Monday, July 21, 2014

Bakawali oh bakawali.

Assalamualaikum semua.

Orang Jerman cakap, "Guten Morgen."

Dah lama rehat kan. Maaflah. Sebab sibuk sikit. Almaklumlah dah nak raya ni. Macam-macam perlu di'settel'kan.

Kerja-kerja penulisan pun belum 'settle' lagi. Manuskrip 'Sweet Madrasati sedang menunggu komen dari Puan Editor. Ada projek sayembara cerpen pula. Pertandingan. Sekarang tengah kumpul cerpen lah.

Baik. Saya nak cerita tentang bunga bakawali yang berbunga sekuntum sahaja. Aku 'excited' sangat nak tengok ia kembang. Tahun lepas sedar-sedar sahaja dah kuncup. Tapi aku yakin dan pasti kelopaknya berwarna merah jambu. Tetapi kali ini kelopaknya warna putih pula.

Ha, inilah bakawali aku nan sekuntum. Cantik kan?






Bunga ini ada dongengnya. Menurut orang lama-lama yang bertaraf emas berlian, bunga bakawali hanya kembang pada waktu malam kerana ada puteri yang menari.

Jadi, bunga aku ini hanya sekuntum. Seorang puteri sahaja yang menari malam tadi. Tapi sayang saya tidak sempat melihat ia kembang penuh. Hanya selepas bersahur sahaja aku tengok. Sudah mulai menguncup. Wangi.

Apabila saya jengok sekali lagi  pada jam 830 pagi, sudah ada semut masuk dalam bunga. Mungkin semut itu tertarik dengan madu yang terkumpul dalam bunga. Biarkanlah.Rezeki semut.


Baiklah.

Apa pelajarannya di sini.

Pertama, sepanjang saya menanam pokok bunga bakawali ini, saya sentias berdoa agar ia berbunga lebat. 

Sebab apa?

Sebab semasa mengambil benihnya di rumah atuk saudara di Kampung Awah, Temerloh. Beliau memberitahu bahawa pokok ini akan berbunga sekali setahun sahaja. Itu membuatkan aku teruja. Mana ada bunga yang mudah ditanam dan berbunga sekali setahun sahaja.

Kenapa saya menanam bunga  ini?

Menurut atuk saudara saya lagi, pokok bunga ini amat mudah jagaannya. Tidak perlu siram air banyak. Cukup membasahi tanahnya sahaja. Kemudian pokok ini tahan panas.

Kesabaran saya teruji apabila Tuan Suami memulakan proses mengemas laman. Pernah dia meracun rumput dan hampir sahaja terkena pangkal batang pokok bakawali. Mujur saya tidak meroyan. Huhuhu.... :(

Pokok bakawali ini rupanya mengajar saya untuk bersabar. Sabar menunggu kuntuman bunga mekar. Apabila sudah mekar, harum memawangi setaman.

Apa yang saya boleh kaitkan dengan kehidupan adalah sabar untuk mencapai sesuatu kejayaan. Apabila kejayaan itu  sudah berada dalam genggaman, sudah pasti baunya harum setaman.


Ok. 

Saya fikir itu sahaja setakat ini. InshaAllah saya menulis lagi di lain masa. 

Jangan lupa menghadiahkan Al-Fatihah kepada jiwa-jiwa yang terkorban dalam nahas MH17 dan Perang Israel-Gaza. Semoga Allah membalas kekejaman Zionis.

No comments:

Post a Comment