Wednesday, July 9, 2014

Kembali bangkit.

Pada tahun 2011 setelah disahkan novel pertama berjaya diterbitkan dibawah PTSPOP, hati gembira teramat. Bertambah gembira apabila mendapat tahu ada insan kecil bernyawa di dalam rahim. Sudah tentu kegembiraan berganda.

Pada ketika itu saya menetapkan bahawa saya akan menghayati keindahan sepanjang kehamilan yang indah. Selain daripada itu, saya juga berazam akan menggunakan masa rehat saya sebagai masa untuk menulis. Manusia hanya merancang dan selebihnya terserah kepada Yang Maha  Esa. Saya ditakdirkan mengalami alahan terhadap skrin dan bau buku. Memang mengecewakan.

Selepas kelahiran permata hati, sebagai ibu baru, saya mengalami masalah menyesuaikan diri dengan penyesuaian masa. Hanya setelah permata mencecah usia setahun dan aturan masa sudah berjaya dikuasai, barulah saya menyusun semula strategi jadual penulisan.

Maka dengan itu, saya menyertai bengkel penulisan kendalian dua orang yang hebat yang mana saya sudah mengenali mereka  pada tahun 2008. Betapa mereka berusaha bersungguh-sungguh.

Selepas itu ada beberapa peluang yang muncul. Tanpa membuang masa, saya tersu menyambar peluang yang ada. Berkenaan bayaran, saya pejamkan mata sahaja walhal tahap kewangan tidaklah begitu memberansangkan. Cukup makan.

Hasilnya kerjasama komplot sesama rakan penulis, saya berjaya menghasilkan sebuah ebook terbitan PTS bertajuk Sorga. Kemudian diikuti antologi  cerpen muzikal Melodi Di Atas Kertas.

Dan juga beberapa langkah susulan yang saya ambil. Didoakan usaha saya mencapai cita-cita ini terlaksana dan perjalanan mencapainya dipenuhi dengan pengalaman-pengalaman yang indah lagi bermakna.

Amin.



No comments:

Post a Comment