkan dulu.” Pendek sahaja jawapan ayah.
Kemudian keadaan menjadi senyap kembali. Hanya kedengaran bunyi sudu berlaga dengan pinggan dan mangkuk lauk. Sesekali dengar suara salah seorang mereka meminta lauk yang jauh yang tidak dapat dicapai. Beberapa minit kemudian, semua sudah selesai menjamu selera. Sekarang giliran Mirsha membasuh pinggan mangkuk, manakala Trisha dan Julia mengemas kembali meja makan. Lebihan lauk yang tidak habis, disatuka dalam bekas bersih yang lain dan disimpan dengan baik dibawah tudung saji. Ayah dan ibu membawa Fuad ke depan tv menonton tv.
Selepas selesai tugasan masing-masing. Mirsha dan Trisha terus berlari ke depan tv. Mereka sudah siap mengerjakan kerja sekolah dan sudah siap megulangkaji petang tadi. Maka, malam ini mereka bebas membuat apa yang mereka suka. Namun tidak bagi Julia, dia perlu menyiapkan kerja-kerja rumah yang bertimbun, yang jika dikumpulkan akan menggunung seperti Gunung Tahan di Pahang. Julia masuk ke biliknya. Malam ini dia tidak menonton tv.
Manakala ibu dan ayah berbual-bual kosong bersama anak-anaknya. Seberapa ketika,Julia tidak lagi mendengar suara sama ada adik-adiknya ataupun ibu dan ayah. “Mereka dah masuk tidur kot.” Fikir Julia. Julia menjenguk ke ruang tamu. Julia lihat dua orang itu sudah lena diulit mimpi. Dua orang adik lelakinya tiada lagi di situ. Semestinya ayah dan ibu mendukung mereka masuk ke bilik. Bilik ibu dan ayah Julia bersebelahan. Ketika Julia berjalan ke dapur untk minum segelas air, tiba-tiba Julia terdengar suara ayah dan ibu berbincang. Bunyinya seperti serius. Julia lekas-lekas minum air dan kembali ke bilik. Julia tidak mahu mencuri dengar apa yang diperbincangkan oleh ayah dan ibu walaupun hatinya meronta-ronta ingin mencuri dengar.
Julia tidak mahu.
“Tidak baik kalau aku curi dengar. Lebih baik aku siapkan kerja rumah. Esok sudah mahu di hantar.” Tegas Julia kepada dirinya.
*
“Bangun sayang. Dah pagi ni. Bangun mandi siap-siap pergi sekolah. Nanti tertinggal bas pulak.” Suara ibu menerpa ke telingaku pada ja 530 pagi. Memang kelaziman ibu akan mengejutkan anak-anaknya yang bersekolah pagi untuk bersiap-siap. Kembar, Trisha dan Mirsha akan menumpang kenderaan jiran yang kebetulan mempunyai anak yang sama baya dengan mereka. Lagipun jiran hendak keluar kerja dan mereka menggunakan laluan yang sama. Setiap bulan ibu akan memberikan sedikit buah tangan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.
Hari ini Julia melihat kelibat ayahnya berpakaian biasa, bukan seperti hari-hari bekerja biasa, ayahnya biasa memakai pakaian kemas berkemeja dan tali leher. Pagi ini ayah hanya memakai T-shirt dan seluar panjang khaki. Bersiap-siap menghantar anak-anaknya ke sekolah, termasuk Julia. Akan tetapi Julia hanya turun di stesen bas sahaja, hanya Mirsha dan Trisha sahaja ayah akan hantar terus ke Tabika.
“Ayah, ayah tak pergi kerja ke?” soal Julia ketika di dalam kereta. Ayah hanya tersenyum dan matanya fokus ke jalan raya yang mulai sesak. Julia segan untuk bertanya lebih. Lagipun dua orang adik kembar yang duduk tempat duduk belakang bising.
“Hoi, kau ambik pensil aku.” Tuduh Mirsha.
“Mana ada. Pandai-pandai je tuduh orang.” Trisha cuba mempertahankan diri sambil mnecebik.
“Kau buat kerja sama dengan aku semalam. Selepas kau kata nak pinjam sekejap. Kau tidak pulang pun pada aku.” Mirsha bersuara lagi.
“Eeee... kedekut taik idung masin!” Trisha pula meningkah.
“Hahaha... ayah, Trisha pernah makan taik idung. Kah! Kah! Kah!” ketawa Mirsha.
“Teruklah kau ni Mirsh! Ayah! Tengoklah dia ni!” kali ini Trisha betul-betul terkene penangan Mirsha. Trisha yang malu mencubit kakaknya. Kemudian mereka saling balas-membalas.
“Mirsha! Trisha! Diam!” tiba-tiba ayah bersuara tegas. Lantas mereka berdua terdiam. Jarang sekali ayah menengking mereka begitu. Malah Julia juga. Julia dan adik-adiknya amat sukar mendengar ayahnya meninggikan suara. Ayah pelembut orangnya akan tetapi apabila sekali dia naik angin, ribut taufanlah seluruh alam.
Julia sudah nampak kelibat bas Pak Kareem sebaik sahaja membuka pintu kereta. Selepas bersalaman dengan ayah, Julia terus berlari-lari anak menuju ke arah bas.
“Selamat pagi Pak Kareem. Seraya Julia memberikan ucapan selamat kepada Pak Kareem, pintu bas pun tertutup. Bermakna Julia adalah yang terakhir. Julia tahu, hari ini dia agak lewat sedikit kerana kesesakan lalulintas sebentar akibat daripada kemalangan kecil di laluan kereta. Julia akui.
Julia terus duduk di sebuah kerusi yang sememangnya kosong. Minda Julia terus melayang. Memikirkan kenapa wajah ayahnya hari ini muram walaupun dia cuba melontarkan senyuman. Dan paling ketara kenapa ayahnya hanya berpakaian santai?
“Kenapa ayah lain macam hari ni? Ayah aku tidak sihat kah? Ish, kalau dia tidak sihat, mesti dia tidak bangun. Mesti ibu yang menghantar aku ke stesen bas. Tapi... kenapa dengan ayah?” Julia bermonolog sendiri.
Bas sekolah sudah berhenti, Julia beratur bersama yang lain menunggu giliran untuk turun keluar dari perut bas. Hari ini hari Selasa, hari kedua bersekolah. Julia akan menghadapi satu ujian kesil untuk matapelajaran Matematik. Dia harus menghafal sifir dalam Bahasa Inggeris di hadapan kelas. Salah satu ujian untuk menguji kecekapan pelajarnya menguasai Matematik dan Bahasa Inggeris secara serentak. Budaya ini telah bermula sejak lama dulu sebelum Julia menjejakkan kaki di sekolah ini lagi. Oleh sebab itulah sekolah Julia mempunyai graf prestasi yang sentiasa cemerlang.
Apabila Julia tiba di kelas, dia terus duduk termenung di mejanya tanpa mempedulikan orang lain. Ain, ketua Ajk Kebersihan datang menegur, “Ju, kau sudah sarapan?”
“Sudah, aku makan di rumah tadi? Kenapa? Kau nak ajak aku makan lagi sekali ke?” jawap Julia. Sengaja dia menyelitkan unsur ceria dalam jawapannya, walaupun hatinya gundah gelana keranan memikirkan keadaan ayahnya yang berubah tiba-tiba.
“Ahah, kalau kau mahu la. Apa-apa pun, kau boleh temankan aku makan tak. Tak kisahlah kau mahu makan lagi ke kau mahu tengok aku makan saja. Jom la... aku lapar ni. Mak aku tidak sempat masak sarapan pagi tadi. Dia terlewat bangun.” Desak Ain.
“Ok ok ok, aku teman. Jom.” Lalu mereka berdua bergerak ke kantin sekolah.
“Ju, kenapa kau kurang ceria hari ni? Kau ada masalah?” soal Ain tiba-tiba. Julia terkejut. Dia sama sekali tidak menyangka yang sahabatnya itu akan perasan perasaan sebenar. Dia tidak mahu memberitahu. “Tak ada apalah. Malam tadi tidur lewat .” Julia mengelak.
Julia merasakan hari ini jarum jam berjalan amat perlahan. Dia tidak sabar untuk pulang ke rumah. dia ingin bersama ayahnya dan ingin tahu kenapa ayahnya tidak pergi kerja.
· Di rumah.
“Ayah, jangan risau. Kita kan boleh berniaga pasar malam. jangan risau sangat tentang tu.” Suara ibu memecah kesunyian dan kebuntuan ayah.
“Ayah buntu mana kita hendak cari duit untuk bayar pinjaman rumah ni. Makan minum kit anak beranak. Mirsha dan Trisha hendak pergi rombongan lagi. Mana saya hendak cari duit?”ayah pula bersuara.
“Syarikat itu sudah bankrap... ayah sudah lama kerja di situ. Ayah tidak sangka syarikat itu boleh bankrap.” Ayah dan ibu Julia berbincang tentang masalah yang baru dihadapi mereka. Kini kedua orang ibu dan bapa kepada lima orang anak itu terpaksa membanting tulang bekerja lebih masa untuk menana pendapatan berbanding sebelumnya. Sebelum ini ayah dan ibu Julia hanya berniaga di pasar malam hanya untuk hobi dan menambah sedikit pendapatan, tapi kini mereka terpak menjadikan berniaga pasar malam sebagai pendapatan utama.
Kedua orang tua Julia akhirnya termenung sendiri tanpa kata putus.
***
Bab 6 : Ayah Julia Berniaga
Julia bergegas keluar kela apabila loceng tamat waktu persekolahan dibunyikan. Hatinya melonjak-lonjak hendak pulang ke rumah. Baginya amatlah penting untuk dia mengetahui masalah ayahnya.
“Ju! Julia! Kau hendak ke mana tu? Tunggu...” Julia tiba-tiba menangkap suara seseorang memanggil namanya. Julia menoleh ke belakang. “Ah, Amy rupanya.” Hatinya memberitahu. Lalu langkah kakinya yang sebelum ini laju, terhenti seketika.
“Ada apa Amy?” tanya Julia.
“Kau aku tengok laju je. Sepatutnya aku yang bertanya kau hendak ke mana. Kau macam kejar sesuatu. Apa yang kau kejarkan?” panjang lebar pertanyaan Amy. Julia masih mendiamkan diri.
“Kau sudah lupa? Petang ini kita ada perjumpaan Persatuan Bahasa Melayu? Kau kan AJK persatuan. Kau wajib hadir. Kita kan akan menganjurkan pertandingan balas pantun. Minggu lepas kita semua sudah bersetuju untuk menganjurkan pertandingan ini untuk minggu bahasa tahun ini. kau sudah lupa?” jelas Amy lagi.
“Ya Allah, yalah. Macam mana aku boleh lupa pula. Minggu lepas aku sudah salin semua agenda.” Julia memejamkan matanya sambil mengingati semua yang telah berlaku pada pertemuan minggu lepas bersama Guru Penaung, Cikgu Saupi.
Mereka berdua terus berjalan ke bilik gerakan Persatuan Bahasa Melayu. Sebelum itu berteima kasih kepada Amy kerana mengingatkannya. Jika tidak kerana Amy mengingat, sudah tentu dia pulang terus ke rumah. sebaik sahaja mereka sampai di bilik gerakan, Julia mendapati pengerusi persatuan berserta timbalan sudah pun bersedia dengan kerja agenda mesyuarat untuk kali ini. Malah, mata Julia juga menangkap kelibat guru penaung persatuan, Cikgu Saupi. Julia dan Amy mengambil tempat duduk yang agak terkebelakang. Bilik gerakan ini menjadi seperti mengecil umpama tin sardin apabila dipenuhi dengan AJK-AJK persatuan. Ini adalah penganjuran pertandingan yang telah mencecah angka 12 kali. Pertandingan Pantun adalah salah satu wadah untuk murid yang belajar di sekolah ini untuk mempertajamkan kemahiran berbahasa Melayu, bahasa rasmi negara. Tambahan pula kebanyakan murid di sini terdiri daripada pelbagai peringkat bangsa. Malah ada di kalangan mereka yang tidak menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda di rumah. menjadi tanggungjawab guru di sini untuk memperbetulkan keadaan itu.
Setiap kali penganjuran, sambutan yang diterima adalah luar biasa. Semua kelas menghantar wakil. Pantun-pantun yang dicipta juga hebat-hebat belaka. Malah ini memberikan idea kepada Cikgu Saupi mengumpulkan semua pantun sama ada yang dijual atau dibeli di dalam satu manuskrip. Katanya dia hendak bukukan dan menerbitkannya di pasaran.
Mesyuarat persatuan berlangsung selama dua jam. Semua cadangan penganjuran sudah dipersetujui. Mengenai penganjuran pula cikgu Saupi sudah bersetuju dengan tarikh pada awal bulan hadapan. Apa yang penting dan menarik kali ini adalah mengenai konsep baru yang diperkenalkan.
Sesudah tamat mesyuarat persatuan, Julia berjalan beriringan dengan Amy sambil berbual-bual kosong. Dia sudah kepenatan. Dia ingin mencari sedikit ruang untuk berehat. Begitu juga dengan Amy. Mesyuarat tadi membuatkan mereka kepenatan. Mereka bukan sahaj sekadar bermesyuarat, malah sudah mula bekerja membuat persiapan kertas kerja. Mereka bersetuju untuk sama-sama pergi ke suaru untuk bersolat dan berehat seketika.
“Amy, aku hendak buat kerja rumah. Kau hendak tidur, tidurlah. Nanti aku kejutkan kau.” Kata Julia kepada Amy selepas mereka mengerjakan kewajiban kepadaTuhan. Julia tidak mahu membuang masa dengan tidur. Dia masih ingat lagi kata-kata Ustaz Murad tempoh hari semasa kelas Pendidikan Islam. “Manusia yang rugi adalah manusia yang suka mensia-siakan waktu.” Malah juga beringat bahawa nanti apabila pulang ke rumah, belum tentu dia dapat menyiapkan semua kerjarumah dengan baik. Dia terpaksa berhadapan dengan adik-adiknya yang nakal. Dia perlu mengasuh adik-adik lelaki yang masih bayi. Di usia semuda Julia, dia sudah matang dan mahir dalam hal-hal pengurusan rumah membantu meringankan beban kedua orang tuanya.
Julia melajukan jari-jemarinya yang halus menyiapkan latihan mendarab dan penyelesaian masalah Matematik. Otaknya ligat memikirkan permainan nombor itu. Matematik adalah kunci emas untuk berjaya. Itu kata semangat yang ibunya ajukan kepada Julia ketika dia hampir berputus asa apabila dia gagal dalam peperiksaan tahun lalu.
Sementara itu, Amy atau Aminah sudah jauh dibawa belayar. Tiba-tiba sahaja dia teringat kepada pantun yang dibaca dalam buku di perpustakaan tempoh hari.
Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji diatas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
Julia tahu, Amy sudah pasti sudah belayar jauh meninggalkannya ketika ini. Julia hanya tertarik dengan prasa ‘dibawa belayar’, ini kerana bagi Julia, sahabatnya itu sudah jauh dibawa belayar di lautan. Julia lihat mata Amy yang cantik tertutup rapat. Wajahnya menunjukkan bahawa langsung tiada kerisauan akibat belum menyiapkan lalgi kerja rumah. Julia melihat jam dinding di surau. Sudah menunjukkan jam 4 petang. Bermakna waktu kegiatan kokurikulum akan berakhir sebentar nanti. Jam 5 pula dia perlu menukar pakaian pendidikan jasmani untuk latihan bola jaring. Esok pula dia perlu memakai pakaian berunifom, pakaian kadet polis.
“Huh..! Padat sungguh jadual aku. Malam pula kene bantu ibu. Hujung minggu bantu ibu dan ayah berniaga.” Julia mengeluh kecil. Kadang-kala sebagai seorang kanak-kanak, dia masih lagi memerlukan ruang untuk bermain dan bersukaria bersama rakan sebaya yang lain.
Hari ini berlalu seperti biasa. Kesibukan Julia dengan jadual persekolahan yang padat. Sekarang tiba masa untuk dia berkhidmat untuk keluarga. Ketika di dalam bas, Julia terlelap sekejap. Apabila dia sedar, bas sudah berada dihadapan simpang taman perumahan Julia. Julia turun dari bas dengan keadaan lemah. Dia benar-benar keletihan hari ini. sepanjang masanya di sekolah dipenuhi.
Julia melihat ayahnya begitu sibuk menyiapkan segala kelengkapan perniagaan. Suasana seperti ini Julia hanya biasa lihat pada malam minggu. Tidak pada malam hari-hari biasa.
“Ayah hendak berniagakah malam ini?” tanya Julia kepada ayahnya.
“Iya Ju. ,bermula dari malam ini ayah akan berniaga di pasar malam setiap malam. Tidak lagi seperti dahulu hanya dihujung minggu.” Jelas ayah kepada Julia.
Julia bingung. Kenapa ayahnya perlu berniaga setiap malam di tapak pasar malam setiap malam pula? Julia mendapatkan ibu.
“Ibu, kenapa ayah berniaga malam ini? Ayah tidak bekerja di pejabat lagi ke?” Julia bertanya kepada ibu. Dia tidak berani hendak bertanya banyak-banyak dengan ayah, ditakuti nanti konsentrasi ayah terganggu dan ayah akan bermasam muka dengannya.
“Ju, mulai malam ini Ju kene bantu ibu dan ayah. Ju jaga adik-adik Ju sehingga kami balik. Ayah Ju tidak lagi kerja di pejabat. Syarikat tempat ayah Ju kerja ada masalah. Jadi Ju kene jadi kaki dan tangan tambahan untuk ibu dan ayah. boleh ya sayang?” lembut tutur kata ibu Ju. Barulah Ju mengerti terhadap semua persoalan yang bermain dimindanya sepanjang hari. Ju terpaksa menerima. Walaupun semasa di dalam bas tadi Ju berangan ingin berehat awal kerana penat. Nampaknya Ju terpaksa berjaga sehingga ibu dan ayah pulang.
“Malam ini, ibu dan ayah berniaga di mana?” sambung Julia.
“Kami akan ke Taman Permata. Kami mungkin balik lambat. Ju berikan adik-adik makan ye. Ibu sudah sediakan makanan di atas dapur. Nanti Ju panaskan dulu. Susu Fizzie Ju buat seperti biasa. Jangan terlalu panas, jangan terlalu sejuk.” Ibu memberikan jawapan dengan panjang lebar. Julia sekadar mampu mengangguk kepala. Sama ada dia bersetuju atau tidak, dia perlu juga untuk menganggukkan kepalanya. Dia terpaksa. Dalam terpaksa dia reda.
Selepas mendengar kata-kata ibu, Julia pun masuk ke bilik untuk menyegarkan diri dan sedikit berehat sebelum ibu dan ayah keluar berniaga. Keadaan dalam bilik agak kemas berbanding semalam. “Mungkin pasangan kembar tidak terlalu nakal hari ini.” Fikir Julia. Dia memulakan mandi dengan membasahi kepalanya dan membiarkan air mengalir ke seluruh tubuhnya. Julia mencuci badan sebersih-bersihnya. Kemudian Julia mengambil air sembahayang untuk megerjakan solat maghrib yang waktunya akan masuk sebentar sahaja lagi. Julia keluar dari bilik air dengan keadaan badan yang segar. Julia mencapai kain telekung dan disarungkan menutupi seluruh badan. Kemudian, Julia duduk bersila di atas sejadah menunggu waktu yang hanya beberapa minit sahaja lagi.
Selepas itu, Julia pun terdengar suara muazzin melaungkan azan dari suaru taman perumahan yang berdekatan. Selajur itu Julia pun mengerjakan solat maghrib. Selesai sahaja mengerjakan kewajiban, Julia menanggalkan kain telekung dan meletakkannya diatas sidaian. Lalu Julia membaringkan dirinya yang lesu diatas katil. Dia terlelap.
“Ju. Julia. Julia, bangun nak. Ibu dan ayah sudah mahu keluar ni.” Laung ibu Julia. Julia bingkas bangun dan keluar dari bilik. Julia lihat Mirsha dan Trisha sibuk mengunyah keropok ikan segera. Begiru juga Fuad. Fizzie, ibu sedang mengendongnya. Julia pergi mendapatkan Fizzie dari kendongan ibu. Kemudian ibu pergi keluar rumah mendapatkan ayah yang sudah bersedia di pintu van. Julia mendapatkan tangan ibu dan bersalam, Julia lakukan begitu juga dengan ayahnya. Malam ini adalah jadual baru peraturan hidup Julia.
Julia melihat kelibat van yang dinaiki ayah dan ibu berlalu meninggalkan Julia jauh. Van putih susu itu sudah lama ayah dan ibu miliki. Sedari Julia belum lahir lagi ke dunia. Kakta ayah, ayah beli van itu dengan gaji yang dikumpul sejak tahun pertama ayah bekerja. Bagi ayah, van itu ada banyak nilai sentimental dalam dirinya. Banyak kenangan pahit dan manis pengalaman ayah dan ibu dengan van tersebut. Oleh sebab itu , seboleh-bolehny ayah tidak akan menjual van itu walaupun sudah baanyak kali van itu meragam. Pernah rosak di tepi jalan, pernah dilanggar orang dan berbagai lagi perkara yang boleh menyusahkan ayah. namun ayah tetap membaikinya dengan sabar dan terus menggunakannya.
Mereka keluar mencari rezeki untuk hari esok. Mirsha dan Trisha asyik bermain di ruang tamu bersama Fuad. Julia meletakkan Fizzie di atas katil bayi. Kemudian Fizzie asyik bermain mainan yang disediakan khas untuknya. Julia terus sahaja ke dapur untuk melihat apakah makanan yang disediakan oleh ibu. Julia membuka tudung periuk, ada sardin masak lemak bersama kentang. Satu periuk lagi, sup sayur. Cukup untuk mereka adik-beradik.
“Kak Ju, laparlah. Nak makan, boleh?” Trisha memecah sunyi bertanya makanan.
“OK, kita boleh makan. Jom. Panggil Mirsha tolong Kak Ju.” Julia mengarahkan adik kembarnya. Mereka bersama-sama menyediakan juadah makan malam. malam ini mereka menjamu selera tanpa aya dan ibu. Julia mula terasa tertekan apabila Fizzie yang berada di dalam katil bayi menangis. Mujurlah dia sudah hampir selesai makan. Julia cepat-cepat mendapatkan adik bongsunya. Rupa-rupanya bayi kecil itu mahukan susu. Lalu Julia membancuh susu dalam botol susu untuk disuakan. Kemudian apabila habis sebotol, mata bayi itu mulai layu dan terus lena. Kini,giliran Julia untuk mengawasi tiga lagi adiknya yang sedang makan. Didapati Trisha sudah menyelesaikan basuhan pinggan, Mirsha sedang menunggu mengambil giliran membansuh. Manakala Fuad hanya membasuh tangan dan mulut. Julia memimpin tangan Fuad ke ruang tamu. Fuad didudukkan dan seraya itu Julia menekan suiz tv. Begitu juga adik-adik kembar. Mereka menyambung semula tonton mereka. Mereka semua akhirnya terlelap sendiri.
Julia sudah beberapa menguap. Matanya sudah memerah. Dia tidak boleh tidur selagi ayah dan ibu tidak pulang ke rumah. malam ini, Julia tidak menyentuh langsung beg sekolah. Dia tidak membuat satu pun latihan yang diberikan gurunya siang tadi. Julia berkata sendirian, “Ibu, ayah cepatlah balik. Ju sduah penat sangat ni.” Namun, Julia tewas juga akhirnya. Julia terlena di kerusi sofa ruang tamu.
“Assalamualaikum. Ju, ayah dan ibu sudah balik. Buka pintu Ju.” Tiba-tiba Julia terdengar suara ayah diluar. Julia bingkas bangun dan membuka pintu. Julia lihat ibu dan ayah dalam keletihan tersenyum melihat wajah Julia yangg terpisat-pisat. Julia membiarkan orang tuanya masuk dan Julia terus sahaja masuk ke bilik setelah meminta kebenaran daripada mereka untuk masuk tidur.
Sebaik sahaja kepala Julia mencecah bantal, matanya terus sahaja lena dibuai mimpi. Julia nyenyak sepanjang malam. Esok pagi, Julia akan berhadapan lagi dengan aturan yang lebih kurang sama. Cuma berbeza aktiviti kokurikulumnya sahaja. Julia tidak seperti sahabat-sahabatnya yang lain.
***
Bab 7: Julia Dimalukan
Sudah hampir tiga bulan ayah menjadi peniaga pasar malam dibantu oleh ibu. Maka, hampir tiga bulan jugalah Julia menjadi penjaga dan pengasuh kepada adik-adiknya. Semua urusan berkenaan adik-adiknya semua diuruskan oleh Julia seorang diri pada masa ketiadaan orang tuanya. Dalam perkiraan itu jugalah Julia merasakan dirinya sudah semakin tertekan dengan aturan harian barunya. Prestasi Julia ketika di sekolah mulai merosot. Dia semakin pasif. Dia semakin murung.
“Julia, tolong beri perhatian!” kasar suara guru bahasa Inggeris mengeru Julia yang tertidur dalam kelass ketiak pengajarannya. Julia sejak kebelakangan ini kerap tertidu di dalam kelas, walaupun sudah beberapa dikejutkan oleh rakan sebelahnya.
Fir yang sedang memadam papan putih memerhati tajam ke arah Julia yang sedang lena tidur. Dia sedang memikirkan sesuatu. Tidak semena-mena Fir berjalan perlahan-lahan ke arah Julia, di tangannya sedang memegang whiteboard marker pen. Kemudian dia menconteng muka Julia dengan pen tersebut. Julia terkejut lalu bangun. Matanya membulat melihat kelibat Fir tercegat di depannya sambil tersengih macam kerang busuk. Julia tidak menyedari apa yang telah dilakukan oleh Fir terhadap dirinya.
Tiba-tiba Julia terdengar semua rakan sekelas ketawa. Ada yang ketawa terbahak-bahak hingga berguling-guling di lantai. Ada pula yang ketawa sambil keluar air mata. Kawan baiknya Amy pun Julia lihat tersenyum lebar menahan ketawa. Tapi disembunyikan.
“Amy, apa ini? Amy, beritahu aku!” desak Julia. Hendak atau tidak Amy perlu beritahu juga kepadanya walaupun Fir menegah.
“Muka kau kene conteng. Fir yang buat.” Bisik Amy di telinga Julia. Julia terkejut badak. Dia terus berlari ke tandas sambil menutup muka. Dia malu. Tiba di tandas, dia lihat mukanya di cermin.
“Aaarrghh!!!! Tidak!!!” jerit Julia. Tidak Julia sangka mukanya dipenuhi dakwat hitam dan merah. Julia membasuh dengan air. Julia menggosok muka dengan tangan. Tidak berhasil. Dia ambil pula tisu. Julia menggosok menanggalkan dakwat. Hari ini Julia dimalukan dengan teruk sekali. Julia malu. Julia memadamkan semua dakwat dari kulit muka.
Julia malu untuk masuk ke kelas semula. “Ju, are you ok?” tiba-tiba Julia menangkap suara Amy. Julia tidak mahu menoleh ke arah Amy. Dia begitu marah, sanggup Amy yang dia anggap sebagai kawan baik sanggup membiarkan Fir menconteng wajahya.
“Kawan apa kau ni?!” tengking Julia.
“Kenapa dengan kau ni?” Amy cuba mengelak.
“Kau tahu kan Fir conteng muka aku. Kenapa tidak kejutkan aku? Kenapa kau tidak halang Fir?” Julia cuba mendapatkan penjelasan daripada Amy.
“Maafkan aku Ju, aku tidak tahu pun yang Fir buat macam itu kat kau. Aku tiada di tempat duduk aku masa itu. Aku pergi jumpa Fidah di belakang. Apabila aku duduk semula di tempat aku,akuu tengok muka kau sudah jadi macam itu. Aku minta maaf.” Amy mempertahankan diri. Julia menangis. Dia amat malu. Tidak pernah dia dimalukan di hadapan kelas sebegitu rupa. Dia benci untuk masuk ke kelas semula. Dia nekad tidak mahu masuk ke kelas selepas ini. dia mahu duduk diam di dalam tandas.
“Ju, jom masuk kelas. Cikgu Sanusi sudah masuk kelas. Dia minta aku panggil kau. Jomlah.” Ajak Amy.
“Aku tidak mahu!” jawapan tegas Julia. Puas Amy memujuk. Julia tetap dengan pendiriannya tidak mahu mask ke kelas. Dia hanya akan masuk kelas apabila semua rakan sekelas keluar. Dia hanya mahu mengambil beg sekolah.
Apabila Amy melngkah keluar dari tandas, Julia menangis semahu hatinya. Dia terlalu maluhendak berdepan dengan rakan sekelas. Dia sakit hati diperlakukan sebegitu rupa oleh Fir. Perasaan malu dan benci bercampur baur dalam diri Julia. Dia tidak tahu bagaimana untuk meluahkanya. Julia menangis hingga tersedu-sedan. Matanya merah dan bengkak. Dia kelihatan seperti makhluk asing.
Jika Julia keluar, nescaya rakan-rakan sekelas yang lain akan memandang semacam. Lebih-lebih lagi Fir. Dia akan mengejek Julia tidak henti-henti. Tidak cukup Julia dimalukan dalam kelas, Fir akan memalukan Julia sehingga Julia menaiki bas. Hari esok masih menjadi agenda Fir untuk mengejeknya.
“Bagaimana aku hendak keluar? Esok macam mana aku hendak pergi sekolah? Aku malu...” Julia berteka-teki membuat ramalan.
Kring kring kringggg!!! Khayalan Julia terhenti tatkala dia mendengar bunyi loceng. Sepanjang Julia berada di dalam tandas, Julia tidak mempedulika sesiapa pun yang masuk ke tandas. Dia tidak menegur mahupun menoleh. Julia seperti patung. Kini dia takut-takut hendak keluar. Julia tidak tahu apa yang berlaku di dalam kelas. Bagaimana guru yang masuk mengajar bertanyakan dirinya. Bagaimana pula rakan sekelasnya yang lain terpaksa menjawap. Lebih-lebih lagi Amy yang lebih rapat dengan dirinya. Julia mengintai di luar. Kelihatan beberapa orang rakan sekelas yang baru keluar dar kelas berjalan berdua.
Julia memberanikan diri keluar dari tandas dan berjalan terus ke kelas. Alangkah terkejutnya Julia apabilamendapati guru kelasnya ada di dalam bersama Amy dan Fir. Dia sangka kelas sudah kosong. Mahu atau tidak Julia terpaksa masuk berjalan dalam kelas kerana guru kelas memanggilnya. Rancangannya untuk berpatah balik tidak menjadi.
“Ju,kenapa dengan awak? Kenapa tidak mahu masuk ke kelas? Apa yang terjadi pada awak?” soalan demi soalan guru kelas Julia menyoal siasat. Julia mendiamkan diri. Matanya tajam menjeling ke arah Fir. Perasaan marah meluap-luap. Umpama Gunung Berapi Krakatau hendak meletup.
“Ju, pandang saya.” Pinta cikgu Mazlan.
“Saya hendak cuba selesaikan masalah ini. Bukan hendak menyalahkan sesiapa. Saya hendak Julia ceritakan kepada saya dahulu apa yang telah Fir lakukan pada diri awak. Saya sudah dari dengar Amy dan Fir. Sekarang saya mahu dengar dari mulut awak sendiri.” Pinta cikgu Mazlan.
“Saya tidak buat apa-apa. Fir conteng muka saya cikgu.” Jelas Julia. Cikgu Mazlan menganggukkan kepala. Dia mengalih pandangan ke arah Fir pula. Kemudian dia bertanya, “Kenapa awak buat begitu Fir?”
Dengan muka selamba Fir menjawab, “Dia tidur dalam kelas cikgu.”
Semakin tajam jelingan Julia kepada Fir. Fir memandang dengan sinis. Julia marah sangat. Baginya apalah sangat jika dia berehat sekejap. Malam tadi adik kecilnya meragam. Menangis sahaja. Ibu dan ayah pula balik lambat kerana lokasi pasar malam tempat mereka berniaga jauh. Kenapa perlu Fir menghukumnya.
“Ok, Fir, Julia, Amy. Kamu semua boleh balik. Nanti kamu tertinggal bas pula. Saya akan berjumpa kalian pada hari esok.” Cikgu Mazlan menyuraikan kami semua. Semasa berjalan ke pintu pagar, Fir sekali lagi menyakitkan hati Julia. Dia mencebik mengejek. Julia diam namun jelingan tajam tanda marah masih membara.
“Fir, kau tidak ada kerja lain ke? Kau ini ornag gile ke?!” Amy membentak.
“Aku bukan kacau kau. Itu, orang suka tidur dalam kelas. Hey, kalau hendak tidur balik rumahlah!!!” jawap Fir. Julia melajukan kakinya berjalan mencari bas. Kalau ikutkan hatinya yang panas, ingin sahaja dia menolak Fir jatuh atas jalan dan membiarkan tubuh badan Fir dilenyek lori.
Sepanjang dalam bas, Julia tidak habis-habis menyumpah Mohd Firdaus Mcleod. Anak separuh orang putih separuh melayu itu kini menjadi musuh utamanya. Apabila tiba dirumah, Julia terus sahaja memerap di dalam bilik. Dia tidak mahu bermain bersama adik-adik seperti biasa. Dia benar-benar tertekan. Dia akan keluar apabila ibu dan ayah hendak keluar berniaga. Ketika itu tentu adik-adiknya tidak terlalu nakal kerana mereka sudah kepenatan dan sudah mahu tidur.
Sepanjang malam, Julia tidak dapat tidur. Dia asyik memikirkan kejadian siang tadi. Dia merangka berbagai jalan untuk membalas dendam kepad Fir. Dia mahukan Fir juga merasai perasaan malu sepertimana yang Julia. Akhirnya Julia terlelap.
Pagi datang lagi seperti biasa. Julia pergi ke sekolah seperti biasa juga. Cuma azam Julia berubah. Azamnya hari ini dia hendak membalas dendam kepada Fir. Akan tetapi apabila Julia lalu di hadapan bilik guru, Julia disapa oleh Cikgu Mazlan.
“Julia, saya hendak kamu berjumpa saya selepas kamu meletak beg dalam kelas.” Arah cikgu Mazlan. “Kenapa pula aku dipanggil?” minda Julia mula bermain-main dengan soalan. “Mungkin mengenai kes semalam.” Ramal Julia pula.
Julia meletakkan begnya di atas kerusi dan duduk sebentar untuk melihat-lihat peralatan tulisnya sama ada berada dalam keadaan baik atau tidak. Semalam dia tidak membawa semua peralatan tulis. Setelah itu, Julia terus bergerak meninggalkan bilik kelas sambil meninggalkan nota di atas meja Amy. Nota catatan itu berbunyi;
Amy, aku jumpa cikgu Mazlan. Mungkin aku masuk kelas lewat. Tolong salin nota untuk aku.
Ju,
Julia pergi menemui cikgu Mazlan di bilik guru seperti mana yang diminta cikgu Mazlan. Cikgu Mazlan menunggu bersama seorang lagi guru. Julia kenal guru itu. Cikgu Salme, guru kaunseling tetap sekolah. Melihat sahaja kelibat cikgu Salme, Julia sudah dapat meneka bahawa dia perlu berhadapan sesi kaunseling.
Kemudian mereka bertiga jalan beriringan ke bilik kaunseling. Di bilik itu, Julia duduk seorang diri bertentangan dengan cikgu Salme. Cikgu Mazlan sudah beredar. Rupa-rupanya guru-guru dan rakan-rakan di sekolah sudah mulai perasan perubahan dalam diri Julia. Sehinggakan Julia dipanggil masuk ke bilik kaunseling. Julia diberikan perhatian serius memandangkan ujian bulanan Julia semakin merundum. Ayah Julia pun sudah dipanggil berjumpa guru kaunseling. Masalah Julia dan keluarga sudah pun diceritakan sepenuhnya kepada guru kaunseling sekolah. Guru kaunseling juga merangka penyelesaian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Julia. Dan cadangan itu dipersetujui oleh Julia dan ayah Julia.
Namun, semua itu tidak berakhir lagi. Julia terpaksa menghadiri sesi kaunseling yang dijadualkan setiap petang Khamis di bilik kaunseling. Aktiviti kokurikulum Julia terpaksa dikurangkan sedikit berbanding sebelumnya. Ini kerana kata guru kaunselingnya, Julia terlalu tamak mengikuti banyak aktiviti kokurikulum.
“Julia tidak setuju. Mana boleh Ju tarik diri dalam banyak persatuan yang sudah Ju masuk. Ju jadi AJK dalam semua persatuan itu.” Bantah Julia. Dia membantah keputusan yang dibuat ke atasnya. Dia lebih suka bersama kawan-kawannya semasa di sekolah. Dia seronok mengikuti semua aktiviti bersama-sama mereka. Ini kerana hanya di ketika itulah sahaja masanya untuk Julia bersama rakan-rakan. Apabila sudah tiba di rumah, dunianya hanya di dalam rumah.
Namun, akhirnya Julia terpaksa menerima. Ini untuk kebaikan dirinya juga. Dia tidak mahu gagal dan akhirnya menghampakan harapan orang tua. Dia mesti berjaya di kemudian hari.
Bermula dari saat itu, Julia menanam azam baru dalam dirinya. Matlamatnya kini berjaya sekarang dan berjaya hari esok. Untuk berjaya hari ini, Julia merangka jadual aturan perjalanannya sendiri. Setiap saat dan waktu adalah emas baginya. Dia tidak mahu ketinggalan deripada raka-rakan yang lain.
***
Bab 8 : Julia Kini
Amy yang sedang membaca buku novel bahasa Inggeris berhenti menyapa Julia, “Jauh kau menung Julia. Kau fikir apa? Boleh aku bantu?”
Julia memblas dengan tersenyum tipis sekadar penyedap diri empunya menerima. “Tiada apa-apa Amy. Cuma aku rasa amat bertuah jika aku menjadi diri kau.”
“Hey, jangan macam itu. Kau tidak boleh putus asa. Kau orang kuat. Semua orang kau orang hebat.”kata Amy.
“Ntahlah Amy. Aku ada ramai adik. Ibu dan ayah pula kerja seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kadang-kadang aku tidak mampu menanggung semuanya. Aku umpama ibu kepada adik-adikku ketika ketiadaan mereka keluar mencari rezeki. Kau dan kawan-kawan lain seronok bermain bersama-sama. Tapi aku... aku teringin juga hendak bermain sama-sama kamu.” Jelas Julia dengan panjang lebar.
“Kau orang yang bertuah sebenarnya.” Pendek sahaja jawapan Amy.
Kini, mereka berdua bukan lagi kanak-kanak. Mereka bukan lagi berpakaian uniform putih dan berkain biru. Mereka kini adalah siswi di sebuah universiti terkemuka negara. Mereka sama-sama telah berjaya.
Julia tidak lagi perlu berjaga malam untuk memerhatikan adik-adiknya setiap masa. Adik-adiknya telah dewasa dan boleh menjaga diri sendiri. Malah mereka kini menjadi kakitangan ayah dan ibu yang tetap. Mereka membantu ibu dan ayah berniaga. Julia juga menyumbang tenaga jika pulang bercuti.
Julia kini tidak tinggal bersama orang tuanya, dia tinggal menyewa bersama Amy. Mereka sengaja mengambil keputusan tidak tinggal dalam kampus untuk menjimatkan wang biasiswa yang mereka terima. Harga sewa penginapan di dalam kampus lebih tinggi berbanding tinggal menyewa. Julia hanya perlu menamatkan pengajiannya tidak lama lagi. Julia muncul sebagai siswi yang paling menyerlah di dalam fakulti. Dia menjadi harapan keluarga dan harapan kepada pensyarahnya. Kini dia sudah pandai membahagikan masa untuk semua aktiviti harian. Julia tidak lagi berasa tertekan.
Impian Julia untuk memiliki sepasang kasut tumit tinggi berkilat kini semakin hampir.
No comments:
Post a Comment