Tuesday, July 8, 2014

Hari ini.

Hari ini hari kesepuluh berpuasa.

Seakan ada satu kuasa yang menggerakkan aku untuk melakukan perkara yang pernah aku takutkan.

Hebatnya, kini aku tidak lagi merasai ketakutan itu.

Blink Book terkenal dengan corak penulisan chiclit moden sedang menawarkan peluang menulis.

Aku pernah melepaskan peluang mencuba pada tawaran pertama beberapa tahun  lalu.

Kali ini aku tidak mahu melepaskan satu pun peluang penulisan.

Jadi aku cipta rekod pencapaian aku pada hari ini.

Aku telah menghantar satu cerpen bertajuk Awan Beijing ke Majalah Mingguan Wanita dan maklumat peribadi ke Blink Book.

Semoga Allah permudahkan  laluan aku.

Amin.

No comments:

Post a Comment